no comments

Wujudkah Penulisan Tesis Cepat Dan Pantas??

Nota Editor : Artikel yang dikongsikan oleh Dr Yusry Arshad di dalam blognya mengenai penulisan tesis. Semoga perkongsian beliau dapat memberi manfaat kepada anda. 

Ramai pelajr-pelajar baru bertanya tentang menyiapkan PhD dengan cepat, termasuk juga bagaimana cara hendak menulis tesis dengan cepat dan pantas.

Jawapan kepada anda : Tiada jalan pintas untuk cepat dan pantas dalam menyiapakan tesis PhD

PhD adalah satu proses yang panjang. Ianya mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan tesis “Perjalanan Harungi Dugaan” (PhD)

Kandungan tesis telah ditetapkan asasnya mengandungi Pengenalan, Literatur, Konteks (Kualitatif). Rangkakerja Teori (Kuantitatif). Metolodogi/Pembinaa Kajian. Analisa, Hasil kajian, Perbincangan dan Rumusan/penutup.

Jadi, tiada jalan pintas untuk siapkan tesis. Anda perlu ada bahan kandungan yang mencukupi untuk menulis setiap sub-topik dalam tesis. Ini adalah kerana anda bakal diperiksa dan disoal mengenai tesis anda. Kandungan amatlah penting untuk menjadikan ia sebuah tesis kajian PhD yang terbaik.

Bersabar, tekun, dan rendah diri adalah perlu dalam perjalanan kajian PhD dan kesarjanaan. Selepas tamat PhD anda masih perlu berjalan jauh untuk belajar dan terus belajar mentelaah ilmu yang sangat luas. PhD bukan berertihabis/tamat belajar. PhD juga bukanlah “lesen”. Ia adalah pengikhtirafan bahawa anda telah melalui semua proses PhD yang sukar sebagai platform membentuk diri anda menjadi seorang penyelidik akademik dan sarjana professional.

Panduan dan Tips.

  • Mulakan dengan pembacaan literatur yang banyak dan luas – untuk mencari lopong kajian
  • Setelah mendapat sedikit idea untuk tajuk kajian anda yang luas, mulakan  merangka bab 1. Pembaikan bab 1 ini akan berterusan hingga ke penghujung kajian sebelum proofread.
  • Setelah siap draf bab 1, mulakan bab 2 iaitu Literatur. Gunakan segala yang anda pelajari dalam kelas semakan kritikal literatur dan penulisan. Bab 2 ini menunjukkan cerita kepada kajian-kajian dalam topik anda dan akan menunjuk kepada kaedah kajian anda.
  •  Tidak perlu menunggu hingga bab 1 dan 2 menjadi sempurna. Jika anda tersekat, teruskan ke bab 3 dan 4.
  • Untuk kualitatif, anda perlu menulis bab konteks kajian anda.
  • Untuk kuantitatif, anda perlu menulis bab 3 – rangkakerja teori.
  • Bab 4 – metodologi/pembinaan kajian bermula bila anda sudah yakin dengan tajuk kajian dan pemilihan kaedah kajian yang sesuai berdasarkan soalan-soalan kajian di bab 1.
  • Bab-bab seterusnya memerlukan anda mendapatkan data, analisa dan hasil kajian. Ini berlaku setelah anda dibenarkan membuat pengumpulan data dan analisa. Kebiasaannya ia akan berlaku di tahun 2 pengajian PhD. Ada juga yang terlambat hingga di tahun 3. Banyakkan bersabar.
  • Setelah mendapat data dan analisa serta hasil kajian yang baik, maka penulisan anda dalam bab-bab seterusnya tidaklah susah.

Anda boleh guna teknik-teknik samada menggunakan 1 fail hidup dan 1 fail simpanan dan atau beberapa fail versi simpanan untuk menyimpan segala tulisan anda dari hari pertama pengajian. Ia terpulang kepada keselesaan dan kemahiran masing-masing.

Teruskan usaha anda!

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL