no comments

8 x 8 Perkara Proposal Defense VS Proposal Presentation

Proposal adalah naskah atau penulisan yang sepatutnya RINGKAS dengan pernyataan masalah, objektif, methodology dan contribution to the body of knowledge yang JELAS. Proposal bukanlah static atau rigid sehingga tidak boleh di ubah, di naiktaraf atau diubah suai kerana ia adalah proposal iaitu “cadangan kajian”

Proposal pula tidak boleh terlalu khusus dan jelas sebab ianya hanya blue print. Panduan untuk menjalankan kajian yang boleh dilakukan penyelarasan sebelum kajian dimulakan. Proposal bukan tesis yang tebal dan detail.

Inilah yang dikatakanProposal Prensentation bukanProposal Defense” kerana :

  1. Tujuan sesi pembentangan adalah memantapkan proposal calon maka istilah “proposal presentation” lebih sesuai berbanding “proposal defense
  2. Calon membuat pembentangan difakulti atau jabatan sendiri, bukan diluar.
  3. Calon berpeluang mempersembahkan proposal bagi mendapat pandangan ahli fakulti sendiri dengan semangat ingin membantu sesama ahli fakulti.
  4. Tidak semua yang hadir membaca proposal yang dibentangkan dan tahu secara menyeluruh sebagaimana yang diketahui oleh AJK supervisory, maka terdapat pandangan yang boleh diterima, ditolak atau dikemaskini selepas proposal presentation.
  5. Perkataan “defense” lebih sesuai kepada sesuatu yang sudah siap dan lengkap seperti tesis untuk dipertahankan, itupun jarang dipanggil “thesis defense” sebaliknya “viva voce”
  6. Seperti contoh satu budaya yang menakutkan, apabila proposal perlu dipertahankan ditambah lagi dengan kewujudan adegan “tembak menembak” yang ada kalanya tegang dan panas.
  7. Alangkah baik sesi “tembak menembak” ini ditukar dengan semangat membantu “anak buah” di fakulti dengan komen yang membina supaya proposal yang dibentangkan dapat dimantapkan.
  8. Memberi peluang calon menyiapkan proposal dalam masa yang lebih cepat dan munasabah, tidak meleret-leret dan berlarutan, biar sempurna sebelum “defense”.

KetikaProposal Presentiton, pastikan anda:

  1. Bersedia untuk menjelaskan kajian anda dengan ringkas dengan bercakap kepada audience bukan membaca slides.
  2. Sediakan slides yang ringkas sahaja, No Animation!
  3. Jangan amalkan sifat copy and paste dari proposal.
  4. Fakos kepada “isu atau masalah” yang anda kaji dan mengapa ia penting untuk dikaji.
  5. Mengapa kajian anda adalah lanjutan dari kajian lepas dan aspek mana ia berbeza (novelty).
  6. Bagaimana dapatan kajian anda dijangka menyumbang kepada knowledge dalam bidang yang dikaji.
  7. Tunjukkan flow dari isu – objectif – RQ – metodologi – analisis data secara sistematik.
  8. Ringkaskan Literature Review dari sumber leading resources sahaja.

Kesimpulan:

Proposal adalah sebagai road map kajian anda, maka ia perlu “dipersembahkan” untuk mendapat komentar dan pandangan ahli fakulti yang lain, bukan “dipertahankan”.

Menjadi harapan pelajar tidak sabar untuk sesi “proposal presentation” dihadapan ahli fakulti sendiri, didepan teman-teman sendiri bukannya ketakutan untuk “proposal defense” yang dikatakan sebagai satu sesi yang akan wujud adegan tembak menembak.

Sumber : Dr. OT

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL