no comments

15 Tips Minggu Pertama Pengajian Untuk Pelajar PhD

Anda mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah? Macam-macam perasaan yang ada, dan sudah semestinya perasaan gembira amat sukar digambarkan. Tetapi apa yang perlu anda lakukan di minggu awal pengajian? Terdapat 15 tips yang wajar anda ikuti pada waktu tersebut. Selalunya banyak tips-tips yang fokus kepada bagaimana untuk menamatkan PhD, tetapi bagaimana pula untuk memulakan PhD?

Permulaan pengajian adalah satu perkara yang agak sukar. Ia mengambil masa yang agak lama untuk anda menyesuaikan diri anda dengan keadaan baru. Jadi apa perlu anda lakukan pada permulaan pengajian anda? Apa pula keutamaan minggu pertama dalam pengajian PhD?

Harapan pada hari pertama sebagai pelajar PhD adalah untuk mendapatkan persediaan secepat mungkin untuk menjalankan penyelidikan.

Di sini kami kongsikan kepada anda 15 senarai untuk pelajar PhD memulakan pengajian:

Tips PhD #1: Cari Segelas Kopi

Mulakan pengambilan kafein dalam bentuk cecair. Untuk ini, anda perlukan cawan. Jika ini tidak mencukupi anda boleh mengambil kafein anda sebagai tablet.

Ini adalah tips pertama untuk pelajar PhD, mengapa? Saya ingin berbohong dan berkata PhD anda akan tenang dan anda akan tidur 8 jam setiap malam. Benar dikatakan bahawa kadang-kadang hanya kafein akan menjaga anda daripada tidur diatas keyboard anda. Semakin cepat anda bersedia, semakin cepat anda akan menjadi produktif.

Tips PhD #2: Dapatkan Meja Dan Kerusi

Atau sekurang-kurangnya fikirkan di mana anda akan duduk. Ini adalah tempat yang selesa, yang mana anda tidak akan berubah le tempat lain. Terpulanglah kepada anda apa pun hiasan dipaparkan di atas meja anda. Einstein bobble-head? Why not?
Oleh kerana anda akan menghabiskan banyak masa di atas kerusi anda, cuba untuk memilih satu tempat yang selesa. Anda tahu, ergonomik dan dengan sokongan belakang yang lebih rendah.

Tips PhD #3: Buat Kertas Kerja

Mungkin pada awal PhD anda, anda perlu mengisi beberapa borang, memberi butir-butir peribadi anda dan maklumat untuk menghubungi beberapa saudara untuk menjemput anda apabila sesuatu yang tidak dijangka berlaku kepada anda. Semakin awal anda mula, semakin cepat untuk anda memulakan kajian.

Tips PhD #4: Mengakses Bangunan Universiti

Bangunan di mana anda akan bekerja mungkin mempunyai beberapa langkah-langkah keselamatan. Pastikan anda dibenarkan untuk berada di dalam premisnya, juga di luar waktu bekerja. Apa yang ingin dikatakan? Ya, anda juga akan bekerja di hujung minggu.

Tips PhD #5: Computationally Ready

Anda akan memerlukan komputer. Jika anda mempunyai hak, tempah. Jika tidak, bawa komputer riba anda. Dalam minggu pertama anda akan bekerja dengan komputer riba anda sementara komputer baru tiba.

Kedua, perkara yang paling penting adalah boleh mengakses Internet. Pastikan komputer anda disambungkan dengan WiFi dalam kampus.

Printer adalah perkara ketiga yang paling penting untuk difikirkan. Pastikan anda boleh mencetak, anda tahu di mana pencetak dan tahu di mana mereka menyimpan kertas untuk percetakan.

Lain-lain urusan termasuk: mendapat akses kepada shared drives, membeli second screen jika boleh, memasang perisian yang rakan-rakan anda gunakan dan 3 alat perisian wajib bagi ahli-ahli sains.

Jika anda menggunakan komputer riba, kunci komputer riba anda supaya ia tidak akan dicuri. Percayalah, ia sering berlaku.

Tips PhD #6: Bekalan Stok Pejabat 

Mari kita teruskan salah satu tip-tip mudah untuk pelajar PhD yang boleh digunakan dalam mana-mana pekerjaan. Bekalan stok!

Bekalan stok mungkin dikunci dalam kabinet. Atau anda mungkin perlu menempah bekalan melalui intranet.

Tips PhD #7: Berbaik-baik Dengan Setiausaha

Terdapat orang yang lebih berkuasa daripada profesor anda, iaitu orang yang mengawal agenda profesor. Setiausaha boleh membantu anda membuat temu janji dalam agenda yang paling sesak. Dan dia mempunyai kuasa untuk menghukum profesor anda jika dia membatalkan terlalu banyak mesyuarat dengan anda.

Tambahan pula seorang setiausaha yang baik tahu jawapan atau siapa untuk dihubungi untuk menjawab apa-apa soalan birokrasi anda.

Berbaik-baik dengan setiausaha, berbaik-baik dengan dia dan tidak memarahinya jika prof anda lewat atau membatalkan meeting dengan anda, dia hanya menyampaikan pesanan.

Tips PhD #8:  Mendaftar Kursus

Sesetengah calon PhD perlu mengikuti banyak kursus kurikulum. Mereka boleh juga secara sukarela menghadiri bengkel untuk menambahkan beberapa kemahiran yang berguna.

Apa jua keadaan anda adalah anda perlu mempunyai pandangan yang jelas mengenai kursus-kursus yang disediakan untuk anda. Mana yang wajib? Mana yang boleh dibuat pilihan? Yang mana lebih baik dilakukan? Mana yang anda perlu lakukan untuk menjadi ahli sains yang baik?

Bagi sesetengah daripada kursus-kursus pilihan dan bengkel kemahiran, anda perlu membayar yuran pendaftaran.

Tips PhD #9: Muat Turun Kertas Yang Hendak Dibaca

Ini adalah apa yang anda perlu lakukan pada awal PhD anda.

Yang mana anda perlu baca?

Jangan hanya meminta kepada penyelia anda apa yang perlu dibaca. Jika anda seorang pelajar yang proaktif (kan?) Anda boleh menggunakan Google Scholar, PubMed dan pustakawan untuk mencari kertas yang berkaitan dengan topik kajian anda.

Anda perlu membaca dan menyemak kertas-kertas tersebut. Pertama, buat satu senarai 10 hingga 20 perkara yang paling penting mengikut pendapat anda dan kedua jumlah petikan yang ada.

Hantar senarai ini kepada penyelia anda dan bertanya, mungkin mereka boleh memberitahu anda tentang beberapa kertas yang baik untuk anda.

Jika anda ingin tahu bagaimana untuk mencari kertas yang baik untuk membaca, Literature Review Boot Camp mempunyai seksyen tentang bagaimana untuk mencari literature. Check it out.

Tips PhD #10: Mulakan Penulisan Literature Review

Oleh kerana topik ini membincangkan mengenai membaca kertas kerja, mari teruskan dengan kajian literatur. Anda perlu mencari apa yang telah dilakukan sebelum ini dalam bidang anda. Apa lagi yang masih perlu dilakukan. Apakah topik panas. Anda perlu melihat di mana kesesuaian penyelidikan anda.

Anda perlu mencari kertas, membaca, merumus dan menyusun pembelajaran anda.

Apa yang sedang berlaku dalam bidang anda sekarang adalah satu kaijan literatur. Lebih cepat anda mula melakukan kajian literatur cara yang betul, lebih baik.

Dan jika anda mahu untuk melakukan kajian literatur yang betul, anda perlu mengikuti Boot Camp Literature Review.

Ini adalah salah satu tips untuk pelajar PhD yang saya telah gunakan pada awal PhD saya. Saya tidak pernah melakukan kajian literatur yang proper. Oleh itu, saya percaya sepanjang saya dalam bidang penyelidikan pada dua tahun pertama adalah tidak tepat.

Tips PhD #11: Semak Tesis-tesis Yang Lepas

Mengapa anda perlu menyemak tesis-tesis lepas?

Anda akan mendapat idea:

  • Topik apa yang lebih digemari
  • Berapa tesis yang di publish sebelum graduate
  • Siapa dan apa.
  • Belajar bagaimana tesis PhD di struktur dalam fakulti

Tips PhD #12: Merancang Penyelidikan

Mungkin idea ini agak kontroversi. Bagaimana untuk anda merancang dengan mendalam tentang perjalanan kajian anda? Adakah dengan cara mengembangkan pengetahuan dengan cara explore perkara yang belum diketahui?

Ya!

Tetapi dalam masa yang sama, anda hendaklah mempunyai idea yang jelas tentang apa yang ingin dilakukan. Apakah soalan yang perlu dijawab? Apakah langkah-langkah yang perlu diikuti untuk menjawab soalan-soalan tersebut?

Cuba. Anda boleh mengasingkan PhD anda dalam 4-6 blok atau sub-projek. Cuba mencari jalan untuk memudahkan projek pertama anda dan pasti akan membuahkan hasil. Kenapa? Untuk meningkatkan motivasi diri anda dengan melihat progres dan keputusan awal.

Bukanlah satu idea yang bagus untuk menunggu 2 hingga 3 tahun untuk melihat keputusan pertama anda. Tetapkan tarikh untuk masa akan datang (dalam 6 hingga 12 bulan) untuk menyemak semula sekiranya perancangan awal berjalan dengan baik atau memerlukan perubahan.

Tips PhD #13: Berjumpa Dengan Profesor / Supervisor

Anda telah menyenaraikan kursus yang ada atau yang akan diikuti. Anda telah membaca paper. Anda telah membuat draf perancangan kajian.

Sekarang adalah masa untuk berjumpa dengan profesor atau supervisor anda. Adakah expectations anda seiring? Adakah anda dan supervisor anda bersetuju atas apa yang akan dilakukan dan bagaimana ia akan dilakukan?

Tips PhD #14: Bergaul Dengan Rakan Baru

Tips seterusnya yang anda perlu adalah bercakap secara terus dengan rakan-rakan baru anda. Aturkan satu perjumpaan untuk memperkenalkan diri anda kepada rakan PhD dan postdocs.

Belajar tentang projek mereka. Ini akan membantu anda melihat bagaimana kesesuaian projek anda dalam penyelidikan. Tambahan lagi anda akan mengetahui siapa dan apa. Ini berguna apabila anda buntu dan memerlukan pertolongan dan nasihat dari yang lebih pakar.

Anda juga boleh bertanya pendapat dan pengalaman mereka dalam menjalankan kajian dalam bidang anda. How are they linking it? Apa masalah-masalah yang mereka hadapi pada permulaan PhD mereka?

Tips PhD #15: Bersosial

Anda akan mengenali ramai rakan-rakan dengan selalu bersama mereka seperti coffee breaks, lunch, sambutan-sambuutan, atau menyertai persatuan-persatuan (terdapat banyak di universiti).

Sekiranya anda ingin berkawan dengan rakan di luar kumpulan penyelidikan, anda ada beberapa pilihan. Anda boleh menyertai kelab-kelab sukan, ambil kelas atau sertai persatuan pelajar. Banyak persatuan pelajar PhD dan kumpulan-kumpulan yang menguruskan aktiviti untuk pelajar antarabangsa.

Ingat, anda juga mempunyai masa di luar waktu kajian anda.

Sumber: Julio Peironcely

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL