no comments

5 Rahsia Panduan Lulus Temuduga Kerja

Nota Editor: Artikel ini telah dikongsi oleh seorang blogger iaitu Ismail Ahmad di blog beliau mengenai 5 rahsia panduan lulus temuduga kerja.

Confident1

Tarik Nafas Dan Kemaskan Diri Dari Segi Fizikal Mental Dan Fizikal

Sebaiknya tambah bahan bacaan berkaitan temuduga kerja yang dipohon. Tak kira lah apa jua jenis temuduga, korang perlu siapkan diri dengan perisai-perisai sebelum korang ditembak oleh panel termasuklah temuduga pemandu lori kontena.

Selain itu, mempermudahkan untuk anda menjawab segala persoalan yang di ajukan oleh penemuduga. Contohnya, perkara asas macam rukun Negara, nama-nama menteri, dasar-dasar kerajaan, skop kerja jabatan dan jawatan yang dipohon contohnya tugas penguasa kastam. Itu semua adalah asas yang anda perlu wajib untuk di hafal. Belum masuk bab sejarah, isu semasa terkini contohnya baget 2015.

tips-hadir-temuduga-kerajaan-spa

Kekemasan (Penampilan Diri)

Pakai pakaian yang sesuai dan sopan ketika temuduga. Kalau boleh beli baju baru. Sekiranya, anda hendak minta kerja kerajaan, pakailah tali leher dan kemeja bewarna terang sebaiknya warna putih, dan bertali leher.

Di sini terdapat 5 perkara penting yang anda perlu tahu juga:-

  • Jangan buat cambut tegak ala-ala artis K-POP
  • Jangan pakai tali leher merah terang atau biru
  • Jangan potong rambut botak licin
  • Jangan pakai seluar jeans tak kisahlah jenama levis sekalipun
  • Jangan lupa pakai minyak wangi

Berkenaan kasut pulak perlulah dikiwi, kalau boleh biar nampak berkilat. Seterusnya, jangan lupa pakai jam tangan dan jikalau anda berkaca mata belilah yang berbingkai formal. Kesimpulannya biarlah penampilan diri itu KEMAS di kaca mata juri panel penemuduga.

photoNiat Yang Baik

Ramai yang terlepas pandang perkara ini. Niat yang tidak baik macam mana rezeki hendak masuk. Jikalau niat kerja kerajaan sebab nak  goyang kaki. Allah itu maha adil. Satu lagi sebelum pergi temuduga, telefon kedua ibu-bapa mohon restu daripada mereka kerana tanpa mereka siapalah kita di dunia ini. Bagi yang mereka sudah tiada kedua orang tua boleh mintak restu Imam masjid atau makcik kita sendiri supaya segalanya berjalan dengan lancar.

reading_2258968b

Baca Mana-mana Panduan Cara Temuduga

Dengan cara ini boleh bantu naikkan tahap keyakinan anda 200% sebelum hadir temuduga. Seterusnya, dalam ebook anda juga boleh dapatkan segala maklumat contoh tips dan panduan cara-cara bagaimana lalui proses temuduga kerja kerajaan yang penuh dengan liku-liku. Selain itu, e-book memang bagus untuk dimiliki terutama pada mereka yang nak sangat kerja dengan kerajaan atau mahu jadi penolong Penguasa Kastam W27.

30ss6

Berserah Dan Tawakal Pada Allah

Datang awal ke pusat temuduga dan jangan “over confident” yang anda akan dapat kerja tersebut walaupun anda ada kabel besar. Berserah pada Allah swt atas apa yang anda usahakan. Jangan kesali apa yang terjadi dan menangis macam budak-budak kecik lepas temuduga sebab anda tahu ada beberapa soalan mudah yang anda tidak dapat jawab. Kerana anda sudah usaha sebaik mungkin. Allah yang tentukan keputusannya. Doa, doa dan berdoa tanpa henti. Serahkan 200% keputusan pada Allah SWT tapi ingat janji Allah itu BENAR.

KOMEN ANDA

Tiada Respon

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL