no comments

Adab-Adab Permohonan Kerja Melalui E-mel

Nota Editor: Tips ini dikongsikan oleh Ameirul Azraie di laman facebook dengan keizinan beliau untuk menulis artikel mengenai permohonan kerja melalui e-mel yang membolehkan beliau menembusi industri minyak & gas yang mana pada umum mengetahui sangat sukar untuk ditembusi. Semoga dengan perkongsian ini akan dapat memberi manfaat kepada anda yang membaca.

Permohonan beliau telah disenarai pendek kepada lebih kurang 80 calon untuk ditemuduga.Ini merupakan salah satu daripada beratus permohonan yang diterima oleh Technip Geoproduction (M) Sdn. Bhd. Dan daripada 80 calon yang ditemuduga, dengan izin ALLAH beliau di antara 17 orang yang diterima memulakan ‘on-the-job’ training. Permohonan beliau ini telah disenarai pendek oleh pakar HR – Bahagian Pengambilan (Recruitment), Cik Puan Halizah Bahroddin. Mungkin beliau boleh kongsikan apakah kelebihan permohonan saya(En.Ameirul Azraie) sehingga membuatkan beliau menyenarai pendek permohonan saya.

10568947_10203893239107629_245338366546548294_n

10497197_10203893238667618_3454419449958388497_o

  • Alamat E-mel mestilah Professional
  • Tulis ‘Subject Header’
  • Isi kandungan E-mel (E-mail Cover Letter)
    •  Pengenalan diri secara ringkas,
    •  Pengalaman praktikal/kerja,
    •  Kelebihan diri anda yang buatkan majikan perlu mengambil anda bekerja
    • Butiran untuk dihubungi, dan
    • ‘E-mail signature’
  • Lampiran (BERSAIZ KECIL!!!)
    • ‘Cover Letter’
    • ‘Resume’ (pada masa ini beliau masih tidak tahu beza CV & Resume)
    • ‘Recommendation Letters’ (ini insiatif beliau sendiri untuk mendapatkan surat sokongan bertulis dari majikan tempat beliau menjalankan latihan industri).

Nota Penting: Perhatikan cara sunsunan beliau dari Alamat E-mel hingga Lampiran. Beliau menceritakan mengenai adab dan etika dalam menyusun dan menulis ‘Resume’ dengan lengkap dan kemas.

Perbaiki permohonan kerja melalui e-mel anda selepas ini. Kalau adab yang ini pun anda dah gagal untuk jadikan pada tahap sekurang-kurangnya 3/5, jangan bermimpi HR akan buka dan tengok lampiran (Cover Letter & CV) yang anda lampirkan.

Jujur beliau katakan setelah hampir 6 tahun, kebanyakan permohonan kerja yang beliau terima masih jauh dari ‘standard’ dan adab yang beliau guna pakai pada tahun 2009. Jika permohonan kerja melalui e-mel pada tahun 2009 ini beliau sendiri beri 3/5 (penggunaan bahasa masih boleh diperbaiki, saiz fail yang masih besar, tiada usaha untuk mencari dan menulis nama penerima, dan sebagainya), rasanya kebanyakan permohonan yang beliau terima selama 6 tahun ini kebanyakannya pada tahap 0/5-2/5, adalah sedikit yang berada pada tahap 3/5 dan sangat sukar mencari yang berada tahap 4/5. Jadi janganlah anda mengomel kalau dah dekat SETAHUN anda MENGANGGUR!!!

Ini adab permohonon kerja melalui e-mel yang beliau amalkan selama 5-6 tahun ini. Bagaimana pula adab permohonan kerja melalui e-mel yang anda amalkan?

Jika anda belajar sesuatu, mohon ‘like’ dan ‘share’ “ADAB E-MEL”. Jangan lupa untuk kongsikan di ‘wall’ anda juga supaya lebih ramai akan mendapat manfaatnya.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL