2 comments

Panduan Lengkap Penyediaan Proposal Dan Tesis Dengan Format Yang Betul

Setelah pelajar-pelajar jelas dengan tajuk yang dipilih, setiap pelajar perlulah menyediakan ‘Kertas Cadangan Penyelidikan’ (Proposal). Apabila penulisan Tesis / Disertasi / Projek Ilmiah selesai kelak, Kertas Cadangan Penyelidikan ini seharusnya menjadi bahagian ‘Pengenalan’ di dalam Tesis / Disertasi / Projek Ilmiah masing-masing dan akan diletakkan sebelum Bab Pertama penulisan.

Bagi tujuan keseragaman seluruh penulisan Tesis / Disertasi / Projek Ilmiah Jabatan Sejarah, penyediaan proposal perlu mengikut format yang di bawah:

PANDUAN PENYEDIAAN KERTAS CADANGAN (PROPOSAL)

  • Bidang Kajian (bagi Tesis dan Disertasi sahaja)
  • Tajuk Kajian
  • Latar Belakang Kajian

 ~Memberi gambaran secara umum tentang tajuk kajian yang dipilih.

  •   Persoalan Kajian

 ~Persoalan kajian ialah isu utama yang hendak diselesaikan di dalam sesuatu kajian.

  • Objektif Kajian

 ~Objektif kajian ialah perkara-perkara yang hendak dicapai di dalam kajian bagi membolehkan Persoalan Kajian dijawab.

  •   Skop Kajian

~Skop kajian merupakan lingkungan kajian. Lingkungan ini melibatkan tempoh masa, tema dan lokasi yang dipilih.

  •  Kepentingan Kajian

~Kepentingan kajian ialah kedudukan kajian yang dilakukan dalam bidang dan penulisan sejarah sedia ada.

  •  Ulasan Literatur

~Ulasan literatur merupakan ulasan terhadap kajian-kajian lepas yang relevan dengan tajuk yang dipilih.

  •  Kaedah Penyelidikan dan Sumber

~Kaedah penyelidikan adalah pendekatan yang digunakan dalam penyelidikan sejarah. Sumber terdiri daripada dua kategori iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Pelajar perlu menjelaskan kaedah dan sumber-sumber yang digunakan dalam kajiannya.

  •  Pembahagian Bab

~Pembahagian bab ialah struktur kajian yang dipersembahkan dalam Tesis/Disertasi/Projek Ilmiah.

  •   Bibliografi

PANDUAN PENYEDIAAN TESIS

Elemen-elemen yang perlu ada dalam penulisan tesis adalah seperti berikut, tetapi ianya mungkin berbeza-beza mengikut peraturan yang ditetapkan oleh institusi masing-masing:

  • Tajuk

•  Bagi Tesis dan Disertasi , tajuk hendaklah seperti yang diluluskan oleh Fakulti atau Senat.

•  Bagi Projek Ilmiah , tajuk hendaklah seperti yang telah dipersetujui dengan penyelia masing-masing.

  • Jumlah perkataan bagi penulisan ilmiah,

Tesis (PhD) – Tidak melebihi 100,000 patah perkataan.

Disertasi (MA) – Tidak melebihi 60,000 patah perkataan.

Disertasi (Mod campuran – MA) – Tidak melebihi 40,000 patah perkataan.

Projek Ilmiah (BA) – Di antara 15 ribu hingga 20 ribu patah perkataan.

Jumlah ini tidak termasuk nota kaki, bibliografi, jadual, rajah dan lampiran.

Abstrak

•  Bagi Tesis/Disertasi, pelajar perlu menyediakan abstrak dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, tidak melebih 500 patah perkataan setiap satu.

•  Bagi Projek Ilmiah , pelajar perlu menyediakan abstrak dalam Bahasa Malaysia sahaja tidak melebih 500 patah perkataan.

Format Penulisan

•  Menggunakan kertas bersaiz A4 yang berkualiti (80 gram).

•  Teks ditaip dalam langkau 2 ( double spacing ) dan langkau 1 ( single spacing ) bagi nota kaki, jadual dan rajah.

•  Jenis huruf ( font ) tulisan; Times New Roman , bersaiz 12, manakala font bersaiz 10 bagi nota kaki.

•  Tajuk besar dan tajuk kecil ( sub topic ) boleh dibezakan dengan penggunaan saiz font tertentu, penggunaan cetak tebal ( bold ), juga penggunaan huruf besar (uppercase ) dan kecil ( lowercase ).

Jangan gunakan nombor untuk mengasingkan tajuk-tajuk. (contoh: 1.0, 1.1, 1.1.1 dan lain-lain).

•  Setiap perenggan baru tidak perlu langkauan.

Format memasukkan petikan langsung.

•  Petikan langsung yang kurang daripada 3 baris tidak perlu dipisahkan dari teks namun perlu diletakkan tanda pembuka dan penutup kata ( single ).

•  Bagi Tesis / Disertasi / Projek Ilmiah yang ditulis dalam Bahasa Melayu, jika petikannya itu berbahasa Inggeris, petikan tersebut perlu di italic kan tetapi tidak perlu diitalic kan untuk yang berbahasa Melayu. Demikian juga sebaliknya. Petikan mestilah mempunyai rujukan di nota kaki.

•  Petikan langsung lebih daripada 3 baris hendaklah ditaip secara indent .

•  Font yang digunakan sama saiz dengan teks iaitu 12.

•  Ditaip ke dalam sedikit (1 tab dari teks) di sebelah kiri dan kanan.

•  Ditaip langkau 1 ( single spacing ).

•  Tidak perlu italic. (Bagi bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris)

•  Tidak perlu tanda pembuka dan penutup kata.

•  Petikan langsung yang diambil dari pertengahan ayat, perlu diletakkan tanda …

•  Petikan mestilah mempunyai rujukan di nota kaki.

•  Sekiranya calon mengambil data, maklumat atau fakta dari mana-mana sumber tetapi dimuatkan ke dalam penulisan dalam bentuk ayat sendiri atau diolah sendiri, sumber tersebut tetap perlu dinyatakan di nota kaki.

Format birai ( margin )

•  Atas: 2.0 cm

•  Bawah: 2.0 cm

•  Kanan: 2.0 cm

•  Kiri: 4.0 cm

Pastikan, Jadual/Rajah/Ilustrasi/Peta/Gambar juga termasuk dalam birai ini.

Pernomboran halaman

•  Font bersaiz 10.

•  Letakkan nombor halaman di kedudukan 1 cm bahagian kanan bawah halaman.

•  Halaman pertama (1) bermula di Pengenalan .

•  Pernomboran sebelum halaman 1, menggunakan nombor roman (contoh: i, ii, iii) – iaitu di bahagian awal seperti Abstrak, Penghargaan, Senarai Kandungan, Senarai Jadual, Senarai Kependekan dan lain-lain yang seumpama dengannya.

•  Halaman Tajuk ( Title Page ) pada muka hadapan Tesis/Disertasi/Projek Ilmiah dianggap telah bermula halaman ‘i’ tetapi tidak dicetak nombornya pada helaian tersebut. Halaman berikutnya terus dicetak dengan nombor ‘ii’.

  Tanda-tanda bacaan dalam penulisan.

  •  Menjarakkan perkataan berikutnya 1 bar (1 space bar ) selepas tanda-tanda baca berikut;

. , : ; ) ‘ ” ?

Contoh: Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, hlm. 2.

•  Merapatkan perkataan berikutnya selepas tanda-tanda berikut;

/ ( ‘ “

Contoh: Masyarakat asing/luar (bukan warganegara) di Malaysia.

  •  Bagi tanda-tanda bacaan ; : , / dirapatkan dengan perkataan sebelumnya

Persembahan

Format meletakkan Jadual/Rajah/Ilustrasi/Peta/Gambar

•  Setiap Jadual/Rajah/Ilustrasi/Peta/Gambar dan yang lain (jika ada) seumpama dengannya perlu dinomborkan secara berasingan mengikut turutan bab.

(Contoh Bab 1; Bermula dengan Jadual 1.1, diikuti Jadual 1.2, Jadual 1.3 dan seterusnya. Bab 2; Jadual 2.1, diikuti jadual 2.2, Jadual 2.3 dan seterusnya)

•  Setiap Jadual/Rajah/Ilustrasi/Peta/Gambar dan yang lain seumpama dengannya mesti mempunyai tajuk selepas pernomboran di bahagian atas dan catatan sumber di bahagian bawah.

•  Sekiranya Jadual atau Rajah memerlukan lebih dari satu halaman, di halaman kedua dan berikutnya perlu ditulis sambungan. (Contoh; Sambungan Jadual 2.1)

•  Susun atur halaman bagi perkara-perkara yang terkandung di dalam penulisan Tesis/Disertasi/Projek Ilmiah.

Untuk tujuan keseragaman, perkara-perkara berikut perlu disusun mengikut turutan di bawah,

•  Halaman tajuk

•  Borang Perakuan dan pengesahan penyelia (Projek Ilmiah) ATAU Borang Perakuan Pengesahan Keaslian (Tesis/Disertasi)

•  Abstrak

•  Abstract (Tesis dan Disertasi sahaja)

•  Penghargaan

•  Isi Kandungan

•  Senarai Jadual, Senarai Gambar, Senarai Peta, Senarai Rajah, Senarai Lampiran (jika ada)

•  Senarai Kependekan

•  Pengenalan (yang mengandungi, Latar Belakang, Persoalan, Objektif, Skop, Kepentingan, Ulasan Literatur, Kaedah Penyelidikan dan Pembahagian Bab. Bahagian ini tidak ditulis sebagai bab)

•  Bab Satu dan Bab-bab Seterusnya

•  Kesimpulan (tidak ditulis sebagai bab)

•  Bibliografi

•  Lampiran

Format meletakkan Lampiran.

•  Lampiran perlu dinomborkan secara berturutan.

•  Setiap Lampiran mesti mempunyai tajuk selepas pernomboran di bahagian atas dan catatan sumber di bahagian bawah.

•  Lampiran diletakkan selepas Bibliografi.

Nota Kaki dan Bibliografi

Penulisan nota kaki dan bibliografi.

•  Rujukan dan sebarang maklumat tambahan, hendaklah ditulis dalam bentuk nota kaki sahaja. Nota hujung tidak dibenarkan.

•  Nombor penunjuk nota kaki hendaklah bermula dengan 1 di setiap bab. Oleh itu, maklumat setiap sumber (walaupun diulang guna) perlu ditaip sepenuhnya bermula di setiap bab.

•  Menggunakan singkatan hlm. untuk halaman.

Susunan dan Kandungan Bibiliografi

Untuk tujuan keseragaman, Bibilografi perlu disusun mengikut turutan berikut.

•  Sumber Primer

•  Tidak diterbitkan

•  Diterbitkan

•  Sumber Sekunder

•  Buku

•  Makalah/Bab dalam buku

•  Akhbar

•  Kertas Persidangan

•  Tesis/Latihan Ilmiah/Disertasi/Projek Ilmiah

•  Wawancara – Biodata ringkas responden perlu dimuatkan.

•  Laman Sesawang

Bibliografi disusun mengikut abjad pada bahagian masing-masing dan tidak diberi pernomboran. Ditaip dalam langkau 1 ( single spacing )

Penjilidan dan Penyerahan Tesis/Disertasi/Projek Ilmiah

Format penulisan bagi kulit Tesis/Disertasi/Projek Ilmiah dan halaman hadapan.

Format penjilidan

•  Projek Ilmiah mesti dijilid dengan kulit keras ( hard cover ).

•  Tesis/Disertasi pula dijilid dengan kulit lembut ( soft cover ) (bagi tujuan semakan).

•  Huruf pada kulit berwarna emas.

•  Penyerahan Tesis/Desertasi/Projek Ilmiah untuk pemeriksaan.

•  Pelajar perlu mendapat pengesahan (tandatangan) daripada penyelia masing-masing terlebih dahulu sebelum mengajukan Tesis/Disertasi/Projek Ilmiah mereka.

•  Untuk Tesis/Disertasi Borang Perakuan Keaslian Penulisan perlu ditandatangani oleh calon dan saksinya serta diletakkan sebelum Abstrak. Calon perlu menggunakan perakuan keaslian penulisan sama ada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris

•  Salinan elektronik (softcopy PDF) dalam bentuk CD/Pendrive yang diserahkan harus mengandungi Tesis/Disertasi dalam format MS Word (doc) atau txt.

PERINGATAN

Bagi tujuan keseragaman, untuk penyediaan Kertas Cadangan dan penulisan Tesis/Disertasi/Projek Ilmiah masing-masing, perkara-perkara berikut perlulah diberi perhatian oleh pelajar.

•  Pelajar tidak dibenarkan menggunakan sebarang kata ganti nama diri sendiri (seperti saya, penulis, pengkaji, penyelidik) semasa pembentukan ayat di dalam Kertas Cadangan dan Penulisan Ilmiah masing-masing.

•  Pelajar dinasihat mempelbagaikan jenis sumber untuk Ulasan Literatur seperti buku, makalah jurnal, bab di dalam buku dan Tesis/Disertasi/Latihan Ilmiah/Projek Ilmiah tahun-tahun sebelumnya.

•  Pelajar dilarang memplagiat sebarang penulisan.

•  Pelajar diingatkan supaya membuat pertemuan berkala (sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan) dengan penyelia masing-masing dan memastikan mengisi juga menandatangani borang pertemuan.

•  Pelajar-pelajar Pascasiswazah yang menyediakan Tesis atau Disertasi perlu sentiasa mengambil perhatian syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh universiti dalam pencalonan masing-masing. Misalnya keperluan Candidature Defence , Pembentangan Proposal dan lain-lain syarat yang dikenakan.

Sumber: Universiti Malaya

KOMEN ANDA

2 Komen

  1. Ramizah Amir
  2. Sri Sabariah

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL