no comments

Rahsia Kedai Online Ini Mendapat 100,000 Like Secara Organik Dalam Masa 4 Bulan

Daripada hanya 998 likers di FB page, bagaimana kedai online ini berjaya mencuri perhatian dunia Internet Malaysia sehingga berjaya meningkatkan 100,000 orang like secara organik di Facebook page mereka dalam masa 4 bulan, memang adalah sesuatu yang impressive. imuslimshop, iaitu sebuah kedai online yang menjual produk kesihatan bumiputera muslim berjaya membina peminat mereka sendiri melalui penghasilan gambar-gambar viral.

Gambar-gambar viral mereka bukan sekadar menarik, malah penuh dengan informasi berguna, dan gabungan kedua-dua faktor ini menjadi sebab mengapa ramai pengguna Facebook suka menekan butang share setelah melihat foto viral mereka.

Sedikit tentang latar belakang Puan Wan Farah

wan-imuslimshop

Puan Wan Farah atau lebih dikenali dengan profile FB Wan Imuslim merupakan graduan Business Information Technology, dan telah menceburkan diri dalam bidang perniagaan online dan offline semenjak 2008 dan kemudian membuat keputusan untuk berhenti kerja sebagai guru pada 2009 untuk memberikan perhatian sepenuh masa pada perniagaan.

Sejak bilakah beliau memulakan perniagaan imuslimshop dan di bawah ini sedikit perkongsian tentang bagaimana beliau bermula.

Perniagaan imuslimshop ini adalah hasil dari didikan ibunya semenjak kecil lagi. Semasa kecil, ibunya sangat menekankan penggunaan produk bumiputera dari segi makanan sehingga kepada penggunaan syampu. Walaupun pada masa dulu, produk bumiputera sangat terhad di pasaran, tetapi atas didikan ibunya yang komited dan konsisten menyokong produk bumiputera telah menyebabkan perkara ini telah sebati dalam dirinya. Hasil didikan ibu, beliau merupakan pengamal produk kesihatan bumiputera muslim yang sangat tegar. Dengan kesedaran ini, beliau telah mengambil keputusan untuk membuka perniagaan produk yang dikeluarkan oleh bumiputera muslim yang halal, berkualiti dan berkesan. Bermula dari 3 produk dan sekarang ini, terdapat lebih 100 jenis produk yang terdapat di imuslimshop yang telah dipilih dan ditapis dahulu.

Sejak bila dan bagaimana tercetusnya idea untuk beliau menghasilkan gambar-gambar viral yang menarik perhatian pengguna.

foto-viral-imuslimshop-02a

Pada pertengahan tahun 2015, imuslimshop telah melakukan rebranding dan telah melakukan pelbagai ekperimen dan kajian ke atas konten yang ingin dibawakan untuk pelanggan agar mereka dapat bersama-sama berkongsi manfaat.

Ternyata strategi ini membawa kebaikan untuk target pelanggan dan menarik perhatian ramai untuk berkongsi. Objektif utama beliau adalah untuk membuahkan keyakinan dan kepercayaan pelanggan terhadap jenama imuslimshop agar pelanggan tidak ragu-ragu lagi untuk memilih sebagai pilihan kedai produk kesihatan online.

Kesan penyebaran gambar-gambar viral terhadap perniagaan beliau.

foto-viral-imuslimshop-04c

Projek perkongsian PhotoViral bermula pada Julai 2015, semasa permulaan bilangan like page imuslimshop adalah 998 sahaja. Tetapi dalam masa 4 bulan sehingga Oktober 2015, bilangan like page telah mencecah 108,000 dan semakin meningkat.

Bilangan like ini perolehi secara organik, iaitu atas perkongsian dari likers imuslimshop yang setia berkongsi setiap PhotoViral. Malahan PhotoViral ini juga mencuri perhatian page-page besar dan juga beberapa selebriti terkenal seperti Neelofa. Kesan terhadap perniagaan ini amatlah positif, kerana pelanggan semakin yakin dengan jenama yang diketengahkan, pelanggan baru bertambah setiap hari dan membuat pembelian berulang kerana mereka memilih untuk mempercayai produk-produk ini.

Daripada banyak-banyak gambar viral yang dihasilkan, ini antara yang menarik perhatian pengguna.

Photosharing  ‘Penyakit & Penawar’ adalah gambar paling viral.

foto-viral-imuslimshop-02

imuslimshop akan terus mengeluarkan gambar viral selepas ini, kerana ini bukan sahaja untuk manfaat perniagaan, tetapi ianya diniatkan sebagai salah satu usaha atau sumbangan untuk berkongsi kebaikan semoga ianya dapat menjadi saham di akhirat nanti.

Beberapa tips bagaimana untuk menghasilkan gambar viral yang menarik perhatian.

foto-viral-imuslimshop-03a

Pertama, kita harus kenalpasti siapakah golongan sasar pelanggan perniagaan atau komuniti yang ingin kita bina.

Kedua, kita harus kenalpasti dengan lebih dekat golongan ini dan mendalami apa permasalahan yang mereka hadapi, apakah informasi yang berguna untuk membantu kualiti hidup mereka atau apakah perkara yang dapat menarik minat mereka.

Ketiga, brainstorming tajuk-tajuk yang:

i) sangat jarang dikongsikan

ii) yang berkaitan dengan situasi semasa

iii) yang mengandungi unsur humor

iv) yang dapat menyentuh emosi dan perasaan mereka sehingga mereka berkata ‘gambar viral ini adalah berkenaan diri saya dan apa yang saya alami’.

v) perkara yang sangat bermanfaat sehingga mereka sanggup menekan butangshare.

imuslimshop secara konsisten berjaya menghasilkan foto-foto viral menarik setiap minggu.

foto-viral-imuslimshop-04a

imuslimshop mempunyai satu tim startup yang dikenali sebagai TeilAn yang terdiri daripada 2 orang pereka grafik, seorang media sosial, seorang videographer, sorang webmaster dan Puan Wan Farah sendiri bertindak sebagai creative director.

Dengan kerjasama sebagai satu pasukan, mereka sentiasa membuat perbincangan dari masa ke semasa untuk menghasilkan konten yang menarik untuk dikongsikan. Malahan mereka telah pun mendapat permintaan daripada syarikat luar untuk menghasilkan photosharing bagi tujuan penjenamaan.

Antara produk-produk yang ada di kedai online beliau adalah:

imuslimshop-03

Produk kesihatan di kedai ini adalah produk keluaran bumiputera muslim yang terpilih, ini adalah kerana kedai online ini telah berada di dalam perniagaan hampir 7 tahun dan hanya mengetengahkan produk yang berkualiti dan mendapat tindak balas yang baik daripada pelanggan. Bersesuaian dengan tagline mereka, ‘Belilah dengan yakin’ (Shop with confidence).

imuslimshop juga menawarkan khidmat perunding kepada bakal pelanggan mereka, di mana mereka boleh menghantar permasalahan kesihatan yang dialami melalui e-mail, chat di laman web, private message di page serta melalui aplikasi whatsapp dan mereka akan memberikan khidmat nasihat bagi produk yang sesuai dengan permasalahan yang dialami.

Lokasi kedai fizikal dan waktu perniagaannya.

Mereka juga mempunyai kedai fizikal di dalam Pasaraya Giant Kuala Terengganu. Boleh gunakan khidmat Google untuk mencari lokasi kedai mereka dengan menaip ‘imuslimshop’. Perniagaan kedai imuslimshop dibuka setiap hari dari pukul 9.30 pagi sehingga 10.30 malam.

Harapan dan perancangan beliau terhadap imuslimshop.

imuslimshop-1000x567

Perancangan imuslimshop untuk lima tahun akan datang, ialah akan menjadi kedai ‘personal store’ yang pertama menawarkan produk kesihatan dan penjagaan diri yang halal dan Islamik dan mempunyai cawangan di seluruh Malaysia dan luar negara.

Imuslimshop merupakan perniagaan yang asaskan atas nilai untuk memartabatkan produk bumiputera muslim dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik dan patuh syariah untuk para pelanggan. Konsep ini telah diterapkan sejak 2008 di kedai fizikal mereka dan sekarang sedang cuba mengetengahkannya di kedai online pula. Semoga dengan usaha yang tidak seberapa ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan perkhidmatan ini.

foto-viral-imuslimshop-03b

Anda boleh dapatkan maklumat terkini mengenai imuslimshop di page Facebook imuslimshop.com

Sumber: Imuslimshop

KOMEN ANDA

Tiada Respon

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL