no comments

10 Petua Penting Memasuki Gerbang Pasca Siswazah

Nota Editor: Sebelum memasuki ke gerbang pascasiswazah, terdapat banyak perkara asas yang perlu anda ikuti bagi menjayakan pengajian anda. Kami kongsikan 10 petua yang harus di ambil berat dalam dunia pascasiswazah. Artikel ini telah dipetik dari blog seorang blogger yang diberi nama SUPERMAK! mengenai 10 perkara yang perlu anda fikirkan sebelum sambung belajar ke peringkat Master/ PhD.

1. Kuatkan Mental

Anda tidak boleh rasa cepat mengalah atau cepat down dan tidak suka pada cabaran. Kalau ada pun tidak boleh terlampau lama. Sebab ini perkara biasa. Sesiapa yang sambung belajar tetapi tidak pernah rasa down, itu memang tidak normal. Sekiranya anda rasa down, carilah orang-orang yang telah berjaya mengharunginya dengan baik dan minta nasihat atau baca buku-buku jenis biografi orang-orang yang berjaya untuk tingkatkan kembali motivasi diri anda.

2. Kuatkan Fizikal

Seterusnya, anda kena amik supplement untuk kecergasan badan. Anda perlu makan makanan yang berkhasiat dan jangan dedahkan badan anda kepada mana-mana penyakit berjangkit atau tidak berjangkit.

3. Pengurusan Masa

Perkara ini SANGAT PENTING!!! dan ramai yang mengabaikannya. Masa itu emas. Jangan buang masa anda dengan perkara-perkara yang tidak membawa faedah seperti bermain game, bergosip, menonton TV sehingga lewat malam dan melepak bersama rakan-rakan sambil bersembang kosong. Kenapa perkara ini dianggap sangat penting? Kerana perkara-perkara kecil ini yang sering melalaikan anda sehingga mengabaikan perkara yang lebih penting.

4. Banyakkan Membaca dan Mencari Maklumat

Bagi mereka yang sambung belajar secara part time, tambah lagi yang sudah mempunyai keluarga sendiri masa itu memang adalah sangat terhad. Jadi seharusnya anda bertekad satu hari mesti baca satu jurnal walau apa pun terjadi, kerana ini sangat penting untuk menambahkan pengetahuan anda.

5. Kewangan

Bagi mereka yang sambung belajar dan buat research mode ini memang perlu duit yang mencukupi sehingga tamat pengajian. Bagi mereka yang tidak mendapat biasiswa atau fellow itu sangat bertuah. Tetapi bagi mereka yang sambung study part time mereka tidak akan merasa semua itu. Mereka perlu menggunakan duit gaji sendiri untuk menampung segala perbelanjaan contohnya duit untuk makan, bayar pengasuh anak, tol dan minyak kereta. Jadi mulai dari sekarang anda tidak boleh suka berfoya-foya atau melakukan perkara yang tidak berfaedah sehingga membazir.

6. Sokongan

Sokongan juga adalah perkara yang paling penting terutama ketika anda tertekan atau down. Sebab orang-orang inilah yang selalunya akan anda cari tidak kira la ibu-bapa anda, suami, dan anak-anak. Supaya mereka boleh memahami masalah yang sedang di lalui oleh anda.

7. Sayangi Penyelia

Bina hubungan baik dengan pensyarah yang jadi penyelia anda supaya anda mudah untuk bertanyakan perkara yang anda sendiri tidak faham. Selain itu juga, apabila anda rapat dengan penyelia insyaAllah segala kajian, dan penulisan yang dilakukan akan berjalan dengan lancar.

8. Good Networking

Anda perlulah membuat banyak networking dengan pelbagai jenis orang, lagi banyak networking anda lagi untung begitu jugalah dalam dunia pembelajaran. Networking ini adalah sangat berguna contohnya jika secara tiba-tiba alat yang anda gunakan untuk buat analisis itu rosak dan data perlu dihantar kepada pensyarah dengan secepat yang mungkin, jadi networking perlu berfungsi dengan sebaiknya. Dan yang paling menarik jikalau anda rapat dengan networking itu,  anda boleh dapat perkhidmatan percuma tanpa perlu bayar. Antara networking yang perlu ada bagi seorang pelajar ialah rakan sekelas, junior, senior, pensyarah-pensyarah lain, penyelidik-penyelidik dari institut penyelidikan lain atau universiti-universiti atau bekas-bekas pensyarah.

9. Bakat dan Kemahiran

Ini adalah penting sewaktu anda membuat pembentangan tambah-tambah lagi waktu viva nanti. Perlu ada kemahiran yang boleh meyakinkan orang lain dan persuade orang untuk tmenerima pendapat anda. Sebagai contoh jikalau anda mempunyai bakat menyanyi tetapi tiada bakat untuk membuat persembahan yang baik, pasti tidak gunanya.

10. Berkeyakinan Tinggi dan Berfikiran Positif

Akhir sekali, anda haruslah sentiasa yakin dan berfikiran positif dalam melakukan kajian dan penulisan yang anda lakukan supaya mudah untuk anda melakukan penyelidikan yang seterusnya. Selain itu juga, anda tidak boleh mudah berputus asa dalam melaksanakan sesuatu kajian dan sentiasa memohon doa daripada Allah swt agar dipermudahkan segala urusan yang dijalankan.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL