no comments

8 Tips Penulisan Tesis Dalam Tempoh 3 Tahun

Sebagai seorang bakal pensyarah yang berkhidmat di UPM, saya hanya diberikan 3 tahun untuk menyiapkan tesis PhD. Saya telah membuat permohonan untuk lanjutan tetapi permohonan itu selama setahun dan Alhamdulillah permohonan saya diterima. Dukacitanya saya terpaksa menempuhi satu cabaran berat di mana Universiti saya meminta saya siapkan tesis dalam masa 6 bulan sahaja berbanding dengan masa setahun yang telah dijanjikan. Jika saya tidak dapat menyiapkan tesis saya, Universiti akan menukar penyelia saya.  3 tahun sahaja..mampukah saya? Saya banyak berdoa dan kemudiannya bertekad untuk menyiapkan tesis saya dalam tempoh yang diberikan. Saya mengatur langkah supaya rancangan saya berjaya dan Alhamdulillah, saya mendapat PhD saya sebelum mencecah usia 30 tahun. Ini merupakan beberapa tips yang boleh diamalkan untuk menyiapkan tesis dalam masa 3 tahun sahaja.

Tips #1: Cari topik yang menarik, terkini dan tambah dimensi lain.

Tidak semestinya mencari topik yang begitu “baru”. Ia boleh menjadi satu kajian yang telah dilakukan di luar negara, tetapi kecilkan skop untuk kawasan tertentu. Jangan bimbang tentang topik yang terlalu sempurna pada awalnya -anda juga boleh mengemaskini tajuk tesis anda kemudian. Apa yang penting adalah anda tahu apa yang anda mahu tulis dan mengapa.

Tips #2: Fokus pada kertas cadangan.

Secara jujurnya ini adalah salah satu bahagian yang paling penting dalam penulisan tesis anda. Ia adalah seperti satu pelan tindakan kepada pelan induk anda. Setelah anda mempunyai rancangan yang jelas, penulisan tesis akan menjadi lebih mudah kerana anda sudah ada tujuan dan arah. Kajian literatur hendaklah menyeluruh, menunjukkan gaps yang mungkin wujud dan menerangkan di mana kesesuaiannya dalam kajian anda. Menghadiri kursus tentang bagaimana untuk menulis kertas cadangan penyelidikan. Walaupun anda rasa anda sudah tahu apa yang perlu dilakukan, pengetahuan tambahan akan lebih membantu.

Tips #3: Pilih metodologi.

Kuantitatif, kualitatif atau kaedah campuran? Temubual, survei atau analisis doktrin? Ini adalah bahagian yang ramai orang sering terlepas pandang – yang menyebabkan timbul beberapa masalah sewaktu peperiksaan dan viva. Jika kaedah yang anda pilih lemah, anda akan ditanya dan ini akan menjadi satu gambaran kerja yang tidak baik jika anda tidak boleh menjawab. Jadi baca tentang metodologi yang biasa digunakan dalam bidang pengajian anda, pilih salah satu kaedah yang paling sesuai untuk kajian anda, dan nyatakan justifikasi tentang bagaimana dan mengapa anda memilih kaedah tersebut.

Tips #4: Mulakan penulisan.

Walaupun penting untuk membaca dan mengemaskini penyelidikan terkini dan literatur, anda tidak semestinya menunggu terlalu lama untuk memulakan penulisan. Tidak ada satu titik akhir di mana anda sedar bahawa anda telah membaca secukupnya dan boleh mula menulis. Anda perlu mula menulis, setiap hari, walaupun sedikit. Tulis berdasarkan apa yang anda sudah tahu. Anda boleh melengkapkan gaps kemudian hari.

Tips #5: Gunakan perisian untuk membuat rujukan seperti Mendeley atau EndNote.

Mulakan menulis rujukan dari seawal penulisan tesis. Jangan menunggu sehingga penghujung PhD anda untuk menggunakan perisian tersebut, ia akan memakan masa yang lama dan menyebabkan anda sakit kepala. Uruskan rujukan dari awal, dan kemaskini bibliografi dengan kerap setiap kali anda memetik rujukan. Ini akan menjimatkan masa dan tenaga anda di akhir nanti.

Tips #6: Buat pengasingan.

Memperuntukkan sekurang-kurangnya dua hari dalam seminggu untuk anda membaca dan menulis. Pergi ke perpustakaan, matikan telefon bimbit anda, bawa air dan makanan, duduk dan tumpukan perhatian kepada tesis anda. Tetapkan matlamat anda untuk menulis 2 muka surat setiap hari anda berada di dalam perpustakaan. Bermakna 4 muka surat seminggu, kira-kira 190 muka surat setahun!

Tips #7: Buat kesimpulan topik anda dari awal.

Bunyi macam pelik? Tetapi ia memang membantu. Secara asasnya buat ringkasan keseluruhan tesis anda dan setiap kali anda selesai menulis satu bab, tulis ringkasan setiap bab yang mana akan dimasukkan ke dalam kesimpulan anda. Dengan cara itu apabila anda hampir selesai menulis tesis, anda tidak perlu membaca setiap bab sekali lagi untuk menulis kesimpulan anda. Sudah tentu, penyuntingan dan pindaan perlu dibuat tetapi sekurang-kurangnya sebahagian besar kerja anda telah selesai.

Tips #8: Menyemak tatabahasa anda.

Ini sangat penting! Jika anda mendapat pemeriksa yang tertentu, tesis yang ditulis dengan kesilapan tatabahasa yang banyak boleh menjejaskan keputusan mereka. Jadi minta pertolongan seseorang untuk menyemak hasil kerja anda. Ia mungkin melibatkan sedikit kos, tetapi memang berbaloi. Anda boleh dapatkan khidmat baca pruf di sini dan khidmat terjemahan di sini.

Jika anda benar-benar inginkan sesuatu, tiada apa-apa yang dapat menghalang anda daripada mengecapi impian anda. Anda hanya perlu bekerja dengan kuat, berdisiplin dan rajin beribadah dan berserah kepada Yang Maha Esa. Jika kita memelihara hubungan kita dengan Allah SWT dan rajin bekerja, insyAllah tidak mustahil untuk menyiapkan tesis dalam masa 3 tahun. InsyaAllah. Selamat maju jaya!

*Murni Wan Mohd Nor mendapat PhDnya dalam bidang undang-undang perlembagaan dan hak asasi manusia. Beliau menulis artikel di jurnal akademik, media alternatif seperti The Malaysian Insider dan menyumbangkan artikel di laman web themiddlecommunity.com

KOMEN ANDA

Tiada Respon

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL