no comments

Detik Indah Untuk Menjadi Seorang Pensyarah

Maksud Pensyarah menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka adalah individu yang memberi syarahan dan ceramah di universiti. Golongan ini merupakan guru di universiti. Kelayakan sebagai pensyarah berbeza daripada kelayakan untuk menjadi guru di sekolah harian, sekolah menengah sains dan maktab rendah sains mara. Persoalannya bagaimanakah cara-cara untuk menjadi seorang pensyarah?

Kelayakan untuk menjadi pensyarah di universiti utama negara adalah mempunyai kelayakan Doktor Falsafah. Berikut adalah laluan untuk mendapatkan ijazah ini selepas spm:

1. Diploma/Asasi/Matrikulasi/STPM atau setaraf di IPTA/IPTS
2. Ijazah Sarjana Muda di IPTA/IPTS/Overseas
3. Ijazah Sarjana di IPTA/IPTS/Overseas
4. Doktor Falsafah di IPTA/IPTS/Overseas

Terdapat pelbagai bidang untuk melanjutkan pengajian Doktor Falsafah.
Antaranya matematik, fizik, kimia, biologi, bahasa inggeris, bahasa melayu dan pelbagai bidang sains sosial.

Beberapa perkara yang penting perlu dititikberatkan sebelum memulai pengajian:

20150825_BURSA_04_620_412_100

Kewangan yang stabil.

-Sebaiknya cuba dapatkan biasiswa daripada kerajaan atau swasta. Klik Disini

sbenny.com_sygic_2

Mengenalpasti lokasi pusat pengajian.

-Soal jarak dari rumah atau tempat-tempat tertentu akan dikenalpasti.

images images

  • Adakah pengajian tersebut diluluskan oleh JPA atau MQA.

Kelayakan seseorang pemohon untuk menjadi pensyarah bergantung pada keperluan sesebuah institusi pendidikan tersebut. Terdapat universiti yang hanya memerlukan kelayakan Ijazah Sarjana untuk ditempatkan manakala kebanyakan universiti-universiti utama seperti universiti penyelidikan dan universiti Accelerated Programme for Excellence (APEX) mengkehendaki pemohon yang mempunyai kelayakan Doktor Falsafah. Contoh universiti yang memerlukan kelayakan Ijazah Sarjana ialah Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMaP). Contoh universiti yang memerlukan kelayakan Doktor Falsafah ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM).

Sumber : Pensyarah Sebagai Satu Kerjaya

 

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL