1 comments

Cabaran Dan Ujian Dalam Kehidupan PhD

Nota Editor: Artikel ini telah dikongsikan oleh Ummu Noor di Blogspot beliau mengenai cabaran dan ujian dalam kehidupan PhD semoga segala perkongsian ini agar dapat memberi pengajaran kepada anda dan kekuatan untuk meneruskan kejayaan dalam dunia pembelajaran. 

Firman Allah bermaksud:

Allah tidak memberkati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang disusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata) : Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau tersalah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai TUhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulakn kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalaahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rhamat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (Surah Al-Baqarah ayat 285).

286).

Cabaran Phd tahun pertama:

Buat pertama kali saya menjejakkan kaki ke bumi asing ini, hati saya dan suami masih tidak percaya bahawa kami telah berada jauh diperantauan. Menaiki flight selama 12 jam, bersama dua orang  puteri saya yang masih baru berumur setahun lebih dan 2 tahun lebih.  Di dalam hati saya ini, rasa seperti tidak tahan menanti kapal terbang ini mendarat.  Dan setibanya kami dilapangan terbang di Heathrow Airport London pukul 6 pagi tanggal 2 Muharram 1429. Adalah merupakan suatu penghijrahan yang begitu berlainan baik dari segi kehidupan, cuaca dan persekitaran.  Begitu sungguh asing dalam hidup kelaurga saya dan ahli kelurga kami.

Cabaran menyesuaikan diri:

 Dalam 4 bulan pertama, saya dan suami berasa agak sukar untuk menyesuaikan diri. Suami saya pula terpaksa menjaga anak-anak dirumah, memberi makan minum, membasuh dan sebagimana. Saya pula pada ketika itu berjalan kaki dengan kaki terdengkut-dengkut ke universiti untuk menyelesaikan urusan pendaftaran, bank dan bermacam-macam urusan lagi. Diuji oleh Allah swt dengan keadaan pada ketika itu kaki sakit akibat tergelincir di dalam bilik air sebelum berangkat ke UK.  Selain itu, juga di uji oleh tuhan yang maha esa dengan ujian-ujian lain lagi. Sememangnya memang begitu asing, tanpa keluarga yang lebih memahami.

Mendapat tajuk ‘sebenar’ research:

Apabila masuk hari kedua pula ke universiti, saya telah bertemu dengan penyelia. Dr. MP dan Dr. MS. Mereka telah menerangkan apa yang perlu saya buat dalam penyelidikan saya. Saya diminta menghadiri kelas yang diajar oleh Dr. MS untuk mendalami bidang fokus penyelidikan mereka. Selama 3-4 bulan lamanya untuk saya cuba memahami apakah yang cuba saya capai dalam kajian saya. Pada April 2008, Dr. MP menyuruh saya membuat persembahan di hadapan rakan-rakan sealiran dengan saya. Pada ketika itu hanya tuhan sahaja yang tahu betapa gemuruhnya saya. Di akhir presentation, Dr. MP membuat resolusi bahawa saya masih terikat dengan kajian projek master saya. Sedangkan apa yang bakal saya buat kali ini, amat berlainan dari projek/kajian master. Memang mencabar kerana bukannya suatau perkara yang mudah untuk diselesaikan tetapi saya meneruskan uasaha untuk mencuba memahami kehendak mereka.

Kisah benar dari pengalaman pelajar PhD:

Pada masa yang sama, saya menerima pelbagai input berkenaan dengan penyelia saya. Sebab pada ketika itu saya masih mentah di makmal dan di negeri  yang begitu asing ini. Bercampur dengan teman-teman dari Mexico- Rio, Egypt- Aym, Jordan- Moz dan Ad, Hong kong- Km, Beijing-Hui, Dg, Pakistan – Imr, Am, F, Mush dan Al, Dubai- Kei, India- Su, UK-Pe dan Zem. Kami semua yang berlainan negara dibawah penyeliaan Dr. MP. Tidak pernah saya berjumpa penyelia yang mempunyai berbelas-belas dan berpuluh-puluh pelajar PhD dalam satu masa. Alhamdulillah, antara rakan-rakan seperjuangan saya Ric, Aym, Su, Moz, Ad, kesemua mereka telah bergelar Dr. bukannya mudah untuk mendapat gelaran Dr. Pada ketika itu saya yang masih junior, hanya mampu memerhatikan situasi senior yang semunya hampir 4 tahun untuk menyiapkan Phd tesis dan viva dan pembetulan. Pengalaman, Moz, menghadapi saat getir sewaktu menyiapkan tesis beliau tanpa bantuan dan sokongan dari penyelia. Hanya harapkan bantuan rakan-rakan untuk menyemak kandungan tesis beliau. Tetapi akhirnya, beliau lepas viva dengan mudah.

Pengalaman Rio, walaupun bukan seagama, tapi sangat rapat dengan saya. Selalu memberi nasihat agar saya terus rajin berusaha dan jangan sesekali mudah berputus asa. Kerana kejayaan bukannya mudah untuk dicipta. Beliau menduduki penilaian Phd transfer pada akhir tahun ke-3. Menurut penyelia saya pada ketika itu, tiada sesiapapun yang belum menghasilkan sebarang jurnal,  dan tidak layak untuk dinilai ke Phd. Begitu gementar rasanya memikirkan nasib diri yang bakal menempuh ujian tersebut. Akhirnya, Rio lepas ujian tersebut dan diminta menyiapkan tesis lengkap dalam masa 6 bulan. Beliau merupakan pelajar Phd yang paling pendek status sebagai pelajar PhD. Viva beliau mudah dan pembetulan sedikit sahaja. Genap 4 tahun beliau di sini, dengan visa hampir tamat tempoh. Beliau pulang ke Mexico dengan gelaran Dr Rio. Tahniah Dr Rio semoga segala  pengalaman kata-kata nasihat menjadi inspirasiku agar tidak mudah cepat mengalah.

Pengalaman yang seterusnya Su, beliau seorang yang amat petah berkata dan dalam memberi komen. Tiada langsung masalah dalam bahasa dan penulisan. Sudah pastinya dapat membantu dalam penulisan tesis dan viva. Beliau juga ada menghasilkan jurnal sciencedirect. Antara jurnal yang mempunya impact faktor yang tinggi. Namun, beliau menghadapi kesukaran di peringkat viva.  Namun beliau dikehendaki membuat pembetulan selama 6 bulan terhadap tesis beliau. Akhirnya pada bulan Oktober 2009, kami mendapat email dari Dr MP yang memaklumkan bahawa beliau telah bergelar Dr Su tahniah di ucapkan pada beliau kerana sudah mendapat gelaran Dr.

Manakala Pe, pula seorang yang berbangsa UK. Sudah pasti kita rasakan beliau tiada masalah bahasa, tidak perlu proof reader dan sebagainya. Namun beliau tiada banyak publication. Beliau bekerja dengan company penyelia saya dan sememangya pakar dalam bidang kajian saya. Sudah pasti kami fikir beliau akan menjalani viva dengan mudah. Namun, jangkaan kami meleset dan tidak tepat, beliau menghadapi sedikit kesukaran semasa viva. Tempoh pembetulan yang layak untuk beliau adalah selama 1 tahun. Gerun rasa hati ini bila memikirkan saat saya nanti. Itulah serba sedikit pengalaman ‘sebenarnya‘ yang saya sendiri lihat semasa tahun pertama berada di sini. Terasa takut dan menyesal memasuki kumpulan penyelidikan di sini. Kenapa tidak saya ketahui kebenaran ini sebelum datang ke sini?

Akhir sekali, yang lebih menyedihkan apabila seorang senior senegara saya, tidak lepas ujian Phd transfer. Beliau hanya layak dianugerahkan Mphil. Akhirnya, beliau pulang ke tanah airnya tanpa membawa sebarang apa-apa.  Seterunya, beliau menjalani ujian itu dalam tahun ke-3. Maka dari situ sudah jadi, terlambat untuk membuat pembetulan. Dengan itu, saya mengambil keputusan agar apabila tiba giliran saya, saya mahu ujian ini dilaksanakan genap dalam 1 tahun saya belajar di sini. Agar yang mana saya lemah, dan diketahui pada peringkat awal dan masih tidak terlambat untuk saya memperbaiki diri dan juga kajian saya. Justeru untuk berjaya dalam kehidupan anda perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana kejayaan bukannya mudah untuk dicipta kerana tanpa berusaha pasti pasti kejayaan tidak akan dapat cipta dengan cemerlang. Sebagai umat Islam anda sesekali tidak boleh meninggalkan solat lima waktu dan sentiasa memohon doa daripada Allah swt.

KOMEN ANDA

Satu Respon

  1. Ir Dino

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL