no comments

7 Syarat Untuk Memenuhi Kajian Kuantitatif. #7 Sering Diabaikan

Kami kongsikan kepada anda mengenai beberapa syarat ringkas yang perlu ada dalam kajian kuantitatif. Semoga membantu!

Syarat 1:

Kajian anda perlu disokong oleh teori yang kuat kerana anda menguji teori bukan menghasilkan teori atau mengkaji fenomena dengan mendalam (seperti kajian kualitatif). Anda hanya menguji secara surface sama ada terdapat perbezaan antara kumpulan (t-test, ANOVA, ANCOVA, Chi-square) atau hubungan antara variable (korelasi, regressi). Anda perlu kupas teori anda dengan mendalam meliputi semua variable yang terlibat dalam kajian anda.

Syarat 2:

Anda perlukan hipotesis kajian yang teliti dan jelas.

Syarat 3:

Bekalkan kerangka teoritikal dan kerangka konseptual.

Syarat 4:

Menyatakan secara lengkap rasional pemilihan prosidur statistik anda.

Syarat 5:

Analisis data mestilah melibatkan statistic inferens (tidak memadai statistic deskriptif saja sebagaimana kajian kualitatif)

Syarat 6:

Memberikan justifikasi pemilihan analisis statistik (sering dilupakan oleh penulis)

Syarat 7:

Memberikan evident bahawa segala assumption analisis tersebut dipenuhi seperti kenormalan data, homogeneity of variance (jangan lagi take thing for granted. Ini aspek paling penting yang sering diabaikan selama ini dalam kajian kuantitatif).

 

Kredit: Dr. Othman Talib

KOMEN ANDA

Tiada Respon

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL