no comments

5 Mitos Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Membuat PhD / Master

Nota Editor: Artikel ini telah dikongsikan oleh Dr. Othman Talib di facebook beliau mengenai 5 mitos yang perlu perlu anda tahu sebelum membuat PhD/ Master semoga segala perkongsian ini dapat memberi pengajaran kepada anda.

Mitos 1 –  Menjadi calon Master / PhD bermakna menempuh  saat paling getir dalam hidup.

Menjadi calon Master / PhD sebenarnya satu pengikhtirafan kemampuan anda untuk menyumbang sesuatu yang baru kepada pengetahuan dalam bidang kajian anda, khususnya melalui penyelidikan yang anda lakukan. Nikmatilah saat yang hanya datang sekali seumur hidup ini sehingga anda benar-benar diikhtiraf melalui gelaran  “Dr”. Maka jadikan ini sebagai saat terindah dalam hidup anda!!

Malangnya anda beranggapan kesulitan dan kegetiran itu satu kemestiaan dan anda membiarkan diri anda merasai kegetiran tersebut sebagai justifikasi menjadi calon Master / PhD.

Mitos 2- Tidak ada jalan mudah bagi calon Master / PhD menghasilkan kajian.

Terlalu banyak jalan yang boleh membantu menjadi calon yang berjaya. Mulakan dengan langkah yang betul seperti mencari gap kajian dan mantapkan research framework. Malangnya anda tidak ada panduan untuk memulakan kajian anda maka anda mengambil masa terlalu lama untuk mendapatkan gap dan research framework anda. Anda terlalu sibuk mencari tajuk kajian yang sesuai sedang tajuk kajian bukanlah perkara pertama yang anda perlu cari malah paling sedih sekali anda tidak tahupun apa itu makna gap dan research framework dan kenapa anda perlu memantapkan kedua-duanya terlebih dahulu. Menyebabkan anda terkial-kial sepanjang perjalanan anda dan menjadikannya semakin getir walhal anda tidak perlu melalui semua itu.

Mitos 3- Membuat penyelidikan peringkat Master / PhD bermakna anda bekerja berseorangan.

Dunia telah berubah. Maklumat bukan sahaja dihujung cari anda tetapi juga dihujung cari rakan-rakan seperjuangan anda. Terdapat ramai pakar dan rakan-rakan yang sudi membantu anda memberi penjelasan dan mendapatkan artikel-artikel. Ambil tahu dan joint rangkaian facebook, blog, dan lain-lain (seperti Doctorate Support Group) bagi anda meminta bantuan merentasi sempadan IPTA malah sempadan geography. Malangnya, anda tidak joint mana-mana group, tiada discussion group dan hanya duduk termenung sendirian mengenang nasib.

Mitos 4- Menunggu benar-benar bersedia baru memulakan penulisan.

Menulis tesis adalah suatu yang rumit kerana manuskrip yang dihasilkan tebal dan terperinci. Oleh itu anda perlu memulakan penulisan proposal yang standard seawal semester 1 tanpa perlu menunggu lantikan supervisor, habis courseworkkan terlebih dahulu dan lain-lain.  Malangnya sungguh anda yang ada pengalaman membuat master tetapi tidak terus memulakan penulisan proposal PhD. Lagi awal anda mulakan penulisan lagi awal anda membina asas kukuh dan pemahaman menyeluruh kepada penyelidikan anda. Pelajarilah menulis tesis secara efisyen dan pantas melalui aplikasi document map / navigation pane bagi tujuan tersebut, nescaya penulisan anda anda lancar dan anda boleh menyusun maklumat dalam proposal anda secara sistematik.

Malangnya anda menunggu semester 3 baru hendak mulakan penulisan dengan harapan anda telah bersedia. Ingatlah, anda tidak akan pernah bersedia jika anda tidak memulakan penulisan anda. Semakin awal anda mula menulis, semakin awal anda menguasai kajian anda. Saya tidak boleh bayangkan seorang pelajar yang membentangkan proposal  pada semester ke 5 atau 6 dan kemudiannya mendapati proposal tersebut terlalu banyak yang perlu dibetulkan. Alangkan baiknya jika perkara tersebut berlaku pada semester ke 2 atau 3 yang mana masih ada masa utk membetulkannya.

Mitos 5- Master / PhD  hanya untuk mereka yang muda, genius yang membuat kajian yang mencabar.

Kajian peringkat master /PhD hanyalah sebagai satu pra-syarat untuk mendapatkan ijazah Master / PhD bagi calon yang boleh bekerja secara sistematik. Menghasilkan tesis Master / PhD hanyalah satu usaha  ‘a contribution to knowledge’ dan bukannya bertujuan utk mengubah dunia atau sebarang polisi atau menghasilkan sesuatu yang super “original” atau membuat sesuatu yang belum pernah dibuat sebelumnya. Jika benar-benar anda ingin mengubah dunia.  Selesaikan dahulu PhD anda !! Tambahan membuat kajian peringkah master / PhD memerlukan kemahiran yang boleh dipelajari. Tambahan sekarang, banyak ruang dan peluang untuk memperolehi kemahiran tersebut. Teknik mencari gap kajian, menghasilkan research framework, penentuan saiz sample, analisis statistik, teknik menulis kritis, menggunakan software seperti endnote atau NVIVO. Semuanya skills yang boleh dipelajari tanpa memerlukan anda seorang yang genius cari atau anjurkan sesama sendiri.

Contohilah Persatuan Siswazah Fakulti Pendidikan UKM yang menganjurkan bengkel saban minggu. Paling mengharukan, bengkel tersebut juga dikendalikan oleh bekas pelajar PhD UKM dan pensyarah sendiri dengan bayaran yang sangat minimum berbanding dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi. Mereka juga berjaya memohon satu ruang yang besar dengan kelengkapan meja dan lain-lain yang membolehkan pelajar Master / PhD berjumpa, berbincang dan menganjur bengkel-bengkel yang sedia ada.

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL