no comments

6 Tips Yang Perlu Anda Ketahui Sebelum Memasuki Terowong PhD

Nota Editor: Artikel ini telah dikongsikan oleh blogger di blog beliau iaitu Cik Misstree mengenai tips-tips yang perlu anda ketahui sebelum melangkah ke dunia PhD. Semoga beroleh manfaat!

Orang buat PhD ada dunia yang tersendiri. Pada peringkat awal, dunia PhD seperti torowong gelap tanpa cahaya sehingga setiap orang teraba-raba dalam kegelapan dan tidak nampak jalan keluar.  Penyelia ibarat cahaya yang memainkan peranan membimbing pelajar mencari jalan keluar.  Di bawah ini terdapat bebarapa tips yang telah di senaraikan oleh saya kepada sesiapa yang hendak masuk ke dalam dunia PhD terutamanya sesiapa yang buat PhD di Malaysia:

Yang Pertama:

Selidiki latar belakang dan peribadi bakal penyelia – maknanya, tidak hanya memadai menyelidik latar belakang kerjaya akademik dan penerbitan.  Jika penyelia merupakan seorang Muslim, pastikan dia seorang yang taat pada agama agar setiap tindakannya terhadap anda sebagai pelajar berada dalam lingkungan Lillahi Taala. Dengan itu, tidak timbul cerita ketika anda sedang berusaha membuat tesis atau menunggu proses viva, penyelia anda sibuk berusaha membalas dendam sehingga mengagalkan PhD anda. Pengalaman benar seorang rakan yang membuat PhD, tindakannya menyimpan penyelia bermasalah sebagai penyelia kedua menyebabkan semasa dia sedang menunggu viva, penyelia keduanya telah bertindak menghubungi pemeriksa luar untuk mengagalkan tesis PhDnya.

Yang Kedua:

Penyelia memainkan peranan yang penting. Maka sebagai pelajar, anda perlu menjaga penyelia anda dengan baik sama ada penyelia utama atau penyelia bersama. Kisah benar apabila seorang rakan di UKM terpaksa menjadi Research Assistant (RA) bagi merangkap Personal Assistant (PA) alias kerani untuk mengambil hati penyelia agar penyelianya membaca bab-bab tesis yang telah disiapkan. Sehingga satu ketika, suaminya sakit jantung dan dimasukkan ke hospital di Hospital Kuantan, dia tidak pulang ke Kuantan tetapi tetap berada di UKM ‘menjaga’ penyelianya. Ada satu kes lain yang menarik, setiap kali penyelianya menerima tetamu dari luar negara, dia terpaksa menjemput tetamu penyelianya dari KLIA dan melayan semua keperluan tetamu penyelianya. Jagalah penyelia anda walaupun hal ini menimbulkan isu di manakah integriti profesionalisme para pensyarah universiti?

Yang Ketiga:

Oleh kerana beratnya tugas anda ‘menjaga’ penyelia, maka sebaik-baiknya bilangan penyelia yang perlu anda miliki hanya seorang. Sebolehnya elakkanlah dua orang penyelia apa tah lagi tiga orang penyelia. Tips ini diperolehi ketika menghadiri kursus SLAB di sebuah IPTA.

Yang Keempat:

Jika anda mempunyai masalah sehingga membawa kepada pertengkaran dan pergaduhan dengan penyelia anda, sebaik-baiknya anda berusahalah tukar penyelia. Jangan berasa takut untuk membuang penyelia sehingga anda bertindak menyimpannya pula sebagai penyelia kedua.  Semasa anda berada di bawah seliaannya telah berlaku pelbagai masalah maka tidak mustahil akan berlaku pelbagai masalah walapun statusnya hanya sebagai penyelia kedua. Pengalaman benar seorang rakan yang membuat PhD, tindakannya menyimpan penyelia bermasalah sebagai penyelia kedua menyebabkan semasa dia sedang menunggu viva, penyelia keduanya telah bertindak menghubungi pemeriksa luar untuk mengagalkan tesis PhDnya.

Yang Kelima:

Pertimbangkan semasak-masaknya mengenai tempat untuk belajar PhD. Menurut seorang pensyarah bidang sejarah di UKM, belajar di luar negara ada pelbagai kelebihan seperti boleh melancong dan jauh dari keluarga (ibu bapa & adik-beradik) dan saudara mara. Apabila berjauhan dari keluarga dan saudara mara, jika berlaku musibah dan kematian, anda diberi rusakh dan kelepasan dari menjaga atau melawat keluarga anda pada waktu sakit.  Apabila anda mendapat panggilan telefon kerana berlaku kematian keluarga anda contohnya ibu saudara, anda menyatakan “yelah, dah ajal dia”. Berbeza pula jika belajar dalam negara, anda memiliki pelbagai tanggungjawab termasuk menjaga dan menziarahi ketika mereka sakit dan berlaku kematian.

Yang Keenam:

Pilih tajuk yang sesuai dan penyelia anda mampu menyelia tajuk tersebut. Mampu di sini dalam erti kata menguasai bidang kajian tesis anda walaupun tesis anda dan bidang penyelia tidaklah sama 100%. Dalam menilai kemampuan penyelia, anda perlu melihat sendiri cadangan pembaikian bab terutama bab satu dan bab kedua. Jangan hanya mendengar kata penyelia anda, “tak ada masalah, semua tajuk kita boleh selia” walhal dia sebenarnya tidak berkemampuan untuk menyelia tajuk anda dalam bidang tujahan yang diperlukan. Kes sebenar pernah berlaku apabila tajuk tesis pelajar ialah Islamisasi pembangunan yang dikaji dalam konteks ekonomi-politik tetapi memandangkan penyelia terbabit tidak pakar dalam bidang ekonomi-politik maka dia lantas bertindak mengubah hala tuju tesis pelajar ke arah bidang politik pembangunan. Dalam hal ini, lazimnya penyelia mempunyai ego mereka yang tersendiri. Mereka menggambarkan diri mereka hebat dalam bahasa yang ‘besar’ dan malu untuk mengakui kelemahan diri sendiri melainkan mereka yang taat berpegang pada tali Allah.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL