1 comments

MENDELEY: Pengurusan Artikel Dan Rujukan Secara Efisyen

buku mendeley (1)

Sambutan terhadap Mendeley boleh diibaratkan sebagai satu fenomena tsunami. Tsunami adalah satu fenomena gelombang besar yang melanda kawasan pantai dan daratan sekitarnya akibat gempa bumi dasar laut. “Tsunami Mendeley” menggambarkan keupayaannya membawa gelombang dalam memudahkan penulisan tesis melalui, penyusunan dan penulisan sumber rujukan. Pemasangan Mendelay yang percuma, aplikasi dan antara mukanya yang mudah menyebabkan pelajar siswazah berpusu-pusu menggunakan perisian Reference Manager ini seperti tidak dapat dibendung lagi, ibarat tsunami.

Dengan adanya Mendeley, tidak timbul lagi kesukaran untuk mendapatkan sumber rujukan, kerumitan untuk menyusun artikel atau kejerihan untuk menulis petikan dan senarai rujukan. Semua kesulitan yang selama ini dihadapi oleh siswazah dalam pencarian, penyusunan dan penulisan sumber rujukan seperti sudah berakhir. Buku ini dapat menjadi panduan kepada siswazah dan semua penulis bahan akademik yang memerlukan pencarian, penyusunan dan penulisan sumber rujukan dengan cepat dan efisien. Pendekatan penulisan buku ini yang menggunakan ilustrasi serta penjelasan langkah demi langkah sangat mudah diikuti.

TENTANG PENULIS

Dr. Othman Talib, berpendidikan Sekolah Menengah KGV, Seremban. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia) UKM, Sarjana Sains (Pedagogi) UPM dan Ijazah Kedoktoran Pendidikan (Pendidikan Sains dari University of Adelaide, Australia. Beliau mempunyai minat dalam penyelidikan pendidikan Kimia dan Animasi sehingga berjaya mendapat pengiktirafan PINGAT EMAS di Pameran Rekacipta. Penyelidikan dan Inovasi (UPM), The Researc anda Innovation Exibition (UPSI) dan Malaysian Technology Expo (MTE 2012) serta PINGAT PERAK di Innovation anda Technology Exibition (ITEX 2009).

Beliau yang lebih dikenali sebagai Dr.OT merupakan penulis blog santai dalam membincangkan masalah pascasiswazah yang terlibat dalam penyelidikan dan penulisan tesis. Blog beliau www.drotspss.com diterima ramai sehingga dianugerahkan antara tiga blog terbaik oleh Malaysian Educational Blogging Summit 2011. Beliau telah menghasilkan pelbagai teknik dan idea efisyen dalam penulisan tesis seperti RFOT (Research Templet of Thesis), OFOT (One File One Thesis), ZDOT (Zero Draft of Thesis), KOT (Keep on Track) dan SROT (Speed Reading on Target) sehingga sering dijemput untuk mengendalikan bengkel PENULISAN TESIS, MENDELEY, SPSS dan ATLAS.ti.

KOMEN ANDA

Satu Respon

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL