no comments

Tips Cover Letter Dan CV Power

Nota Editor: Nukilan ini telah dikongsikan di Facebook  Ameirul Azraie mengenai tips  Cover Letter dan CV Power. Semoga segala perkongsian ini agar dapat memberi manfaat kepada anda.

– CV yang bagus hanya sepanjang 2 muka surat (minimum) hingga 4 muka surat (maksimum). Jika kurang dari 2 muka surat, anda rugi kerana tidak menonjolkan sepenuhnya kekuatan dan kehebatan diri anda. Jika lebih dari 4 muka surat, anda rugi kerana membuatkan penerima (recruiting/hiring manager) yang menerima CV anda hilang fokus.

– CV yang bagus perlu mempunyai main heading dengan maklumat minimum (sesuai untuk pasaran kerja luar negara):

– Nama penuh
– Alamat surat-menyurat
– Nombor telefon bimbit
– Alamat e-mel
LinkedIn url (yang telah customised)

– CV yang bagus perlu mempunyai main heading dengan maklumat maksimum (sesuai untuk pasaran kerja Malaysia):
– Nama penuh
– Taraf kewarganegaraan
– Nombor kad pengenalan
– Umur
– Jantina
– Status perkahwinan
– Nombor telefon bimbit
– Alamat e-mel
LinkedIn url (yang telah customised)
– Alamat surat-menyurat
– Gambar passport

– CV yang bagus perlu mempunyai Summary / Summary Statement selepas main heading tidak kira sama ada CV tersebut adalah untuk CV untuk undergraduate students yang mencari tempat latihan industri, CV untuk fresh graduates yang memburu kerja pertama mahupun CV golongan bekerja yang ingin memburu kerja dengan pangkat atau gaji yang lebih baik.

–  Seterunya, CV yang bagus perlu mempunyai Summary / Summary Statement yang menyerlahkan kekuatan dan kehebatan diri anda. Ada sekurang-kurangnya 6 perkara berbeza yang anda boleh rangkumkan untuk menjadikan Summary / Summary Statement anda seronok dibaca oleh recruiting/hiring manager.

– CV yang bagus berbeza dari segi susunan sub-heading/isi kandungan/maklumat untuk:
1. Pelajar yang sedang mencari tempat latihan industri
2. Graduan yang baru tamat pengajian dan sedang memburu kerja
3. Pekerja berpengalaman yang sedang memburu kerja dengan pangkat atau gaji yang lebih baik.

CV yang bagus ditulis menggunakan tulisan jenis moden seperti Arial, Calibri, dan sebagainya. Jangan gunakan tulisan Times New Roman yang old skool tu. CV yang bagus ditulis menggunakan saiz fon 10 (paling kecil) untuk sub-headings/isi kandungan/maklumat dan fon 16/18/20 (paling besar) untuk main heading. Sesuaikanlah ikut apa yang sedap dipandang pada pandangan mata anda. CV yang bagus menggunakan warna yang sangat minimum. Black & white sudah mencukupi. Less is more. Kalau hendak juga pastikan banyak warna, kerana itu adalah hak anda.

CV yang bagus mempunyai latar belakang bewarna putih. Lihat sahaja landing page Google, apakah warna latar belakangnya? Jangan tidak kerana saya tahu  dan pernah terima CV dengan latar belakang berwarna hitam.

CV adalah dokumen yang berlainan dari:

1. Biodata
2. Resume
3. Portfolio

CV yang bagus tidak perlu banyak warna sebab CV bukanlah colouring book. Cukup sekadar black & white. CV yang bagus tidak perlu banyak gambar sebab CV bukanlah scrapbook. Cukup sekadar gambar passport di main heading. CV yang bagus adalah CV yang setiap kali anda baca perkongsian tips saya di FB anda akan cepat-cepat kemaskini, bukan sekadar like & share semua tips perkongsian saya tanpa ada sebarang tindakan daripada diri anda sendiri.

 Pendaftaran bagi bengkel penulisan Cover Letter dan CV Power. Sila Klik disini

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL