1 comments

Kelebihan Dan Kekurangan Dalam Pekerjaan Kerajaan VS Swasta

Nota Editor: Apabila tamat sahaja pengajian anda, pasti ramai yang dalam dilema sama ada mahu kerja dalam sektor kerajaan atau sektor swasta. Pasti anda terfikir-fikir apa kelebihan dan kekurangan dalam pekerjaan kedua-dua sektor tersebut. Bagi yang belum tahu, baca artikel yang dikongsikan ini. Semoga anda bijak membuat pilihan.

kerjaya

Bagaimana sekiranya anda mendapat 2 tawaran kerja dari 2 sektor yang berbeza dan kedua-duanya menawarkan gaji yang memuaskan hati anda? Bukan sahaja gembira, malah anda pasti buntu bukan?

Nah, sekarang apa pilihan anda? Kerja kerajaan atau kerja dengan syarikat swasta?

Baik, mari kita amati satu per satu kelebihan dan kekurangan bekerja di setiap pekerjaan ini.

KELEBIHAN:

Kerjaaan

  • Elaun perumahan/ Cost of living allowance (COLA)/Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
  • Kenaikan gaji setiap tahun
  • Kemudahan pinjaman perumahan, komputer dan kenderaan
  • Cuti tahunan mengikut kelayakan/ Cuti bersalin
  • Caruman KWSP atau pencen
  • Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
  • Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
  • Kestabilan ekonomi sendiri
  • Potensi dibuang kerja amat tipis
  • Kerja yang lebih tenang dan selesa

 Swasta

  • Mutu kerja diutamakan dalam setiap perkara
  • Elaun yang lebih tinggi diberi mengikut kelayakan/keuntungan syarikat
  • Gaji pokok yang tinggi
  • Berorientasikan keuntungan syarikat
  • Cuti tahunan, cuti bersalin, cuti perkahwinan
  • Rawatan perubatan di klinik dan hospital swasta yang lebih selesa mengikut kelayakan
  • Suasana kerja yang lebih efisyen dengan menggunakan kecanggihan ICT
  • Ruang kerja yang kondusif

KEKURANGAN:

Kerajaan

  • Peperiksaan diperlukan bagi melengkapkan syarat2 pengesahan jawatan dan kenaikan pangkat
  • Mutu kerja tidak terlalu dipandang untuk menjamin kenaikan pangkat
  • Persaingan yang yang tinggi untuk mendapatkan jawatan kerajaan tetapi persaingan mutu kerja rendah
  • Gaji pokok yang kecil
  • Sesetengah jabatan masih belum mengaplikasikan kecanggihan ICT dalam pengurusan kerja
  • Posting jauh dari tempat tinggal

Swasta

  • Potensi dibuang kerja tinggi
  • Diskriminasi dalam penggunaan tenaga kerja
  • Masa depan tidak terjamin
  • Boleh pilih kerja

Sebenarnya walau apa pun ia terpulang kepada situasi anda pada masa tersebut. Jika anda masih bujang dan ingin rasa gaji besar, anda boleh bekerja dengan syarikat swasta misalnya syarikat minyak dan gas. Bekerjalah selama 3 hingga 5 tahun. Pengalaman dari bekerja ini anda boleh gunakan sebagai nilai tambah dalam resume anda bila mana anda bercadang untuk bertukar kerja kelak.

Bagaimana pula dengan situasi anda yang baru atau sudah berkahwin? Apatah lagi apabila anda sudah ada anak. Mungkin anda boleh pilih kerja kerajaan disebabkan oleh faktor-faktor lebih selamat dan selesa untuk masa depan keluarga. Walau bagaimanapun, jika anda sang suami mempunyai isteri bekerja kerajaan, anda mungkin boleh pertimbangkan untuk bekerja swasta kerana kelebihan bekerja kerajaan sudah dimiliki oleh si isteri.

Tetapi sekiranya anda masih buntu untuk membuat pilihan, tunaikan solat istikharah dan mohon petunjuk dari Nya. Dan juga mohon pendapat dari saudara-mara dan rakan terdekat. Pasti mereka ada jalan penyelesaian yang bernas yang anda tidak terfikir disebabkan anda hanya fikir masalah anda seorang diri.

Sumber: Kerjaya Kini

KOMEN ANDA

Satu Respon

  1. Xila

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL