no comments

Langkah-langkah Mengetahui Keluasan Bidang Kajian Anda

Nota Editor: Artikel ini telah dikongsikan oleh Dr. Sazali dari blog beliau mengenai langkah-langkah sebelum memulakan PhD. Diharapkan segala perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Langkah-langkah :  Apabila hendak memulakan pengajian PhD

  1. Cari tesis di Malaysia, tesis terhampir dengan tajuk kajian anda.
  2. Cari tesis di luar negara walaupun sebuah, tesis terhampir dengan tajuk kajian anda.

Ini adalah untuk anda mengetahui tahap atau keluasan bidang kajian tersebut.

  • Setelah memperolehi tesis-tesis tersebut, baca abstrak, Bab 1, Bab terakhir dan recommendation/cadangan yang telah diajukan oleh pengkaji di atas.  Lihat dengan rapi semua buku-buku rujukan, jurnal, proceedings yang telah digunakan oleh tesis-tesis tersebut. Beri banyak masa buat analisa bahan rujukan yang ada dalam tesis ini. Cuba kenalpasti KITAB utama, theoretical framework/conceptual framework yang telah diutarakan oleh pengkaji di atas.
  • Tabiat membaca jurnal dan buku-buku : diminta jangan membaca bahan-bahan ini seperti anda membaca akhbar harian METRO, majalah sukan FOOTBALL dan lain-lain.  Anda diminta mempunyai disiplin tinggi untuk membaca tentang perkara ini.  Mengikut pengalaman saya membaca setiap kertas jurnal sebanyak 3 kali banyaknya. Jikalau boleh catat tarikh bacaan tersebut.  Bacaan pertama ialah scanning,  bacaan kedua ialah mengenalpasti scope kajian, research gap, findings dan methodology. Buat bacaan dalam kadar perlahan supaya segala maklumat dapat diperolehi dengan betul.  Bacaan terakhir ialah menulis rumusan 1 atau 2 perenggan.  Gunakan jadual matriks.  Tidak memenuhi jadual matriks ini bermakna anda telah gagal membaca apa-apa.
  • Bina tabiat bertanya soalan yang produktif dengan penyelia utama PhD anda.  Buat catatan apa yang harus dibincangkan. Sebaik-baiknya gunakanlah perakam untuk merakam semua perbualan anda. Bila sudah selesai, cuba cari sudut-sudut terpencil dalam perpustakaan untuk mendengar balik perbualan anda dengan penyelia sebentar tadi.
  • Seterusnya, elakkan dari perangkap mengambil andaian bahawa tahun 1 PhD adalah suatu perkara yang boleh dibuat mainkan.  Ramai pelajar Malaysia PhD di luar Negara tertipu dengan sikap ini di mana pada tahun ini lah mereka merantau seluruh benua Eropah, Amerika Utara, Afrika Utara dan tidak ketinggalan tanah suci Mekah/Madinah.  Tahun ini juga mereka mula belajar/berjinak-jinak dengan batang golf, topi bintang golf TIGER WOODS hinggakan masuk library Universiti Birmingham , England jam 09.00 malam waktu winter pun mereka akan tetap memakai topi golf TIGER WOODS ini.  Bila banyak berjalan, kita akan dapat ramai kenalan-kenalan baru.  Ramai kenalan baru, ada saat gembira dan ada saat dukacita.  Perkara dukacitanya ialah rumah di London akan menjadi BED and BBREAKFAST hostel CYS semua kenalan kita dari Scotland, Ireland, France, USA bila mereka mahu melawat kota bandaraya LONDON.
  • Elakkan dari membina sistem komputer PhD terburu-buru. Bila sudah selesai sistem dan anda mula menulis tesis kita akan berhadapan dengan 3 masalah terbesar.  Tiga masalah besar ini ialah punca utama mengapa ramai pelajar PhD tidak dapat menyelesaikan proses penulisan tesisnya yang sudah berkurun-kurun lamanya. Pertama anda belum yakin sepenuhnya apakah research gap selama ini sebelum anda pergi ke dalam dunia PhD. Kedua ialah data yang ada tidak diproses, analisis dengan baik menggunakan teknik pengaturcaraan, software secara efisyien dan bijaksana.
  • Ketiga disebabkan anda lalai membuat Literature Review secara menyeluruh/exhaustive pada tahun 1 dan 2, masalah terbesar anda ialah penulisan tesis bab terakhir tidak mempunyai rujukan, penemuan anda tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan penemuan penyelidik terdahulu atau terkini, hujah mempertahankan penemuan anda kelihatan lemah dan tidak mencapai tahap kesarjanaaan di peringkat PhD.  Tidak lupa juga, kadang-kadang ada pelajar tidak mempunyai kekuatan dalam penulisan tesis dalam bahasa Inggeris.  Ini memainkan peranan penting bila penyelia akan berkali kali menegur “I just could not figure what the hell you mean by these pages!” Di saat saat tahun 4 , 5 di luar Negara dengan kotak-kotak hadiah dan jualan sales dari Car Boot sales di White Chapel, Aldgate East and Wembley dan juga kereta merx E2.30  second hand berada dalam otak anda bercampur dengan ketakutan untuk berjumpa penyelia projek. Apabila Profesor Brown memanggil anda berkali-kali,  minat anda untuk menyiapkan tugas utama PhD akan terus luntur, tenggelam dan segala-segalanya akan menjadi memori penuh warna-warni di London.
  • Buat tabiat menulis paper proceedings dan jurnal.  Dengan cara ini, fokus anda akan terjaga.  Pada tahun 1 PhD, pembaca-pembaca akan nampak hasil tulisan ini adalah mereka yang baru ke arah dalam dunia penyelidikan buat 3 paper dalam tahun 1 sekurang-kurangnya, hantar jauh-jauh sampai ke Indonesia Institut Teknologi Bandung ;  Australia, University of Deakins  dan Japan, University of Waseda pada tahun 2 PhD buat 2 paper yang pasti nampak lebih canggih dan mantap apabila dibaca, di mana pembaca boleh melihat sudah ada kaedah yang tepat dan proses susulan dari metodologi di atas  dan akhirnya pada penghujung tahun 3 PhD buatlah 1 atau 2 paper untuk jurnal berimpak tinggi.  Dengan target begini, Allah Taala akan membantu anda dan akan mengganggap semua masa susah dan senang anda di London sebagai satu amal ibadat yang Dia redhai.
  • Bila menulis tesis, elak dari menulis dari saat sejurus selepas tamat tahun 3 baru nak mula menulis tesis.  Mulakan dengan penulisan tesis PhD pada tahun 1 lagi. Buka bab 1 introduction, bab 2 literature review dan bab 3 research methodology serentak dalam computer notebook anda sepanjang masa.  Bila ada idea apa-apa, tanyalah diri anda ada apa-apakah fakta yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam mana-mana bab ini.   Belajar words outlining. Saya dapati banyak masa dapat dijimatkan dengan kemahiran outlining dalam Microsoft Words 2010 ini.
  • Simpan backup / harddisk / second back up, third back up/ simpan dalam cloud.  Ada kenalan saya di Birmingham, di saat-saat dia mahu pulang ke Malaysia, beliau kehilangan 5 paspost Malaysia dan juga 1 set computer PhD. Pada masa itu , semua penulisan terbaru selama 4 bulan terkini beliau tidak membuat sebarang backup. Mengikut temubual, rakan saya ini sibuk dengan servicing Merx 2.3E dia di garaj orang Pakistan/African brothers berhampiran rumah sewanya. Bayangkan kesusahan yang dialami ini.  Dari jauh, saya dengar dia tidak berjaya menyerahkan tesis PhD tersebut. Satu kenangan pahit, bukan?
  • Sebagai seorang Muslim, banyakkan masa solat hajat, dhuha, tahajjud minta pertolongan Allah siang dan malam. Dan kita sebagai umat Islam kita seharusnya tidak boleh lupa kepada Tuhan Yang Maha Esa dan janganlah sesekali lupa tanggungjawab kita sebagai seorang hamba di muka bumi ini.
KOMEN ANDA

Tiada Respon

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL