1 comments

Separuh Siswazah Baharu Dikhuatiri Menganggur Tahun Hadapan

Pasaran kerja yang lebih ‘dingin’ pada tahun depan dijangka menyebabkan lebih ramai siswazah yang baharu menamatkan pengajian berdepan cabaran untuk mendapat pekerjaan.

OD_logoOriental Daily melaporkan, sehingga separuh daripada siswazah baharu dikhuatiri menganggur pada tahun depan selepas mengambil kira faktor ekonomi semasa.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, kira-kira 250,000 graduan mahu memasuki pasaran kerja setiap tahun.

Katanya, siswazah itu adalah terdiri daripada graduan universiti tempatan dan luar negara, politeknik dan mereka yang diberhentikan atau bercadang bertukar kerja.

“Majikan biasanya gemar mengambil mereka yang berpengalaman. Graduan baharu akan berdepan cabaran untuk mencari kerja,” katanya.

Menurutnya, dalam keadaan ekonomi yang stabil dan biasa, sebanyak 65 peratus graduan akan berpeluang mendapat pekerjaan tetapi kadar itu akan merosot apabila pasaran bertukar ‘dingin’.

“Disebabkan terdapat tanda peningkatan dalam kadar pemberhentian kerja pada masa ini, maka kadar untuk siswazah baharu mendapat kerja dijangka tidak lebih 40 peratus pada tahun depan,” katanya.

Menurutnya, terdapat 200,000 orang menganggur dari 2013 hingga 2015 dengan majoritinya merupakan siswazah.

Ujarnya, universiti merupakan tempat untuk melahirkan tenaga kerja kolar putih, tetapi jumlah graduan yang dilahirkan adalah lebih daripada permintaan oleh majikan.

Shamsuddin menasihatkan graduan yang tidak berpengalaman supaya tidak terlalu memilih tetapi perlu belajar dan menimba pengalaman melalui pekerjaan yang ada.

Ujarnya, masalah komunikasi dalam bahasa Inggeris merupakan antara faktor utama yang menyebabkan graduan tidak ditawarkan kerja oleh majikan.

Jelasnya, graduan juga gagal mendapat kerja kerana meminta gaji yang tidak logik serta syarat yang tidak boleh dipenuhi syarikat.

“Terdapat graduan baharu yang meminta diberi gaji RM5,000 walaupun mereka tidak berpengalaman,” katanya.

 

KOMEN ANDA

Satu Respon

  1. Ir Dino

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL