no comments

Bagaimana 3 Langkah Ini Dapat Menjana Pendapatan Pasif Melalui Internet

Di zaman era globalisasi ini, pelbagai cabaran dan rintangan yang harus di tempuhi untuk memperolehi pendapatan yang lumayan. Sesetengah individu memperolehi pendapatan daripada makan gaji, berniaga, mewujudkan bisnes sendiri dan sebagainya.

Tetapi bagi generasi Y sekarang, mereka kebanyakannya memperolehi pendapatan pasif melalui Internet. Disini saya menyenaraikan beberapa tips atau kaedah yang dapat dititipkan untuk menjana pendapatan pasif di Internet.

start-affiliate-marketing

  • Affiliate 

Affiliate adalah cara paling mudah dan berisiko rendah. Tiada kos permulaan yang diperlukan dan anda tidak perlu membina produk anda sendiri.

Anda hanya perlu mendaftar dengan pemilik produk atau ejen jualan dan promosikan link unik yang mengandungi nombor id anda. Jika ada pembelian yang membeli produk melalui anda.

Ia adalah mudah dan lumayan apabila dilakukan dengan strategi yang teratur. Ramai pemasar affiliate international dan juga tempatan dapat menjana wang tambahan dengan hanya mempromosikan produk orang lain.

Anda boleh ke Ashadee.com  dan Klikjer.com untuk mendaftar sebagai ejen affiliate dan mempromosikan pelbagai produk berkualiti di internet. Atau boleh ke Clickbank.com , Amazon.com dan JVZoo.com untuk pasaran luar negara.

delivery

  • Dropship

Selain dari affiliate, konsep dropship juga popular di negara kita.

Dropship adalah di mana anda menjual barang daripada pembekal dengan harga yang lebih daripada harga pasaran. Manakala, keuntungan daripadanya (yang telah dipersetujui) adalah milik anda.

Anda tidak menguruskan produk dan penghantaran, anda hanya mengambil bayaran dan kemudian menempah tempahan dengan pembekal. Pembekal yang akan menguruskan urusan penghantaran dan perkara yang lain.

Untuk mencari produk dropship, anda boleh sahaja taip di Google nama produk/kategori yang anda inginkan beserta perkataan ‘dropship’ seperti produk kesihatan dan kecantikan dropship

Website

  • Membina website berkualiti

Sekiranya anda mahukan pendapatan pasif yang santai, anda juga boleh mencuba dengan website. Iaitu menghasilkan website dalam sesuatu topik sehingga ramai pelawat dan anda meletakkan iklan adsense/nuffnang dan iklan lain di website anda.

Ia adalah projek 2 dalam 1, selain anda dapat membina kemahiran mengenai website anda, anda juga turut dapat menjana pendapatan pasif melalui klik iklan yang diperoleh di website anda.

Selain itu, anda juga boleh meletakkan iklan affiliate atau menawarkan perkhidmatan/servis atau menjual produk anda sendiri apabila anda telah mempunyai website.

Apakah pilihan anda?

Inilah 3 kaedah jana pendapatan pasif yang mudah dan dengan kos yang rendah untuk anda bermula. Nasihat saya, pilih satu sahaja dan lakukan sehingga berjaya menjana pendapatan pasif dengannya.

Usah bimbang dengan hasil yang diperoleh, yang penting adalah tindakan dan usaha yang anda lakukan untuk mula membina cabang pendapatan sampingan yang lain selain pendapatan aktif anda.

Terdapat banyak lagi kaedah lain, termasuklah menjadi ejen top up prepaid dan sebagainya. Tetapi sebenarnya 3 kaedah di atas adalah yang diamalkan oleh pakar pemasaran internet dan sudah boleh memberikan pendapatan lumayan sekiranya dilakukan dengan ilmu yang betul dan tidak berputus asa.

Ramai yang mahu menjana pendapatan pasif, tapi tak ramai yang sanggup bermula daripada bawah, belajar bagaimana melakukannya dan mengeluarkan kos ilmu itu sendiri. Setelah belajar pula, usaha dan tindakan berterusan adalah penting supaya kita mendapat hasil yang kita inginkan.

Jangan sesekali terlibat dengan wang segera, cara cepat dan pantas melabur wang, skim cepat kaya dan sebagainya. Walaupun ramai yang dikatakan berjaya, yang pasti lebih ramai yang gagal dan mengalami kerugian.

KOMEN ANDA

Tiada Respon

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL