no comments

7 Aktiviti Otak Untuk Meningkatkan Produktiviti

Sebagai seorang pelajar atau pekerja yang berkomitmen, sudah tentu banyak masa dihabiskan dengan menghadap komputer. Ada yang terpaksa menghadap komputer berjam-jam lamanya sehingga kesihatan terganggu. Jadi, saksikan video ini agar anda tahu bagaimana untuk menguruskan masa dan kesihatan anda apabila terpaksa bekerja lama di hadapan komputer.

Tips 1: Hadkan Gangguan

Melakukan banyak tugas dalam satu masa boleh meningkatkan sebanyak 40 peratus penggunaan masa berbanding dengan hanya satu tugas dalam satu masa. Ini berdasarkan kajian yang dilakukan oleh APA. Jadi, tutup semua tab yang tidak diperlukan.

Tips 2: Menyimpan Senarai Tugasan

Anda mungkin menyimpan senarai tugasan anda dalam komputer, tetapi para penyelidik menunjukkan bahawa menggunakan pen dan kertas adalah lebih baik. Kerana perbuatan menulis boleh dikaitkan dengan peningkatan pemikiran kognitif. Tambahan, menulis boleh membaiki tulisan tangan anda.

Tips 3: Mencegah Keletihan Mata

Keletihan mata kerana merenung komputer terlalu lama boleh mengakibatkan sakit kepala. Untuk mencegah, ikuti peraturan 20-20-20. Setiap 20 minit, fokuskan kepada objek yang jaraknya sejauh 20 kaki. Untuk 20 saat, peralihan tumpuan membolehkan otot-otot mata anda menjadi lebih relaks kerana mata yang relaks adalah mata yang produktif.

Tips 4: Buka Lampu Bilik

Ianya mungkin menarik untuk bekerja dalam keadaan gelap, tetapi kajian mendapati bahawa bekerja dalam keadaan cerah boleh meningkatkan kepekaan anda.

Tips 5: Bersenam

Duduk pada satu posisi terlalu lama membuatkan anda berasa letih. Senaman ringan boleh membantu melancarkan peredaran darah dan mendapatkan oksigen untuk otak. Kajian mendapati bahawa berjalan selama 10 minit boleh mengumpulkan semula tenaga untuk 2 jam.

Tips 6: Minum Air Secukupnya

Kafien dan gula boleh memberikan anda tenaga tetapi kafein membuatkan anda akan sering berulang ke tandas. Minum air secukupnya untuk memastikan anda sentiasa peka dan sihat.

Tips 7: Tidur Sebentar

TAPI..SEKIRANYA ANDA BENAR-BENAR MEMERLUKAN..

Kunci jam (set an alarm) selama 15 minit, minum secawan kopi dan tidur sebentar. Ia mengambil masa selama 15 minit untuk menghilangkan kafein dalam tubuh anda. Kemudian, bangun dan sambung kerja!

Selamat mencuba!

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL