no comments

Perkara Wajib Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Hari Temuduga

Perkara wajib yang perlu anda tahu sebelum hari temuduga adalah beberapa perkara atau topik yang perlu anda ketahui sebelum menghadirkan diri ke sesuatu temuduga.

1.Tips Dan Panduan

Selidik profail syarikat/jawatan, atau bidang tugas yang dipohon:

Ini merupakan soalan-soalan asas yang lazim disoal oleh panel temuduga. Kegagalan menjawabnya menunjukkan seolah-olah calon tidak membuat persediaan yang rapi.

  • Pastikan sijil-sijil asal dan salinan pendua sijil serta resume disediakan.
  • Pastikan sijil-sijil disusun mengikut keutamaan jawatn yang dipohon.
  • Cuba dapatkan nama/gelaran panel temuduga.

2. Berlatih

  • Ulangkaji “hardskill”

“Ini juga merupakan soalan popular yang sering disoal untuk mengetahui tahap pengatahuan calon mengenai teori dan praktikal bidang yang dipelajarinya. Kegagalan calon menjawab dengan baik boleh menjejaskan peluang untuk mendapatkan jawatan tersebut”.

  • Membuat persedian berkaitan soalan yang mungkin ditanya

Membuat persedian awal untuk menjawab soalan-soalan yang mungkin ditanya dengan baik dan lancar. Selain daripada itu, calon juga dapat berlatih menggunakan nada suara, kelajuan dan intonasi yang sesuai semasa temuduga. Calon boleh meminta bantuan rakan untuk memberi maklumbalas. Perlu di ingatkan calon hendaklah berlatih menjawab dan bukannya menghafal jawapan.

3. Pakaian

Kenal pasti etika berpakaian di tempat kerja:

Sesetengah majikan di sektor swasta mempunyai etika berpakaian yang berbeza dengan sektor awam. Oleh itu, calon perlu memakai pakaian yang sesuai dengan etika berpakaian di tempat kerja tersebut untuk menghadiri temuduga.

 Adab berpakaian dan keterampilan diri untuk lelaki:

Digalakkan memakai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah tetapi tidak ‘srtiking’ dan seluar slack berwarna gelap dan bertali leher. Walaupun bagaiamanapun, cara berpakaian semasa temuduga ini boleh disesuaikan mengikut etika berpakaian di tempat kerja tersebut. Pemakaian seluar jeans, baju T-Shirt berleher bulat tidak dibernarkan.

  • Memakai kasut bertumit dan berstokin warna gelap.
  • Tali pinggang yang dipakai mesti sama warna dengan kasut yang dipakai.

Adab berpakaian dan keterampilan diri untuk perempuan:

  • Memakai pakaian yang sepadan (matching).
  • Tidak memakai pakaian yang berwarna terang atau ‘striking’.
  • Tidak memakai pakaian seperti lelaki.
  • Tidak memakai pakaian yang menjolok mata.
  • Memakai kasut bertumit.
  • Bagi yang tidak bertudung, rambut di sikat dengan rapi atau diikat supaya nampak kemas
  • Jangan mewarnakan rambut dengan menggunakan warna-warna yang menyakitkan mata seperti merah, biru, ungu dan berwarna-warni.
  • Jangan memakai aksesori yang berlebihan terutamanya barang kemas.

4. Adab Temuduga

Di awal temuduga:

  • Beri salam ucapan selamat kepada panel temuduga.
  • Mendengar dan menjawab soalan dengan betul.
  • Mempunyai keyakinan diri dan motivasi yang tinggi.
  • Bersikap tenang dan tidak gementar.Jangan menguasai sesi temuduga.
  • Jangan membesar-besarkan diri serta bercakap panjang atau bercakap banyak.
  • Janga cerita masalah peribadi seperti urusan rumah tangga, kesihatan diri atau masalah kewangan.
  • Jangan bertengkar dengan panel temuduga. Sekiranya calon tidak bersetuju dengan pandangan yang diberi oleh panel temuduga, berilah pandangan lain secara berhemah.
  • Jangan mengkritik bekas majikan anda atau makan gula-gula semasa temuduga.
  • Jangan menunjukkan ‘silent’ protes jika lambat dipanggil panel temuduga.

Di akhir temuduga:

  • Biarkan panel temuduga menamatkan sesi temuduga.
  • Apabila sesi temuduga tamat, berilah ucapan terima kasih kepada panel temuduga kerana meluangkan masa dengan anda.
  • Sebaik sahaja sesi temuduga tamat, tinggalkan temuduga dengan segera dan bersopan santun.
  • Pastikan barang-barang milik anda tidak tertinggal.

5. Larangan Temuduga

Perkara-perkara yang perlu di elakkan semasa temuduga  Rasional
Jawapan terlalu bersahaja “A’ah” dan sebagainya Ianya menunjukkan calon yang tidak mempunyai kesungguhan
Bercakap terlalu perlahan atau terlalu kuat Sekiranya calon bercakap terlalu perlahan, panel temuduga mungkin gagal mendengar apa yang cuba disampaikan oleh calon tiada keyakinan diri. Sekiranya calon bercakap terlalu kuat, ia boleh menggambarkan sikap calon yang kasar dan biadab
Melakukan perbuatan-perbuatan yang mengganggu tumpuan panel temuduga Perbuatan-perbuatan seperti memegang muka, mulut, mengeliat, menggeleng-gelengkan kepala, mengusik-uisk rambut, bermain dengan pen atau pensil menunjukkan seolah-olah calon kurang bersedia, tidak yakin dan ianya juga tidak sopan di mata panel temuduga.
Mengunyah gula-gula getah atau makan gula-gula yang lain Perbuatan ini adalah tidak sopan dan boleh menggangu kelancaran percakapan calon semasa sesi temuduga.
Menggoyangkan kaki dan bersilang kaki Perbuatan ini adalah tidak sopan
Menjengkilkan mata Perbuatan ini adalah tidak sopan

6. Kenal Pasti Lokasi Temuduga

Untuk memastikan calon tiba ke lokasi temuduga pada masa ditetapkan. Kegagalan untuk hadir pada masa yang ditetapkan akan menjejaskan peluang calon temuduga. kehadiran awal membolehkan calon menyesuaikan diri dengan persekitaran tempat temuduga tersebut. Sebaik-baiknya calon dinasihatkan hadir 30 minit sebelum masa temuduga.

Sumber: Resume

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL