no comments

Sifat Yang Terkandung Di Dalam Diri Seorang Supervisor

Ada beberapa ciri-ciri penting yang perlu ada bagi seorang penyelia PhD. Jikalau tidak ada 100% pun sekurang-kurangnya ada 85% ke atas. Pemilihan penyelia adalah kritikal dan akan menentukan corak ‘persembahan’ anda semasa belajar. Penyelia yang bermurah hati tidak ramai kerana secara prinsipnya, anda perlu bergerak sendiri iaitu berusaha sendiri dalam memahirkan diri dalam penyelidikan. Oleh yang demikian, penyelia hanya pembimbing bagi anda mendapatkan PhD. Istilah hanya nganga mulut dan suap, paling kurang berlaku dalam pengajian peringkat ini.
Boleh dikatakan penyelia hanya membantu pada kadar 5% pengajian kita, sebagai;
  1. Penyemak draf proposal
  2. Penyemak draf thesis bagi tujuan pemeriksaan dalaman (internal checking)
  3. Penyemak slide presentation bagi defend proposal, viva-voce etc
  4. Penyemak draf akhir untuk dihantar ke external examiners
  5. Pembantu yang berdiam diri dalam bilik viva-voce! Kehadirannya hanya sebagai pembakar semangat untuk anda menjawab soalan.
  6. Penguasa yang menandatangani keperluan anda ke seminar, amendment formetc.
Penyelia yang baik perlulah;
  1. Aktif dalam penyelidikan secara berterusan, dan tidak pencen…
  2. Pakar rujuk dalam bidangnya
  3. Penulis dalam jurnal berimpak tinggi
  4. Chief-in-editor bagi jurnal berimpak tinggi
  5. Keynote speaker
  6. Penulis buku ilmiah
  7. Motivator kepada anda supaya terus belajar sehingga tamat
KOMEN ANDA

Tiada Respon

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL