1 comments

Dr. Mundzir Pemegang Doktor Falsafah Termuda Di Malaysia

DR MUNDZIR BIN ABDULLAH –Bekas pelajar MRSM Mersing “PEMEGANG DOKTOR FALSAFAH TERMUDA DI MALAYSIA PADA UMUR 23 TAHUN 5 BULAN” Universiti Teknologi Malaysia sekali lagi amat berbangga kerana telah berjaya melahirkan seorang pemegang ijazah Doktor Falsafah yang termuda di Malaysia pada usia 23 tahun 5 bulan dan diiktiraf dalam Malaysia Book of Records.

Dr Mundzir bin Abdullah dilahirkan pada 25 November 1991 di Johor Bharu. Beliau telah memecah rekod seorang bekas pelajar MRSM Kuala Krai yang mendapat pengiktirafan yang sama pada tahun 2014 pada umur 24 tahun 2 bulan iaitu Dr. Hazzirah Izzati.

Dr Mundzir memulakan persekolahannya di Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai sehingga menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2003 dengan keputusan 4A 1B. Beliau kemudian meneruskan pengajian menengah rendah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkar Pulai sehingga Tingkatan Tiga.

Dengan keputusan yang amat cemerlang dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) iaitu 8A, Dr Mundzir telah diterima untuk meneruskan pengajian di Tingkatan Empat di Maktab Rendah Sains MARA, (MRSM) Mersing pada tahun 2007. Pada tahun berikutnya, Dr Mundzir menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan mendapat keputusan 8A1 2A2.

Sebaik sahaja tamat menduduki SPM, Dr Mundzir ditawarkan untuk mengikuti Program Ekspress UTM-MARA selama enam bulan di UTM Johor Bahru bermula dari Januari 2009 hingga Jun 2009. Pada sesi kemasukan pelajar Sarjana Muda UTM pada bulan Jun 2009, Dr Mundzir mendaftar masuk sebagai mahasiswa tahun satu kursus Sarjana Muda Sains (Fizik) di Jabatan Fizik, Fakulti Sains.

Pada tahun 2012 beliau meneruskan kecemerlangan akademik dan menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama. Dr Mundzir seterusnya menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah dalam bidang Fizik pada tahun yang sama di bawah program ‘Fast Track’.

Bidang penyelidikan pada peringkat PhD beliau adalah bidang aplikasi laser dengan tajuk tesis “Laser Surface Alloying Aluminium with Iron using a Q-switched Nd:YAG Laser: Characterization and Optimization” di bawah seliaan Prof.

Dr. Noriah Bidin di Pusat Laser, Ibnu Sina Institute for Scientific & Industrial Research (ISI-SIR), UTM. Dalam kajian mereka untuk teknik pengaloian permukaan dengan laser, mereka berjaya memperkenalkan teknik baharu dalam penentuan kondisi optimum bagi beberapa parameter pemprosesan. Sepanjang pengajian beliau di peringkat Doktor Falsafah, Dr Mundzir telah berjaya menerbitkan lebih dua puluh kertas kerja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Dr Mundzir juga aktif dalam menyertai pameran penyelidikan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, selain dari pembentangan kertas kerja dalam persidangan yang berkaitan dengan bidang beliau.

Selain dari bidang akademik, Dr Mundzir juga turut terlibat sebagai ahli jawatankuasa pelaksana dan fasilitator bagi pelbagai seminar, bengkel dan persidangan anjuran Pusat Laser, UTM.

11987202_1069139669777038_6392609975393588865_n

Pada 29 April 2015, Dr Mundzir telah disahkan lulus dengan cemerlang dalam Peperiksaan Lisan dengan memperolehi keputusan ‘A, beliau juga dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah dalam tempoh 33 bulan pengajian (GOT) pada usia 23 tahun 5 bulan. Beliau telah dianugerahkan Anugerah Pro Canselor pada Majlis Konvokesyen UTM ke 55.

Bila tanya emak ayah nya apa faktor kejayaan dia, mereka kata dia tak pernah tengok tv atau dengar muzik. Masa belajar selalu dengar bacaan al Quran.

Sumber: MARAtv

KOMEN ANDA

Satu Respon

  1. Ir Dino

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL