no comments

8 Kupasan Tentang Pendapat Bahawa Kajian PhD/Master Dijalankan Bagi Memantapkan Kajian Terdahulu

Nota Editor: Artikel ini telah dikongsikan oleh Dr.Othman Talib di Facebook beliau mengenai pendapat bahawa kajian PhD/Master dijalankan bagi memantapkan kajian terdahulu. Semoga segala perkongsian ini dapat memberi input yang berkesan kepada anda.

Saya ingin menyentuh pendapat bahawa kajian PhD/Master dijalankan bagi memantapkan kajian terdahulu. Pemantapan ini katanya boleh dilihat antaranya dari limitasi kajian lepas atau lain-lain kelemahan yang boleh dikenalpasti.

Saya fikir hanya ada versi “filling the gap” yang meminta pelajar membaca sampai ribuan artikel untuk mencari gap sampai jumpa, rupa-rupanya ada versi lain lagi – mencari kekurangan kajian lepas untuk dimantapkan. Saya kongsikan beberapa kupasan mengenainya:

Kupasan 1:

Kenapa perlu mencari “kelemahan” kajian lepas? Membaca limitasi kajian lepas, kononnya terdapat kelemahan disitu sedangkan limitasi bukanlah satu kelemahan. Dari mana datangnya pendapat yang mengatakan limitasi adalah satu kelemahan.

Limitasi diperlukan untuk memberi skop kajian, supaya kajian tersebut menjadi “kuat” untuk mewakili generalisasi dapatan kajian dalam skop yang telah ditentukan. Tidak ada kajian yang tidak ada limitasi walaupun tidak dinyatakan dengan explicit.

Membuat sampling (bukan mengambil populasi) itupun satu contoh limitasi. Adakah semua kajian itu lemah kerana ada limitasi sedang kajian yang bakal anda jalankan pun wajib dinyatakan limitasinya.

Kupasan 2:

Kajian lepas khususnya yang diambil dari jurnal high impact atau quartile Q1 lazimnya adalah kajian yang baik, malah dihasilkan dengan teliti oleh expert, lalu di review secara strict oleh editor yang juga expert. Maka kajian sebegini dianggap terbaik dalam mencapai apa sahaja objektif yang ditentukan dalam skop kajian tersebut. Tiba-tiba calon diminta master / PhD yang serba novice atau lansung tidak pernah membuat kajian dan menerbitkan artikel untuk mencari kelemahan kajian tersebut.

Kupasan 3:

Tujuan kajian adalah untuk mengkaji sesuatu isu yang kritikal dan terkini bagi mendapatkan satu penjelasan dari dapatan kajian dengan menjadikan kajian lepas sebagai asas pengambilan teori yang sesuai dan pemilihan variables yang boleh membantu menjawab soalan kajian anda dengan baik. Ke manakah perginya tujuan ini jika yang dicari bukannya isu, tetapi kelemahan kajian lepas?

Kupasan 4:

Jika kajian lepas itu terdapat kelemahan apakah pula jaminan bahawa kajian anda yang kononnya untuk memperbaiki kelemahan kajian lepas tersebut, bebas dari kelemahan? Maka silap hari bulan, di mana semasa anda membuat pembentangan proposal sudah tentu tidak akan lepas. Seterusnya, kajian yang lemah adalah kajian yang tidak menggunakan teori yang appropriate atau reka bentuk kajian (dari pemilihan sampel, instrumentasi, prosidur kajian, analisis data dan lain-lain) yang juga tidak appropriate.

Contohnya, tiada prosidur dalam kajian experimental yang mengawal interaction effect antara kumpulan, sehingga dapatan kajian sukar dipertahankan. Ini lazim terjadi kepada artikel dari jurnal yang tidak di review secara strict dan bukan diterbitkan dalam jurnal high impact yang berwibawa. Jadi sengaja pula anda mencari kajian dalam jurnal sebegini untuk mencari kelemahan, hanya akan merendahkan kecerdikkan anda sahaja.

Kupasan 5:

Setiap artikel yang berjaya diterbitkan dalam jurnal yang berwibawa, adalah sesuai dengan tujuan / objektif kajian yang telah ditentukan oleh skop dan keperluan ketika kajian tersebut dijalankan. Anda tidaklah perlu jadi reviewer 2015 bagi mencari kekurangan artikel yang telah di review dan diterbitkan pada tahun 2000, jadi cuba anda menjadi hero untuk memantapkan kekurangan ini. Lebih baik anda review artikel-artikel terbaik semasa lalu cuba menjawab persoalan “what else need to be done?”

Ini termasuklah keperluan revised instrument bagi menyemak semula konstruk yang telah terlalu lama digunakan (yang sesuai ketika kajian lepas), menguji model fitness, menghasilkan prototype menggunakan ciri semasa, mengintegrasi teori-teori yang digunakan dalam kajian lepas dan lain-lain. Maka besar kemungkinan kajian lepas bukan “overlooked” perkara ini sehingga menjadi satu kelemahan, tetapi apa yang dibuat adalah sesuatu yang memang sesuai dengan keperluan ketika itu.

Kupasan 6:

Di samping itu juga, sekiranya anda terjumpa satu artikel yang “lemah“, maka ini bukan sebab anda perlu buat kajian anda, memang lemah sungguh alasan anda. Itu berkemungkinan satu kajian lemah yang tidak ketahui oleh siapa ia dikaji dan banyak lagi kajian yang dalam bidang yang sama. Pelik, mengapa pelajar diminta mencari kajian yang belum ada dan yang lemah. Sedangkan yang patut difahami untuk kajian adalah argument semasa yang paling hot dan yang crucial dalam bidang masing-masing yang menjadi satu isu untuk dikaji.

Kupasan 7:

Seterusnya, berbaliklah kepada tujuan asal kenapa kajian diperlukan iaitu untuk memberi peluang anda menguasai sesuatu bidang (dengan membaca, memahami dan review kajian lepas) dengan lebih mendalam melalui satu kajian yang dapat membantu anda dan scholar dalam bidang anda memahami sesuatu isu yang ada urgency dan signifikan dengan lebih baik, dan komprehensif.

Kupasan 8:

Kajian yang baik, bukanlah kajian yang menampung “kelemahan’ kajian lepas, tetapi kajian yang baik untuk PhD / master antaranya mempunyai kriteria:

  • Menyatakan isu / masalah kajian yang jelas, ada urgency, novel dan signifikan.
  • Memformulasi soalan kajian / hipotesis yang explicit bagi menjawab isu yang dikaji.
  • Mempunyai reka bentuk kajian yang sesuai bagi menjawab soalan kajian / hipotesis.
  • Mengupas kajian lepas secara kritis, bagi menggambarkan pemahaman anda yang menyeluruh terhadap kajian yang anda akan jalankan dgn disokong oleh teori yang mantap.
KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL