no comments

Biasiswa Janssen Pharmaceutica Untuk MSc Global Mental Health Di UK

London School of Hygiene and Tropical Medicine menawarkan Biasiswa Janssen Pharmaceutica kepada pelajar yang diterima masuk pada 2016-2017 di MSc Global Mental Science. Setiap biasiswa akan meliputi yuran pengajian penuh, wang saku perbelanjaan hidup dan elaun pada musim panas untuk perbelanjaan projek.

MSc Global Mental Health adalah program bersama yang disediakan oleh London School of Hygiene & Tropical Medicine dan Institut Psikiatri, Psikologi dan Neurosains, King’s College London. Kursus ini bertujuan untuk menyediakan pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar untuk memulakan, membangunkan dan menyelia program dan dasar kesihatan mental dalam tetapan sumber yang rendah, dan juga unuk menjalankan serta penilaian kritikal dalam penyelidikan mengenai kesihatan mental secara global. Tarikh tutup permohonan pada 29 Februari 2016.

Subjek:

Biasiswa disediakan untuk pelajar program MSc Global Mental Health di London School of Hygiene and Tropical Medicine.

Tahap Kursus:

Biasiswa disediakan untuk mengikuti peringkat ijazah pasca siswazah (masters) dan penyelidikan pasca siswazah (PhD).

Penaja:

Biasiswa Janssen Pharmaceutical

Kelayakan:

Pemohon harus mempunyai tawaran kemasukan dalam MSc Global Mental Health bermula pada 2016-2017. Pemohon hendaklah mengikut arahan penggunaan di laman web kursus King’s College London.

Pemohon dari negara luar yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris (seperti ditentukan oleh Kementerian Dalam Negeri British- UKVI) mesti memenuhi keperluan Bahasa Inggeris jikan diserai pendek untuk pembiayaan ini iaitu 7.0 keseluruhan bagi IELTS, dengan sekurang-kurangnya 7.0 untuk Bahasa Inggeris bertulis dan sekurang-kurangnya 6.0 bagi kemahiran lain. Maklumat terperinci mengenai biasiswa ini boleh didapati di sini.

Penerangan Biasiswa:

Biasiswa pasca siswazah disediakan untuk pelajar yang akan memulakan pengajian mereka bermula pada 2016 sehingga 2017.

Cara Permohonan:

Calon boleh mengemukakan permohonan kepada MSc melalui portal aplikasi atas talian King’s College London.

Hantar  Janssen Pharmaceutica Scholarship application form yang lengkap kepada pihak penaja di LSHTM.

Nota: Jika anda sedang disenarai pendek untuk pembiayaan ini, anda dikehendaki menyediakan bukti penguasaan Bahasa Inggeris anda dengan mengemukakan salinan keputusan ujian IELTS anda kepada pihak penaja di LSHTM pada masa tersebut.

Calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menemu bual secara peribadi atau melalui telefon atau Skype. Temubual hanya akan dijalankan setelah pemohon memberi bukti yang diperlukan untuk memenuhi keperluan Bahasa Inggeris.

Tarikh Tutup Permohonan: 29 Februari 2016

Hubungi: 

London School of Hygiene & Tropical Medicine
Keppel Street
London WC1E 7HT
UK

Switchboard: +44 (0)20 7636 8636
Fax: +44 (0)20 7436 5389

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi Alex Cohen (salah satu Pengarah MSc Global Mental Health): Alex.Cohen@lshtm.ac.uk

 

KOMEN ANDA

Tiada Respon

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL