no comments

OTMF Template Adalah Bagi Orang Yang Ingin Memulakan Penulisan Artikel

Ketahuilah bahawa ABSTRACT adalah wajib bagi setiap artikel akademik, bagi memudahkan pembawa membuat glance thru apa yang terkandung dalam artikel tanpa perlu membaca keseluruhannya terlebih dahulu. Tidak perlu lakukan skimming pada artikel, kerana abstract telah disediakan untuk tujuan tersebut.

Dengan ini, Dr.Othman Talib ingin memperkenalkan OTMF Template (Objective, Theory, Method, Finding). Tiga dari element ini iaitu Objective, Method dan Findings adalah ELEMENT UTAMA dalam abstract semua artikel kecuali theory yang ada kalanya tidak dinyatakan dalam abstract dengan jelas.

Walau bagaimanapun, anda masih boleh buka setiap artikel dalam Mendeley, dan taip “theory” pada icon glass magnifier supaya semua perkataan “theory’ dihighlight. Jika anda bernasib baik, terus anda dibawa ke paragraph yang menyatakan teori yang digunakan tanpa perlu membaca keseluruhan artikel

Mengapa perlu memilih OTMF ?

Pertama:

Memang banyak template dan matrix yang telah diperkenalkan selama ini serta menjadi amalan sebahagian besar post-graduet. Setelah Dr membaca banyak artikel, Dr dapati lebih mudah menguasai bidang kajian diperingkat awal dengan OTMF, atau menerusi abstract dahulu. Ini juga bagi memastikan anda walaupun tanpa banyak pengetahuan dalam bidang kajian, atau masih tidak jelas, boleh saja terus bina OTMF ini dengan bantuan Microsoft Word dan Mendeley, sebelum bersedia untuk membaca keseluruhan artikel.

Kedua:

Katakan hasil literature search dengan Mendelely, anda berjaya dapatkan 30 artikel, tentulah anda tidak mampu utk membaca dan memahami setiap satu artikel. Jadi anda boleh sahaja sediakan OTMF ini, dengan hanya membaca abstract, kemudian anda extract objective, theory (jika ada), method dan findings kemudian copy-n-paste sahaja seperti contoh foto yang Dr lampirkan. Semua citation dalam OTMF anda boleh masukkan terus dari Mendeley ke Microsoft Word anda. Pada peringkat ini anda tidak perlu menaip lansung

bbb

bbb1

Ketiga:

Bahagian objektif perlu dicerakinkan lagi kepada DV dan IV serta isu (lihat foto) kerana tidak dinyatakan dgn jelas dalam abstrak. Anda kena kenalpasti IV dan DV serta belajar untuk merumuskan isu yang cuba diselesaikan pada artikel tersebut hanya dengan mengetahui objektif kajian supaya OTMF ini akan memberi anda idea bagi menjawab:

– What else need to be done? (contribute to knowledge)

– Why scholar care about it? (significance of study)

Dr. sudah menyediakan contoh, lihat dan fahami contoh tersebut. Istimewanya jika objektif yang terkandung di dalamnya variables serta isu yang ingin diselesaikan.

Keempat:

Selepas dapat idea “what else need to be done” dan boleh menjawab soalan “Why scholars care about it?” maka terserahlah pada anda utk membuat template yang lebih canggih atau terus sahaja menggunakan ZDOT (zero draft of thesis).

Pesanan – Hanya kotak IV / DV serta Isu sahaja yang anda kena fikir dan tulis sendiri, mengikut dari objective kajian. Kotak-kotak lain semuanya copy-n-paste dari abstract dengan membukannya mengunakan Mendeley Citation itu juga insert dari Mendeley.

Sumber : Dr.Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL