no comments

Anda Baru Dalam Dunia Pascasiswazah? Ini 5 Tips Pembukaan Langkah! #3 Anda Perlu Faham

Nota Editor: Artikel baru ini dipetik daripada penulisan Dr. Othman Talib di dalam blognya mengenai bagaimana menempuh kehidupan sebagai seorang yang bergelar pascasiswazah. Harap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda yang sedang membaca.

Man with pen and questionnaire. 3d

Pertama: Kaji Tesis Terdahulu

Jika anda baru dalam dunia postgraduate (PG) ketahuilah, apa yang ada dalam kepala anda tidak penting. Apa yang penting adalah apa yang anda tulis dalam tesis anda.

Tesis adalah segala-galanya dalam dunia PhD. Maka eloklah yang masih baru, meminjam 3, 4 tesis dalam bidang kajian yang sama dengan anda berkenalan dgn format, heading-heading utama, cara menulis in-text citation, direct quotation, jadual, rajah, mendapatkan mood terlebih dahulu. Elakkan kesalahan tidak sepatutnya (silly mistakes), kemungkinan penulisnya juga dianggap tidak berapa cerdik. Teliti juga cara penulisan Literature Review dan bagaimana ayat-ayat disintesis. Luangkan masa, 2, 3 hari membaca sambil meneliti semua aspek tersebut, supaya kurangkan kesilapan ketika mula menulis.

Kedua: The Sense of Urgency

Sebagai calon master atau PhD walaupun baru semester pertama, anda perlu ada perasaan “the sense of urgency” bukan “ the sense of last minute”. Perasaan the sense of urgency akan menyebabkan anda merasa sangat bergantung kepada keperluan menyiapkan tesis dengan cepat sementara the sense of last minute cuba memberikan anda justifikasi. Lambat-lambat pun siap juga macam orang lain.

Anda tidak layak membuat tesis jika ada tidak ada perasaan the sense of urgency ini sebab PhD tak sesuai untuk mereka yang kaki lengah, tapi kerja tak jadi.

Ketiga: Kena Berlagak!

Bila anda dapat sikit pengetahuan baru atau bila dah buat progress seperti berjaya mengumpulkan jurnal dan lain-lain, kena menunjuk-nunjuk dengan tujuan baik. Masukkan ke dalam facebook dan beritahu kawan-kawan anda yang anda telahpun dapat buat sekian-sekian sebagai satu kaedah anda memaksa diri anda meningkatkan apa yang anda telah capai.

Apabila telah mencapai sasaran, war-warkan kepada sasaran baru. Biar sentiasa ada pressure untuk anda sendiri mencapai sasaran baru sebab dah diwar-warkan, org kampung semua dah tahu itu motifnya dan biar kawan-kawan anda terlopong kehairanan melihat cepatnya progress anda, dan dalam masa yang sama mereka tertarik untuk meniru anda!

Keempat: Jatuh Cinta Buat Kali Kedua

Buat PhD kena jatuh cinta dengan dunia penyelidikan. Apa rasa bila jatuh cinta? Katalah anda nak baca 10 muka surat buku Statistics Andy Field untuk fahamkan multiple regression, setakat 10 muka surat tu macam terasa baca 1 muka surat je. Malah masa 2 jam memahaminya seperti 2 minit ! Tak sabar-sabar lagi nak tahu bab-bab yang lain macam benci tapi rindu ! Itu baru bercinta! Kalau 2 minit terasa 2 jam itu benci namanya !

Kelima: Hadkan Masa Atau Hari

Hadkan masa yang mencukupi untuk membaca dan menulis. Saya cadangkan anda luangkan masa contohnya satu hari 6 jam straight dengan beberapa break sekejap. Membaca dan menulis bukannya 1, 2 jam untuk 3,4 hari. Katakan anda sibuk, maka selesaikan urusan anda dahulu, katakan Isnin sampai Rabu. Jadi pastikan hari khamis dan Jumaat anda benar-benar luangkan masa utk berada di perpustakaan atau dimana sahaja yang conducive untuk 6 jam.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL