no comments

6 Pesanan Penting Kepada Supervisor Anda!

Ramai yang bertanyakan dan meminta pandangan tentang Supervisor. Di dalam penulisan kali ini, Dr.Othman Talib memberi sedikit sebanyak pesanan kepada supervisor yang mendidik supervisee. Pesanan ini ditulis untuk para bakal Supervisor :

  • Minda terbuka.

Belajar untuk mendengar bukan sahaja memberi arahan. Bina situasi yang menggalakkan supervisee bersuara, bertanya dan memberi pendapat. Jangan sampai supervisee belom menghabiskan penerangan beliau, dah kena marah dengan supervisor.

  • Bukan sahaja committed tetapi juga competent.

Kadang-kala ada juga Supervisor yang committed, baik dan supportive tapi perlu juga bersifat competent. Sebagai supervisor, jangan beri skop kajian yang terlalu spesifik. Seperti contoh supervisor hanya menerima supervisee yang mahukan kajian kuantiti sahaja.

  • Memberi bimbingan yang strategik.

Supervissee perlukan banyak bimbingan bermula di peringkat awal, bukan sekadar “what to do” tetapi lebih kepada “how to do it” sebab supervisee tak suka disuapkan.
Jangan bercakap seperti “You should know how to do it” dan bila supervisee buat salah “This is not the way to do it”. Seperti contoh cari jurnal. Supervisee boleh mencarijurnal tersebut tetapi alangkah baiknya jika suoervisee mencari dengan cara yang sistematik dan strategik dengan sedikit panduan dari Supervisor.

  • Straight to the point

Ramai supervisor minat beri arahan yang memberi arahan yang kurang jelas dengan harapan supervisee akan mentafsirkannya sendiri. Bnyak feedback diberikan dalam bentuk “question mark” tanpa penjelasan apa yang tidak kena atau perlu diperbetulkan.

  • Explain the whole picture.

Supervisor seorang yang dianggap mahir dan berpengalaman sedang supervisee seorang yang novice. Apabila supervisee datang bertujuan untuk menjalankan kajian, tunjukkan keseluruhan kajian apa yang bakal dilalui oleh supervisee. Sebagai seorang supervisor yang berpengalaman supaya jangan supervisee itu sesat dan buang masa. Memang supervisee perlu hadapi semuanya namun biarlah yang dihadapi tersebut menam kemahiran yang signifikan dengan kajian melebihi kemahiran mengatasi masalah yang tidak kena mengena dengan kajian.

  • Pupuk budaya research.

Budaya supervisor tidak sama dengan budaya supervisee. Tetapi supervisor pernah menjadi supervisee tetapi tidak sebaliknya. Jadi tanamkan budaya sihat kepada supervisee seperti collaborate, penulisan jurnal, prensenting paper, budaya menggunakan software seperti Mendeley dan ATLAS.ti dan lain-lain.

Sumber : Dr.Othmn Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL