no comments

10 Cara Kembangkan Bisnes. Nasihat Pengasas Syarikat 1 Bilion USD

Nota Editor: Kevin O’Leary adalah pengasas sebuah syarikat pengurusan dana yang mempunyai jumlah melebihi $1 bilion. Beliau juga sangat popular dengan sifat ego dan hanya pentingkan duit sahaja. Beliau pernah berkongsi 6 perkara penting dalam sebuah syarikat. Supaya syarikat itu dapat berkembang, memperolehi banyak aset, dan mampu menjadi pesaing yang terhebat zaman berzaman. Dibawah ini beliau telah menyenaraikan beberapa kaedah untuk dijadikan tips bagi mereka yang hendak memulakan bisnes.

1) Pekerja adalah aset utama dalam bisnes.

2) Pelanggan adalah prioriti. Kita mempunyai bisnes kerana kita mempunyai pelanggan.

3) Cara kita memberikan servis (berurusan) dengan pelanggan menentukan nilai bisnes kita samada berkembang atau merosot.

4) Bos biasanya tidak buat banyak duit.

5) Kayakan salesman dalam syarikat kita. Salesman biasanya lebih tahu tentang pesaing, produk dan operasi bisnes kita secara keseluruhan.

6) Apabila kita kayakan salesman, syarikat kita pun cepat jadi kaya raya. Salesman bertugas masukkan duit pelanggan ke dalam akaun syarikat.

7) Semua orang boleh digantikan. Apa sahaja yang kita buat, pasti akan ada orang lain yang boleh buat lebih hebat. Jangan takut untuk gantikan pekerja.

8) Bisnes adalah satu peperangan. Apabila berperang, jangan sesekali pandang rendah pada pesaing. Pastikan kita tahu apa yang mereka buat dan bakal buat. Bak kata Sun Tzu, “In peace, prepare for war.”

9) Jika pekerja kita tidak boleh bantu bisnes buat duit, cari pekerja lain. Jangan ambil pekerja yang tidak membantu meningkatkan produktiviti bisnes.

10) Cara memilih staf pendekatan Kevin O’Leary? Ada 4; 1) Pandai bertindak apabila terima arahan. 2) Bantu syarikat capai matlamat. 3) Tahu apa yang mereka buat (skop kerja). 4) Berani tawarkan diri dan yakin boleh bantu syarikat untuk capai matlamat yang ditetapkan setiap tahun.

Kenapa cara beliau agak kasar?

Jika kita lihat 10 perkara yang Kevin O’Leary kongsikan ini, majoritinya terlalu keras, kasar dan memberikan tekanan pada pekerja.

Dari perspektif yang lain, ini adalah cara syarikat yang berkembang secara konsisten. Mereka perlukan pekerja yang cemerlang, disiplin dan mampu memberikan hasil lebih daripada yang diharapkan.

Sumber : Aqif Azizan 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL