no comments

Perjalanan Mengharungi Dugaan Dalam Dunia PhD

Nota Editor: Artikel ini telah dikongsikan oleh Dr. Shita mengenai perjalanan harungi dugaan dalam dunia PhD. Semoga kisah ini boleh dijadikan paduan dan pengajaran.

Cerita mengenai perjalanan yang dilalui dalam PhD, setelah hampir 3 tahun ianya dilalui, terdapat beberapa maklumat yang ingin dikongsi untuk dijadikan ingatan dan juga panduan kepada yang bakal meneruskan pengajian diperingkat ini. PhD bukan penilaian kepada kebijaksanaan seseorang dalam bidang akademik sahaja malah PhD adalah penilaian kepada ujian untuk menghadapai kehidupan sebenar di dunia.

Diperingkat Sarjana, Ijazah dan kebawah mungkin pengukuran kejayaan diukur berdasarkan kebijaksanaan akademik tetapi di peringkat PhD. Kejayaan sebenar adalah kejayaan menghadapi ujian dan kesusahan dalam kehidupan yang sebenar. Dalam erti kata lain PhD adalah penilaian kepada sebuah ujian dalam kehidupan. Tiada lagi erti kata bijak dalam bidang akademik sebenarnya. Kerana kebijaksanaan dalam bidang akademik datang setelah ujian kehidupan berjaya ditempuh dengan jayanya. Seorang teman pernah berkata, ujian datang hanya untuk org yang hebat orang yang sanggup buat PhD adalah antara orang-orang yang hebat, maka sebab itu setiap calon PhD akan diuji dengan pelbagai ujian tidak dapat lari dari ujian walaupun hanya sesaat.

Bila diakhir-akhir pengajian kenyataan ini dapat dirasai kebenarannya. Hakikat yang nyata yang tidak dapat disangkal. Pelbagai ujian ditempuh sepanjang pengajian sama ada besar atau kecil. Begitulah juga dengan rakan-rakan seangkatan, orang yang terdahulu dan orang yang baru memulainya. Setiap dari mereka melalui ujian yang besar memamng tidak dapat lari. Cuma  perbezaanya masa ianya datang jenis ujian yang datang dan besar atau kecik ujian yang datang dan berjaya atau kecundang dengan ujian tersebut.

Tetapi yang pastinya setiap calon PhD akan merasai ujian kehidupan yang agak getir kerana ianya berbalik kepada kenyataan tadi Allah swt menguji untuk orang yang hebat dan mampu atasi. Bila bercerita soal ujian yang dilalui oleh calon PhD. Kerana masing-masing mempunyai cerita yang tersendiri. Ada yang bercerai berai semasa buat PhD, ada yang mengalami sakit kritikal, ada juga yang terpaksa bergolok bergadai menjual kereta dan rumah, ada yang mempunyai masalah dengan penyelia, ada yang bermasalah dengan universiti, ada yang bermasalah dalam pengajian kajian tidak dapat dijalankan, ada yang kehilangan suami atau isteri mak dan ayah, ada yang kehilangan anak. Apabila bercerita soal ujian pelbagai kisah sehinggakan ada yang tidak terfikir oleh akal.

Bila direnung-renungkan semula besar sungguh ujian mereka tabah sungguh mereka dan begitu sayang Allah swt pada mereka. Dan yang lebih mengkagumkan mereka akhirnya berjaya mendapat gelaran “Dr” walaupun ujian bagaikan tsunami yang melanda. Allah swt maha besar sekali lagi kata-kata ” Allah hanya memberi ujian kepada org yang hebat dan mampu atasi ujian tepat sekali tidak dapat dinafikan. Apabila terasa ingin mengalah dengan ujian diri ini terfikir, begitu sedikit dengan ujian yang Allah swt bagi pada diriku. Kalau ujian yang sedikit ini tidak mampu ku hadapi bermaksud aku tidah cukup hebat seperti mereka. Allah telah memberi laluan yang mudah selama 2 tahun dalam pengajian. Allah swt memudahkan segalanya sehingga segala kajian selesai tampa ada ombak melanda.

Sekarang hanya sedikit ujian diberikan dalam penulisan Allah swt uji dengan kesempitan masa dan tahap kesihatan yang tidak begitu memberansangkan. Kalaulah ujian yang sedikit ini tidak mampu kutempuh terasa diri malu dengan orang-orang yang hebat seperti diatas. Oleh itu perlu bangkit semula untuk tempuhi segalanya dan bersyukurlah dengan apa yang ada kerana ombak yang melanda tidak sebesar mana. Semangat mesti kuat untuk teruskan bukan mudah untuk berjaya. Kejayaan tanpa kesusahan tidak ada penghargaan dalam erti kata yang sebenar.

Semoga orang-orang yang diuji dengan ujian yang besar mahupun kecil akan terus berjaya. Doa untuk diri sendiri dan semua yang terlibat dalam kisah “perjalanan harungi dugaan ini”.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL