no comments

Liku Perjalanan Dalam Mencapai Sebuah Kejayaan Bergelar Doktor Falsafah

Bercakap berkenaan pelajar Ijazah Sarjana dan Phd, salah seorang pensyarah di Universiti Putra Malaysia, Dr. Othman Talib telah menyampaikan pandangannya berkenaan kerja kursus dan penulisan tesis melalui akaun Facebooknya. Di dalam status yang sarat dengan perkongsian pengalaman ini, Dr Othman Talib telah menyenaraikan beberapa perkara yang perlu para pelajar tahu untuk lebih memahami apa yang bakal mereka tempuhi sepanjang bergelar calon sarjana dan PhD.

Musim pelajar baru mendaftar tempat di IPTA/IPTS tempatan khususnya. Selain pelajar ijazah sarjana muda, tidak dilupakan juga mereka yang membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya iaitu sama ada di peringkat ijazah sarjana mahupun kedoktoran falsafah atau ringkasnya, PhD.

Di bawah ini Dr.Othman Talib menyenaraikan beberapa langkah untuk memasuki ke gerbang pendidikan ditahap yang lebih tinggi. semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat yang berguna kepada semua pembaca pascasiswazah.com

—————————————————————————————————————————————–

Coursework dan Thesis – a totally different ball game!

Inilah realiti dunia aku, dunia kau dan dunia kita – dunia postgraduate!!

Izinkan aku kembali ke zaman menjadi calon master/PhD. Aku lebih selesa menulis tajuk di atas seperti mengimbau ketika aku berada di zaman tersebut.

Kenapa perlu ada coursework? Coursework perlu untuk aku mendalami pengetahuan dalam bidang kajian. Mengambil coursework membolehkan aku mempelajari teori dan segala aspek yang berkaitan dengannya. Mengambil coursework tidak menakutkan aku. Ia umpama meneruskan tradisi undergrad. Exampun ok jer. Dengan sedikit tugasan, markah biasanya excellent!!

Habis apa masalahnya ?

Bukan masalah, tetapi sedikit ulasan.

Selepas selesai coursework, perkara yang paling menakutkan diperingkat Master dan PhD adalah tesis dan penyelidikan. Ini yang benar-benar menakutkan aku.

Takut? Kenapa?

Inilah pengalaman baru kebanyakkan postgraduate seperti aku. Malah ramai kawan-kawan aku yang lost in action. Syahid ditengah jalan. Gagal menyiapkan thesis sedang mereka excellent dalam coursework mengalahkan aku.

Aku sempat mengamati dan memerhati senario berikut:

1. Tesis adalah satu proses yang kompleks. Cukup kompleks. Walaupun proses penulisan tesis ini kompleks tapi setahu aku tidak pula diajar secara “serious” dan “formal” sebagaimana coursework. Sedang apa yang dipelajari dalam coursework lebih mudah diperolehi dari bacaan pelbagai sumber dan rujukan yang banyak. Manakala penulisan thesis pula seperti diletakkan terus dibahu aku dan rakan-rakan aku sepenuhnya tanpa ada satupun kelas yang mengajar aku apa-apa.

2. SV? Memanglah SV ada. Tapi sesedar aku, SV tak pula mengajar aspek-aspek teknikal dan mekanikal penulisan thesis serta menjalankan kajian. Jika adapun lebih berbentuk memberi komentar. Itu tak ok… Ini perlu ditambah… Itu tak cukup dalam, sana pula belum cukup kritis… Sedapkan lagi ayat disini… Dan sekali sekala menyergah – Hah! Mana ko dapat pernyataan ni? Apa rasional ko tulis ini? Ko sapa nak nak dakwa begitu begini? Fuhh semangat… Separuh jiwa ku hilang.

3. Thesis juga melibatkan proses yang detail. Dengan segala mechanistic nya yang asing bagi aku. Lebih asing dari makhluk asing. Malah prosesnya pula detail bukan sahaja kandungannya tetapi juga sehingga titik dan comma perlu berada ditempatnya yang betul.

4. Pencarian tajuk kajian pun sudah cukup memberi satu cabaran besar kepada aku. Ramai juga kawan-kawan aku yang teraba-raba dalam terang. Bagaimana utk mendapatkan tajuk yang “doable”, “researchable” dan “workable”? Sedang aku dan kawan-kawan aku tak ada pengalaman tersebut.

Pencarian tajuk pula perlu disertai dengan pencarian gap dan problem statement. Maka makin bercelarulah apa yang hendak ditulis, dipetik dan dihuraikan. Kerangka itu dan kerangka ini, pemilihan teori, variable, construct, dimensi, instrumen dan ohh… segala macam rempah ratusnya. Sehingga dalam kebanyakkan kes, aku berdoa supaya kajian aku doable bukannya mengundang trouble! Teraba-raba mencarinya sendirian tanpa mempelajarinya “through formal means”!

5. Apa? Subjek Research Methodology? Yaa, memang aku ambil subjek Research Methodology. Subjek wajib, namun pengisiannya lebih kepada pengucapan semula apa yang tercatat dalam buku-buku teks research methodology bukan sangat untuk menyediakan kemahiran mechanistic proses penulisan tesis dan pengendalian penyelidikan. Pendek kata, you still need to know “HOW”?

6. Sementara itu, cousework ditawarkan dan diambil oleh sekumpulan calon. Aku dan kawan-kawan aku berada dalam satu kelas yang sama, mendapat tugasan yang skopnya sama. Boleh berbincang bersama. Tapi ini tak berlaku kepada penyediaan proposal, penulisan thesis. Masing-masing dengan dunia sendiri mencari apa yang belum pernah diterokai. Ada masalah… lu fikirlah sendiri!

7. Aku percaya, bukan mudah untuk bertemu dan berbincang dgn SV. Ada yang sibuk dan ada yang OK. Ditambah dengan gaya supervision yang pelbagai, yang longgar dan ketat. Maka dalam situasi yang tak menentu ini, rujukan utama aku adalah rakan-rakan master/PhD yang lain terutama yang telah melalui proses tersebut. Setiap arahan SV selalunya akan dirujuk juga kepada rakan sebaya dan senior dan bagaimana mereka dahulu melakukannya. Malah banyak kes, rakan sebayalah “main SV” tanpa sesiapapun sedari sehingga ada yang sebahagiannya mengambil strategi trial-and-error dari rujukan naskhah-naskhah rakan sebaya, yang lebih senior!

Come on bro, ini level postgraduate lah. Kalau tak sanggup berdikari bro, menyediakan proposal sendiri… semua nak kena ajar, jangan ler berhajat nak ambil master/PhD… betul tak? Lagipun dah berapa ramai yang lulus? Tak ada halpun!

Yea, aku suka jawapan tu dan setuju sangat memang ramai yang lulus.

U2vQfw5l

1. Aku sekadar melontarkan cadangan. Jika itulah jawapannya maybe elok juga dijalankan sedikit kajian dan interview serta observation yang transparent.

Kenapa mereka boleh lulus?
Bagaimana mereka lulus?
Apa yang mereka lakukan untuk lulus ?

2. Malah kalau tu lah juga jawapannya supaya berdikari, bagus juga courseworkpun jangan ditawarkan. Biarlah calon tu membaca dan berdikari memahaminya sendiri. Lagi baik jika tak ada supervision lansung! Barulah lebih real… Semuanya hasil pencarian calon sendiri 100%, baru mantop! Barulah benar-benar berdikari. Ada berani ?

3. Master/PhD memang untuk melahirkan researcher yang independent, melahirkan researcher yang berdikari perlu disertakan dengan pengetahuan dan kemahiran terlebih dahulu. Dengan latar belakang postgraduate yang pelbagai, yang muda, berusia, full time dan part-time semuanya perlu dibekalkan dgn kemahiran yang mencukupi.

Maybe aku boleh share satu kisah calon PhD seorang lecturer di sebuah IPTA yang menghabiskan masa satu semester menyenaraikan semua tajuk-tajuk dalam bidang kajiannya supaya dia boleh mendapatkan satu tajuk yang tidak ada kena mengena dengan tajuk-tajuk yang telah dibuat sebelum ini. Sebagai bukti kajian yang bakal dilakukan adalah original dan tak pernah dibuat orang lain. Perghh… berderau darah aku!!

Begitulah juga aku diberitahu, “buatlah kajian yang tak pernah orang buat”. Mujurlah aku tidak menerimanya bulat-bulat dan aku tahu berapa ramai lagi yang mempunyai pemikiran yang sama!!

4. Aku pun suka mencadangkan lagi supaya ditanya kepada calon-calon yang sedang menyiapkan proposal. Tahukah mereka elemen yang perlu ada dalam penyediaan pernyataan masalah? Apa beza signifikan dan implication? Apa maksud membuat citation dgn merujuk kepada sumber asal dan aku boleh senaraikan 100 lagi soalan. Adakah mereka tahu apa yang mereka buat, apa yang perlu mereka buat dan dimanakah mereka memperolehi pengetahuan tersebut?

5. Kemahiran dalam penulisan tesis ibarat kemahiran mengunakan pisau. Ajarlah dahulu kemahiran tersebut, percayalah setiap orang yang mahir menggunakan pisau akan menghasilkan sesuatu yang berkualiti dan berbeza walaupun dari pisau yang sam. Tapi jika tiada kemahiran, dibiarkan sahaja mencuba bukan sahaja hasilnya tak seberapa tetapi tangan pula penuh kesan-kesan luka.

Inilah senario yang aku dan kawan-kawan aku dahulu lalui, sekarang bagaimana?

Akhirnya tujuan aku hanya satu, supaya calon-calon master/PhD merakam segala pengajaran dan kemahiran yang diperolehi dan salurkan dgn penuh hikmah kepada bakal-bakal calon yang mendatang supaya akhirnya terhasillah researcher yang fokus dalam penulisan tesis dan penyelidikan, bukan tersasar ke sana sini sebelum menemui destinasi.

 

Kredit : Dr.Othman Talib 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL