no comments

Berhenti Kerja Makan Gaji Untuk Berniaga. Apakah Persediaan Anda Yang Perlu Dilakukan?

Nota Editor: Nukilan ini ditulis oleh Ameirul Azraie mengenai apakah persediaan apabila hendak mula berniaga setelah berhenti dari makan gaji. Dengan keizinan beliau, saya melakarkan beberapa kaedah atau tips mengenai penulisan beliau. Semoga ianya bermanfaat kepada anda yang sedang membaca.

Terdapat ramai orang meminta pendapat kepada beliau apakah persedian setelah berhenti daripada kerja makan gaji dan mengambil keputusan untuk berniaga? Dan ini adalah jawapan daripada persoalan tersebut :-

saya juga baru bertatih dalam dunia keusahawanan. Namun begitu, berdasarkan pengalaman saya, antara persediaan yang perlu dilakukan adalah seperti berikut:

1. Pastikan anda mempunyai simpanan tunai dalam 6-12 bulan sebagai persediaan jika berlaku sebarang perkara yang tidak dijangkakan.

2. Lindungi diri anda dan keluarga anda dengan takaful sebagai persediaan jika berlaku sebarang musibah.

3. Maklumkan kepada keluarga anda mengenai hasrat dan perancangan anda untuk berhenti kerja. Kemungkinan besar akan dapat tentangan daripada mereka yang percaya rezeki itu datang dari kerja makan gaji sahaja. Jadi untuk mengubah tanggapan ini, anda sendiri perlu tunjukkan kesungguhan yang anda tahu apa yang anda ingin lakukan selepas berhenti kerja.

4. Sebelum berhenti kerja, adalah lebih baik jika anda telah berniaga secara sambilan / separuh masa. Ini untuk memastikan anda tidak “terkejut” sebaik sahaja anda berhenti kerja. Banyak perkara asas bisnes yang anda boleh pelajari jika anda mula berniaga secara sambilan / separuh masa.

5. Hadir ke seminar berkaitan perniagaan & keusahawanan. Cari MENTOR bisnes. Cari ILMU bisnes. Mula bina SISTEM untuk perniagaan anda. Pastikan anda membuat TINDAKAN 200% lebih luar biasa berbanding semasa anda kerja makan gaji. Pastikan INTENTION anda dalam berbisnes adalah untuk menyelesaikan masalah umum. Lihat sahaja semua bisnes yang berjaya, apa yang buat mereka berjaya adalah mereka menyelesaikan masalah umum.

6. Jangan terpedaya dengan apa-apa SKIM CEPAT KAYA / MLM dan sebagainya. Mulakan bisnes dengan modal serendah RM2,000. Ini adalah nilai yang berpatutan untuk anda mula belajar berbisnes. Kita bukan ANAK BANGSAWAN mahupun JUTAWAN yang boleh terus buka bisnes besar-besar. Tapi kita ada masa, tenaga dan akal untuk kita belajar membina dan mengembangkan bisnes.

7. Jika ingin pergi jauh dalam bisnes, buatlah bisnes secara berjemaah. Cari rakan kongsi yang boleh dipercayai dan sanggup untuk sama bersusah-susah dan bersenang-senang. Rakan kongsi yang sanggup bersenang-senang itu ramai. Rakan kongsi yang sanggup bersusah-susah itu susah nak cari.

8. 3 tahun pertama dalam bisnes adalah fasa yang sangat getir. Lebih dari 90% bisnes akan bungkus dalam 3 tahun yang pertama. Jika anda berjaya melalui fasa ini, dengan izin ALLAH bisnes anda akan boleh terus berkembang maju.

9. Untuk menceburi bisnes, anda mesti cekal, kental dan yakin tentang apa yang anda lakukan. Mana-mana bisnes yang wujud sebelum berjaya pun ramai yang persoalkan mengenai kemampuan bisnes itu untuk berjaya. Ini perkara biasa. Yang penting anda sendiri mesti percaya dengan diri anda.

10. Yang terakhir sekali, dalam bisnes anda mesti FOKUS. Bila anda mula berbisnes anda akan nampak banyak peluang lain. Jangan sampai yang dikendong keciciran, yang dikejar tak kesampaian.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL