no comments

4 Cara Atasi Rasa Takut Untuk Mula Berniaga

Bukan semua orang mempunyai bakat berniaga. Tambahan lagi kepada mereka yang baru sahaja mahu berjinak-jinak dalam perniagaan. Antara jenis ketakutan yang selalu bermain difikiran mereka yang mahu bermula perniagaan adalah seperti:

  1. Takut rugi
  2. Takut tak menjadi
  3. Takut kepada rejection bakal pelanggan
  4. Takut perlian dari rakan-rakan

Dan bermacam-macam lagi ketakutan yang seringkali bermain difikiran mereka yang mahu mula berniaga. Ketakutan ini menyebabkan mereka tidak mahu bertindak untuk memulakan perniagaan pertama mereka. Atasi ketakutan untuk berniaga dengan 4 cara di bawah.

#1 – Cari Ilmu dan Mentor

Ilmu sangat penting dalam bisnes. Segalanya di dunia ini memerlukan ilmu. Orang berilmu adalah orang yang hebat. Orang yang beramal dengan ilmu adalah orang yang luar biasa lebih hebat. Pada saya, ada 2 kaedah untuk mencari ilmu dalam bisnes:

  • Buat sendiri gagal dan berjaya dapat ilmu
  • Belajar dari kegagalan orang lain

Ya, sudah tentu pilihan kedua adalah anda perlu bayar kos tertentu untuk pergi belajar seperti ke kelas, seminar, workshop atau melalui pembelian DVD tutorial, ebook atau buku fizikal. Dalam mencari ilmu, tiada yang percuma. Anda perlu bayar kos untuk belajar.

Sama seperti anda mahu mendapatkan peluang pekerjaan, anda juga perlu masuk ke universiti dan bayar yuran pengajian. Apabila habis belajar, anda menjual diri anda kepada majikan berdasarkan ilmu yang anda peroleh di universiti. Jadi jangan terlalu berkira untuk pergi belajar ilmu dan bayar beratus ringgit untuk dapat hasil ribuan ringgit.

mentor-dr-azizan-osman

#2 – Mulakan Perniagaan Dengan Kos Paling Rendah

Elakkan bina perniagaan yang dengan kos yang sangat tinggi seperti membuka kedai makan. Yang mana pasti memerlukan modal yang sangat tinggi untuk permulaan. Perniagaan pertama yang disarankan untuk mula berniaga adalah dengan mulakan perniagaan yang menggunakan kos yang paling rendah. Sebagai contoh servis dan juga menjual produk orang lain.

servis-laptop

Pengalaman saya sendiri semasa belajar di universiti dahulu adalah menawarkan servis format laptop. Dengan bermodalkan ilmu format laptop yang saya cari di Youtube, saya mampu format laptop pelajar lain untuk mendapat pendapatan tambahan saya di universiti.

Sekarang ini ada banyak jenis model perniagaan yang anda boleh ceburi seperti Drosphip atau Affiliate. Untuk Affiliate di pasaran tempatan anda boleh cuba cari produk di klikjer.com manakala untuk pasaran luar Negara anda boleh bermula dengan clickbank.com

#3 – Baca Dan Tonton Kisah Motivasi Dan Kejayaan Usahawan Berjaya

Dengan amalkan cara ini, kita akan lebih bermotivasi untuk mulakan perniagaan. Setiap ahli bisnes yang berjaya ada perjalanan jatuh bangunnya sendiri. Anda juga perlu bersedia untuk itu. Bukan untuk menakutkan, tapi begitulah hakikat dan cabaran dalam hidup di dunia ini.

Ada masa dalam bisnes kita, jualan akan naik dan kita akan rasa nikmatnya bisnes. Ada masa juga bisnes akan menurun dan banyak lagi cabaran yang bakal ditempuhi. Jadi dengan anda menonton kisah motivasi, dan kejayaan usahawan lain kita tidak akan mudah give up dan menyerah kalah dalam bisnes yang kita ceburi.

bill-gates

#4 – Mulakan Bisnes Dengan Berpartner Atau JV Dengan Orang Lain

Jika terlalu takut untuk mulakan perniagaan, boleh mula berpartner dengan orang lain atau berJV. Dengan cara ini kita boleh hilangkan rasa takut jika berlaku apa-apa kerugian.

Jika kita rugi, kerugian yang ditanggung bukan 100% oleh kita. Kita mungkin rugi bersama dengan partner kita. Dari segi keuntungan pula, kita sendiri boleh putuskan bersama sebelum memulakan sesuatu projek.

Keuntungan berpartner mungkin 50%, 40% atau 60%. Pastikan perjanjian kerjasama ada dokumen perjanjian hitam putih sebagai langkah keselamatan jika terjadi apa-apa pada masa hadapan. Tidak perlu terlalu terperinci.

Sumber: Faris Azaki

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL