no comments

4 Kunci Mencapai Ketenangan, Keberkatan Dalam Perniagaan

Usahawan yang mahu berjaya perlulah punyai perilaku dan akhlak yang mulia. Adalah penting untuk seseorang usahawan itu menjaga akhlak untuk menarik minat masyarakat dalam berurus niaga dengan mereka.

Sebaik-baik contoh usahawan yang berakhlak mulia adalah Nabi Muhammad S.A.W. Oleh yang demikian, jagalah tutur kata setiap kali berurusan dengan pelanggan yang mahukan khidmat dan juga nasihat, mudahan perniagaan yang dijalankan lebih berkat.

jujur-dalam-timbangan

Para peniaga tidak berhak memaksa pembeli membeli barangan yang tidak disukai. Pilihan adalah di tangan pembeli dan bukan paksaan dari penjual atau peniaga.

Dalam “common law”, terdapat satu maxim iaitu ‘the buyer must beware’. Maksud maxim tersebut adalah pembeli mestilah berhati-hati sebelum membayar harga barangan. Oleh yang demikian, anda sebagai peniaga tidak boleh marah jika pembeli mengambil sedikit masa sebelum membuat bayaran.

Jika barang tersebut tidak menjadi pilihan pelanggan, peniaga tidak boleh berkecil hati. Peniaga atau usahawan mestilah sentiasa berlapang dada dan bermanis muka melayan setiap pelangan yang berurusan dengannya.

#2 – Jangan Sesekali Menipu Timbangan

Barang yang dijual mestilah mengikut timbangan dan sukatan yang betul. Jangan sesekali menipu dalam timbangan untuk meraih keuntungan. Penipuan dalam perniagaan akan menghilangkan keberkatan. Bila tiada keberkatan, hati tidak akan merasa tenang dan aman. Jiwa akan selalu gundah dan rezeki yang ada tidak pernah mencukupi.

Selain itu, pelanggan juga akan berkurang kerana peniaga tidak jujur dalam pekerjaan yang di lakukan. Ia bukan sahaja menghilangkan pelanggan tapi turut menghilangkan keberkatan dalam sesebuah perniagaan. Ingatlah bahawa setiap apa yang dilakukan di dunia akan diadili di akhirat kelak. Walaupun tiada manusia yang melihat, namun Allah dan dua malaikat sentiasa melihat apa yang kita niat dan buat.

#3 – Sentiasa Bersedekah dalam Perniagaan

Sedekah adalah sesuatu yang sangat digalakkan dalam Islam. Sedekah tidak memerlukan jumlah yang besar. Sedekah juga tidak perlu diwar-warkan kepada semua. Apa yang penting adalah keikhlasan dalam melakukan amalan tersebut.

tabung-derma

“Jika seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amal kecuali tiga perkara, “Sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh” [Hadith Riwayat Muslim]

#4 – Sentiasa Berbaik Sangka

Adat berniaga, pastinya ada untung dan ada rugi. Setiap peniaga mestiah berbaik sangka dan tidak mengadu domba tentang peniaga yang lain. Tidak perlulah dengki dengan rezeki peniaga yang lain kerana Allah memberikan mengikut apa yang kita perlu dan bukan apa yang kita mahu.

Memberikan layanan yang sama rata kepada pelanggan juga adalah amalan yang mesti dipraktikkan dalam perniagaan. Pelanggan yang berkunjung perlulah diberikan layanan yang sebaiknya. Tidak perlulah membeza-bezakan pelanggan yang datang kerana setiap pelangan itu membawa rezeki yang berbeza dalam kuantiti yang tidak sama.

Sumber: Nani Mohd Salleh

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL