no comments

Biasiswa Yayasan Cemerlang

Yayasan Cemerlang menjemput anda para pelajar yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Sarjana Pentadbiran (MBA) bagi menyambung pengajian peringkat sarjana di Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK).

Anugerah biasiswa ini membolehkan calon yang terpilih mendapat peluang untuk membangunkan potensi penuh mereka, memenuhi aspirasi dan menyumbang ke arah pembangunan negara.

Dana biasiswa ini diusahakan atas misi berterusan perkongsian strategik antara sektor awam dan swasta untuk mengikhtiraf kecermelangan akademik. Ia bertujuan untuk memupuk potensi golongan muda Malaysia bagi membolehkan mereka melanjutkan pendidikan yang berkualiti di universiti tempatan.

Syarat Kelayakan Memohon Biasiswa Sarjana Pentadbiran Perniagaan ;

  • Warganegara Malaysia
  • PNGK sekurang-kurangnya 3.00 dari universiti yang diiktiraf;
  • Rekod terbukti dalam aktiviti ko-kurikulum atau khidmat masyarakat;
  • Bukti komunikasi interpersonal dan kualiti kepimpinan yang baik;
  • Tiada bantuan kewangan daripada agensi-agensi lain.

Bidang Pilihan

  • Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kepimpinan)
  • Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Perkhidmatan)
  • Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Runcit & Pasar Raya Besar)
  • Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam Global)

Cara Memohon Biasiswa Pentadbiran Perniagaan MBA:

Yayasan Cemerlang
c/0 Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK),
Level 18, Jalan Tangi,
50480 Kuala Lumpur

Butiran Pembiayaan Biasiswa Sarjana Yayasan Cemerlang;

Penerima biasiswa ini akan mendapat sama ada SATU daripada berikut;

  • Biasiswa penuh: meliputi tuisyen, perbelanjaan sara hidup dan pengecualian sepenuhnya ke atas semua yuran pendaftaran dan tahunan, Atau
  • Dermasiswa : Meliputi yuran pengajian sahaja.

Biasiswa ini tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditebus untuk wang tunai.

Untuk maklumat lanjut, sila baca Terma dan Syarat Kelayakan atau e-melkan pertanyaan anda ke trsf@yayasancemerlang.org.my.

Tarikh tutup permohonan: 31 Disember 2015

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL