1 comments

Tutorial: Jom Tulis Tesis Cara Mudah

Cara ini adalah cara mudah untuk menulis tesis atau report dengan menggunakan Microsoft Word. Sebelum anda menulis report atau buat tesis, pastikan anda membuat front page pada word yang lain terlebih dahulu. Selepas itu, baru anda buat table of content then new lagi untuk buat isi pula. Maka sekiranya, pensyarah meminta hantar softcopy, yang ada 3 word berasingan maka dari situ anda harus buka satu persatu yang mempunyai word untuk ditunjukkan pada pensyarah tersebut. Di bawah ini, terdapat langkah-langkah cara menulis tesis dengan menggunakan Microsoft Word cara yang betul:

HEADER 1

Pertama sekali, anda perlu tulis dahulu yang ada dalam sesuatu report mahupun tesis tersebut. Apa yang dimaksudkan di sini adalah Introduction, Theory and etc. Selepas itu, select all.  Seterusnya, Quick Style. Pilih heading 1. Hasilnya akan menjadi macam gambar  di atas. Jangan risau warna dengan font nanti boleh anda tukar. Seterusnya, anda perlu sediakan page untuk buat front page pula.
Selepas itu, anda perlu letak cursor anda pada huruf pertama baris pertama yang menggunakan HEADING 1 . Contohnya, seperti di dalam ini, saya meletakkan cursos dekat depan 1.0 INTRODUCTION. Seterusnya, pergi pada page layout –> page breaks –> Next Page. Contohnya, seperti yang terdapat dalam gambar di bawah ini.
PAGE BREAK
Kenapa perlu gunakan Next Page? Sebab mudah untuk membuat page number nanti. Seterusnya, anda perlu letak pula cursor di depan 2.0 THEORY. Dan Click Page Layout –> Page breaks –> Page . Sekiranya, anda tidak faham boleh rujuk gambar di bawah ini. Ulang dan buat perkara yang sama supaya anda boleh faham dengan baiknya.
page
Seterusnya, kebaikan apabila mengggunakan page break adalah, anda tidak perlu tekan enter banyak  kali untuk ke next page. Dan apabila dalam part introduction itu pasti makan ruang untuk sampai 3-4 page, secara automatik Theory and Literature Review itu akan pergi ke next page yang baru dan akan sentiasa berada on top of the pageDan selepas itu, anda tulis nama-nama yang anda hendak tulis. Contohnya, macam saya letak nama Pulse Oximeter dan Wireless Mesh Network. Seterusnya, select nama-nama yang tadi dan pergi ke Quick Style, dan pilih Heading 2. Dari situ anda akan perasan ada INTRODUCTION.
heading 2
Select dan pilih heading 3 dan letak sekali number. Dan seterusnya, anda perlu buat table of content pula. Dari situ, adan akan nampak dengan jelas fungsi heading 1, heading 2 and etc.
table of contents
Langkah yang perlu diambil seterusnya adalah pergi ke References –> Table of Contents. Dan secara automatik akan keluar gambar seperti di bawah ini. Selepas itu, anda harus right click pada table, dan pilih update field –> entire field. Seterusnya, automatik Table of Contents akan terus update dengan sendirinya. Dan anda boleh buat report atau tesis dengan tenang tanpa perlu berfikir macam mana susahnya hendak buat table of contents nanti.
contents
Berdasarkan gambar di atas, terdapat perbezaan antara Heading 1 dengan Heading 2. Sama juga jikalau anda buat Table of Figure. Kalau untuk figure, jangan lupa add caption pada figure. Seterusnya, update field dan dekat table of contents. Secara automatik muka surat akan berubah.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Cik Sara
KOMEN ANDA

Satu Respon

  1. LaTeX Guy

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL