1 comments

Soalan Lazim Temuduga

Nota Editor: Artikel ini telah dikongsikan oleh James yang merupakan seorang guru sejak tahun 2009 yang berpengalaman mengenai soalan lazim temuduga. Diharap segala info dan panduan dapat membantu anda dalam membuat persediaan temuduga kerja yang anda pilih. 

Menghadiri temuduga adalah sesuatu perkara yang selalu memberi tekanan kepada anda. Betul tak? Walaupun anda telah mengadiri banyak temuduga namun perasaan tertekan itu masih ada lagi dalam diri anda. Jadi langkah yang terbaik untuk mengelakan perkara ini adalah dengan melakukan PERSEDIAAN (Preparations) contohnya mengkaji soalan-soalan yang lazim yang akan ditanya oleh penemuduga serta jawapan yang bertepatan dengan soalan yang ditanya.

Kadang kala, penemuduga hanya ingin melihat keyakinanan diri anda apabila bercakap didepan mereka walaupun jawapan yang anda bagi tidak begitu tepat. Petua dia, jangan anda tidak jawab soalan. Bercakap dengan jelas, yakin pada diri sendiri. Dan jangan hanya mendiamkan diri.

Selain itu anda juga harus menyelidik latar belakang kerja yang anda nak pilih, company yang anda hendak pilih. Dengan itu anda mempunyai kelebihan dalam menjawab soalan yang ditanya nanti. Berikut adalah beberapa soalan yang selalu  famous yang selalu ditanya oleh penemuduga, yang saya pecahkan kepada beberapa bahagian:

1) Sejarah Pekerjaan Anda Sebelum Ini:

Soalan: Namakan syarikat, jawatan, tarikh masuk dan tarikh berhenti, dan berapa gaji anda semasa berkhidmat ditempat kerja yang sebelum ini?

Penerangan: Anda mungkin terkejut dengan soalan sedemikian. Walaupun soalanya, senang tetapi boleh mendatangkan masalah juga kalau anda tidak boleh menjawap dengan betul. Jadi anda perlu ingat semula balik semua perkara tersebut dan terangkan secara terperinci seperti yang terdapat pada resume yang anda hantar kepada mereka. Salah Satu cara yang paling mudah adalah sediakan satu nota tentang perkara diatas kemudian kalau boleh hafal dan bawa semasa hari temuduga.

Soalan: Apakah tanggungjawab anda ditempat kerja sebelum ini?

Penerangan: Dalam menjawab soalan ini, anda hendaklah menerangkanya secara khusus tentang apa yang telah anda lakukan sebelum ini dan kaitkan dengan pekerjaan yang anda inginkan sekarang. Perkara yang penting disini adalah anda perlu menerangkanya dengan secara jujur. Jangan sesekali menipu. Dan jangan memandai anda hendak menceritakan tanggungjawab yang padahal anda tidak pernah lakukan. Penemuduga sudah tentu  tidak tahu raiak muka kita kalau kita tipu. Perkara ini tidak boleh permainkan dengan sewenangnya.

Soalan: Apakah cabaran utama yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda mengendalikan masalah tersebut?

Penerangan: Apabila anda ditanya soalan temuduga kerja seperti ini “Bagaimana anda menangani cabaran?” pastikan menyertakan contoh-contoh khusus tentang bagaimana anda mengendalikan situasi yang sukar yang pernah anda alami. Bincangkan bagaimana anda membuat penyelidikan tentang masalah tersebut dan cadangan anda untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut.

Soalan: Apakah yang telah anda pelajari daripada kesilapan anda telah lakukan sebelum ini?

Penerangan: Apabila anda menjawab soalan ini, pastikan anda menukarkan perkara yang negatif kepada perkara yang positif. Contohnya seperti berikut:

# Salah satu perkara penting yang menjadi pengajaran kepada kerjaya dan diri saya ialah Kegigihan. Tidak mudah berputus asa kerana mungkin ada jalan penyelesaian yang mudah yang kita tidak sedar perkara tersebut boleh menyelesaikan masalah kita.

#Saya telah belajar untuk memberikan peluang yang kedua kepada setiap orang, kerana tanggapan pertama kita sering menyebabkan kekeliruan dan tidak tahu perkara yang sebenar yang terjadi.

# saya selalu membuat kerja last minute. Ianya amat menyusahkan daripada membuat kerja dan siap lebih awal daripada dew date.

Soalan: Apakah yang anda suka dan tidak suka berkerja ditempat lama anda terdahulu?

Penerangan: Apabila anda ditanya dengan soalan “apa yang tidak suka tentang pekerjaan anda sebelum ini, anda jangan terlalu memberi tanggapan yang negatif terhadap perkerjaan anda sebelum ini. Sebabnya ialah mungkin penemuduga beranggapan bahawa anda akan bercakap negatif tentang pekerjaan baru atau syarikat apabila anda sudah bersedia untuk berkerja atau dipilih nanti (jika anda mendapat mendapat pekerjaan yang ditemuduga). Sebaliknya anda perlu bercakap tentang diri sendiri dan memberitahu tentang apa yang anda ingin sumbangkan kepada pekerjaan yang baru. Contoh jawapan dia seperti berikut:

#Saya seronok bekerja ditempat lama bersama-sama dengan rakan-rakan setugas yang saya yang lain. Suasana kerja yang tidak tegang memnyebabkan saya seronok untuk pergi kerja setiap hari. Saya mendapat kepuasan bekerja di tempat kerja lama saya.

#Salah satu sebab saya meninggalkan tempat kerja lama saya ialah kerana ianaya tidak mempunyai banyak cabaran serta mudah untuk saya selesaikan. Saya inginkan cabaran yang lebih daripada itu.

#Saya rasa saya sudah memberi komitmen yang lebih ditempat kerja lama saya, malangnya sejak beberapa tahun saya bekerja disana, masih lagi memegang jawatan yang sama dalam erti kata lain tidak naik pangkat.

#Saya rasa kepakaran saya tidak sesuai ditempat kerja lama saya, akan tetapi saya menghargai jasa yang telah saya sumbangkan kepada tempat kerja lama saya.

Soalan: Pernakah anda bekerja dengan rakan setugas yang anda benci? Jika pernah, bagaimana mana anda uruskan perkara tersebut.

Penerangan: Ya saya pernah bekerja dengan orang sedemikian. Walaubagaimanapun, apabila saya melihat dia fokus terhadap kerja dan tahu mencari jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah, saya menghargai apa yang telah dia buat. Kemudian perlahan-lahan perasaan benci saya bertukar menjadi suka walaupun kami tidak berkawan.

Soalan: Kenapa anda berhenti bekerja ditempat kerja lama anda?

Penerangan: Soalan ini melibatkan dua perkara utama. Pertama jika anda berhenti kerja kerana di atas kerelaan anda sendiri dan yang kedua ialah kerana anda dipecat.

Jika anda berhenti secara suka rela. Jawapan dia seperti berikut:

# Saya berasa bosan bekerja di tempat lama saya kerana kurang cabaran dan tidak bersesuaian dengan bakat yang saya miliki. Saya ingin merasakan kenikmatan berkerja dan saya tidak mahu berkerja secara tidak ikhlas disebabkan faktor saya tidak mempunyai bakat dalam bidang pekerjaan yang saya ceburi. Jadi ianya perkara yang sia-sia sahaja dan berkemungkinan besar mengambil masa yang lama untuk mengecapi kejayaan serta naik pangkat.

SOALAN TEMUDUGA MENGENAI DIRI ANDA

Selain daripada soalan tentang pekerjaan lama anda juga akan ditemuduga berkenaan dengan personaliti anda sendiri. Bagaimana tingkahlaku anda bekerja selama ini. Berikut ada beberapa soalan yang agak famous yang ditanya oleh penemuduga.

Soalan: Apakah kelemahan yang ketara dalam diri kamu?

Penerangan: Apabila anda ditanya dengan soalan sebegini, anda jangan terlalu mendedahkan kelemahan anda yang ketara. Seperti yang saya bagi tahu sebelum ini iaitu cuba tukarkan perkara yang negatif kepada positif. Contohnya seperti berikut:

Apabila saya diberi satu tugas, saya akan siapkannya lebih awal daripada jadual yang sepatutnya kerana saya banyak mengambil ikhtibar daripada buat kerja last minute yang sangat menyakitkan.

# Saya sangat mementingkan kersempurnaan dalam kerja yang saya lakukan. Oleh yang demikian saya akan menyemak kerja saya berkali-kali sehingga saya betul-betul puas hati dengan apa yang saya lakukan.

Soalan: Apakah kekuatan yang ketara dalam diri kamu?

Penerangan: Mungkin soalan ini sangat mudah untuk anda jawab. Cara yang terbaik untuk menjawab soalan ini ialah dengan menerangkan kemahiran dan pengalaman kamu yang berkerja ditempat lain sebelum ini dan kaitkan dengan kerja yang anda pohon sekarang. Contohnya adalah seperti berikut:

#Saya telah mencapai matlamat jualan syarikat setiap tahun dan saya telah diberi bonus diatas pencapaian saya tersebut.

#Saya mahir mengurus masa saya dengan baik, cekap dan teratur sekaligus memudahkan saya untuk memberi tumpuan kepada tugasan yang seterusnya.

#Saya mampu mencari jalan penyelesaian kepada setiap masalah yang sukar kerana saya tahu setiap masalah itu ada cara penyelesaianya yang tersendiri.

Soalan: Bagaimana kekuatan yang ada pada diri anda boleh membantu anda dalam pekerjaan yang anda ceburi?

Penerangan: Soalan ini adalah soalan susulan daripada asas kekuatan anda tadi. Anda perlu huraikan bagaimana keupayaan tersebut membantu anda dalam berkerja. Jawapan ringkas yang saya syorkan adalah seperti berikut.

#Keupayaan saya yang paling ketara adalah boleh bekerja dengan pelbagai individu yang berbeza agama, bangsa dan budaya. Saya seronok bekerja dengan semua orang yang saya jumpa dan dalam masa yang sama saya akan merapatkan hubungan dengan mereka sekaligus memudahkan saya untuk menguruskan kerja secara berpasukan.

#Saya sentiasa fokus terhadap kerja yang saya lakukan. Saya tidak mencampuradukkan kerja dengan masalah personal saya ketika ditempat kerja. Oleh hal yang demikian, saya mampu memberi komitmen yang tinggi terhadap kerja saya walaupun  ketika sibuk.

#Walaupun saya sibuk dengan pelbagai tugas akan tetapi saya akan sentiasa memastikan kerja yang saya lakukan mengikut dew date yang telah ditetapkan atau sebelum tarikh akhir tugasan diserahkan.

Soalan: Ceritakan seba sedikit tentang latar belakang anda?

Penerangan: Dalam menjawab soalan ini anda harus member jawapan berkenaan dengan jawatan, suasana kerja dan budaya kerja anda sebelum ini. Contohnya seperti berikut:

#Saya enjoy bekerja dan bermesyuarat dengan semua orang dan sentiasa fokus terhadap kerja saya.

#Saya seorang yang berfikiran kreatif. Saya sentiasa mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk setiap masalah yang saya hadapi terutamanya dalam tugasan yang amanahkan kepada saya.

#Saya cekap dalam melakukan tugasan dan membuatkan saya lebih proaktif dalam semua melaksanakan tugasan.

Soalan: Cuba ceritakan cara kerja anda?

Anda perlu memberi jawapan yang berpadanan dengan kerja yang anda temuduga sekarang. Berikut adalah cadangan jawapanya:

#Saya sangat fokus, konsisten dan berkemampuan untuk berkerja dengan lebih cepat dan efisen.

#Saya sentiasa menyemak kerja saya supaya kerja saya lakukan itu betul-betul berkualiti untuk kebaikan kepada syarikat saya.

#Saya membuat kerja dengan terancang supaya saya boleh memberi tumpuan kepada kerja yang seterusnya.

#Saya sentiasa berbincang dengan rakan sekerja yang lain dalam melaksanakan tugasan yang diberi supaya lebih cekap dan efisen.

Soalan: Bagaimana cara anda menangani tekanan kerja?

Penerangan: Dalam soalan ini anda perlu menceritakan pengalaman anda apabila mengalami tekanan. Contoh jawapan mudah adalah seperti berikut:

#Tekanan adalah penting kepada saya kerana dengan adanya tekanan saya boleh melakukan tugasan dengan lebih baik. Cara yang sesuai untuk saya mengimbangi tekanan adalah dengan cara mengasingkan tekanan yang baik dan tekanan yang buruk. Saya perlukan tekanan yang baik untuk kekal bermotivasi dan produktif.

#Saya bertindak berdasarkan situasi dan bukannya tekanan kerana saya tidak mahu memikirkan tekanan yang menyebabkan prestasi kerja saya menurun.

#Saya bukanlah seorang yang sukar berkerja apabila dalam tekanan. Saya sentiasa fokus dan berusaha untuk menyiapkan kerja saya.

Soalan: Apakah perkara yang dapat memberikan anda motivasi dalam bekerja?

Penerangan: Contoh jawapan adalah seperti berikut:

#Saya adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap kerja dan saya akan memastikan kualiti kerja saya sentiasa terbaik bersama-sama rakan sekerja yang lain. Saya melatih diri saya sendiri untuk bekerja dan siap tepat pada masanya untuk mendapatkan prestasi kerja yang terbaik.

#Saya sentiasa ingin melakukan kerja dengan baik walau apa jua jawatan yang saya sandang. Saya sentiasa ingin cemerlang dalam kerja yang saya buat supaya ianya memberi kepuasan peribadi saya dan juga majikan saya khususnya.

KOMEN ANDA

Satu Respon

  1. Idris

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL