no comments

Lelaki Dari Terengganu Ini Bakal Bertugas Di University of Southampton

Nota Editor: Kami kongsikan kepada anda mengenai kejayaan seorang anak kelahiran Terengganu yang bakal menjalankan tugasnya di salah sebuah universiti di United Kingdom. Diharapkan perkongsian ini dapat meningkatkan semangat anak-anak muda yang sedang melanjutkan pelajaran untuk meneruskan perjuangan hingga ke penghujungnya.

University of Southampton

Dr. Mohd Firdaus Samsudin Mustapha merupakan seorang pelajar yang berjaya menamatkan pengajian di peringkat doktor falsafah dalam bidang biokimia di Universiti Oxford, kini muncul sebagai anak Terengganu pertama yang ditawarkan tugas sebagai Felo Penyelidik Kimia di University of Southampton, United Kingdom.

Beliau berasal dari Kampung Kemat, Hulu Terengganu akan memulakan tugasnya bermula 1 Februari 2016.

Dr. Mohd Firdaus, berusia 27 tahun, telah memenangi Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu. Beliau dijangka menjalankan kajian menghasilkan ubatan baru bagi menangani jangkitan bakteria Pseudomonas yang biasa berlaku dalam kalangan mereka yang berada di hospital dan mempunyai sistem imunisasi yang lemah.

Beliau yang merupakan anak kedua daripada empat orang adik beradik kepada pasangan pesara kerajaan dan duru tadika itu bercita-cita menjadi seorang saintis dan beliau berazam untuk memenangi Anugerah Hadiah Noble pada masa akan datang.

Kata beliau,”Saya rasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan dan saya berharap kejayaan saya dapat menjadi sumber inspirasi kepada adik-adik, semua pelajar lepasan SPM dan universiti di Terengganu khususnya”.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penganugerahan Sarjana Terengganu Kali Ke-17 di Dewan Besar, Wisma Darul Iman yang disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Semoga kejayaan beliau ini dapat memberi inspirasi kepada anda semua!

Sumber: Astro Awani

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL