no comments

5 Tips Membina “Research Proposal” Master Dan PhD Dengan Penuh Keyakinan

Ramai para-para pascasiswazah yang memikirkan persoalan yang sering bermain difikiran mereka apabila hendak memulakan sesuatu research proposal. Antara persoalan yang difikirkan mereka :

Nak buat tajuk kajian apa ye?
Ada idea tak?
Apa yang betul-betul kritikal sekarang?
Nak baca jurnal apa ye?
Apa yang kena ada dalam cadangan kajian?
Macam mana nak mula?

Di bawah ini terdapat beberapa tips atau kaedah sebelum memulakan atau membina cadangan kajian Master dan Phd :-

  • Pilih dan fahami tentang bidang kajian dan skop pengkhususan yang anda minati

Setiap orang mempunyai minat berbeza. Dalam melaksanakan kajian, asasnya harus jelas dengan bidang kajian yang anda suka. Sebagai contoh, bidang kajian ialah Facilities Management (FM). Tetapi, bidang ini luas. Ada banyak skop yang boleh dikhususkan. Jadi, sebagai contoh pengkhususan dalam FM ialah Building Performance Assessment.

Bidang kajian: Facilities Management
Skop pengkhususan: Building Performance Assessment (kajian tentang prestasi bangunan dari pelbagai aspek dan behaviour pengguna banggunan)

  • Mencari Gap atau Isu di dalam skop pengkhususan.

Bila sudah memulakan step 1, pasti anda akan mula membaca jurnal-jurnal berkaitan. Ini dipanggil sebagai “pilot articles”, iaitu artikel awalan yang perlu dibaca oleh penyelidik, yang berkait dengan pengkhususan yang diminati tadi. Dari pilot articles ni, anda akan nampak gap atau isu yang perlu dikaji dengan lebih lanjut (boleh rujuk tentang mencari research gap melalui entri terdahulu disini). Sebagai contoh, gap yang diperolehi ialah

“…kurang atau tiada ratings system/tools dibangunkan untuk menilai prestasi bangunan di sekolah-sekolah kerajaan”.

Gap perlu disertakan dengan bukti-bukti dari kajian lepas.

  • Membina soalan kajian

Apabila gap telah diperolehi, di sinilah wujudnya persoalan. Persoalan ini dipanggil sebagai soalan kajian atau “research questions”. Kajian kita ni sebenarnya lebih kepada proses untuk menutup gap tersebut (closing the loop), jadi soalan kajian boleh jadi lebih dari satu soalan. Sebagai contoh, lanjutan dari gap tadi, soalan kajian yang timbul ialah

Apa parameter atau items yang perlu ada untuk membina rating system?”

  • Membina matlamat utama dan objektif kajian 

Research aim (matlamat utama) dan research objectives dibina dari persoalan kajian. Mohon jangan terlalu ‘ambitious’ dalam meletakkan objektif kajian, khuatir objektif akan sukar dicapai. Objektif harus relate dengan soalan kajian. Sebagai contoh, objektif dari soalan tadi ialah

“to determine parameters for building performance rating system in….”

  • Mulakan membina tajuk kajian

Di sini lah step yang sepatutnya tajuk kajian itu dibina. Setelah ada gap, soalan, matlamat utama dan objektif kajian, barulah ada tajuk yang sesuai untuk diletakkan sebagai cadangan kajian anda. Jadi, jika dilihat contoh yang diberikan di step-step di atas, apakah tajuk kajian yang sesuai dibina??

“Development of Building Performance Ratings System for Public Schools in Malaysia”

Apa yang perlu ada dalam Cadangan Kajian??

Introduction
Problem Statement
Research Questions
Research Aim
Research Objective
Literature Review
Methodology
Scope and Sampling
Significant Benefit

Mungkin sunsunan ini agak berbeza dengan sunsunan universiti, semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan rujukan kepada mereka yang hendak memulakan langkah awal melakukan Research Proposal.

Sumber : Natasha Khalil

 

KOMEN ANDA

Tiada Respon

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL