no comments

5 Sebab Tajuk Kajian Akan Lebih “Berbisa” Daripada Yang Biasa!

Calon PhD / Master especially yang berorientasikan sains sosial akan berlumba untuk mendapatkan tajuk kajian yang luar biasa yang kononnya belum pernah dibuat lagi atau tidak berapa dibuat orang. Mengapa??

Pertama:

Inilah pemahaman yang diturun temurunkan supaya membuat kajian kononnya baru supaya menghasilkan sesuatu yang sebelumnya tidak pernah ada, yang boleh memberi kononnya impak maksima kepada itu dan ini, barulah luar biasa !!

Kedua:

Takut disergah oleh supervisor kerana masih mengkaji sesuatu yang biasa-biasa sahaja.

Ayat klise SV:

“Tak ada tajuk lain nak buat kajian ke?”
“Tajuk ni dah byk orang buat dah…..”

Jadi kalau macam itu, baik sahaja kajian yang sebab tujuan utama membuat PhD / Master adalah menyumbang kepada knowledge dan melahirkan researcher yang kompeten bukan meletakkan syarat mengkaji sesuatu yang belum dibuat sebelumnya sehingga pelajar yang belumpun mulakan kajian merasa tertekan  !

Pertama: Membuat tajuk yang biasa-biasa bermakna banyaknya rujukan dari kajian lepas. Banyaknya rujukan kajian-kajian biasa ini akan membolehkan pelajar membina keupayaan “luarbiasa” dalam memahami, menganalisis dan mensintesis secara kritis kesemua kajian-kajian tersebut supaya kajian yang dilakukan benar-benar signifikan dengan asas yang kukuh.

Kedua: Kajian-kajian yang biasa-biasa tentu telah mempunyai pelbagai instrumen yang standard. Menggunakan sahaja instrumen standard yang sedia ada pastikan menjatuhkan standard kajian pelajar sendiri maka mereka perlu meningkatkan lagi validity dan reliability instrument tersebut utk mencapai tahap PhD spt menjalankan concurrent validity, construct validity dan sebagainya.

Ini membuka peluang pelajar menggunakan pula teknik seperti Rasch Model yang lebih sensitif yang mungkin tidak digunakan sebelumnya untuk reeevaluate instrument yang telah sering kali digunakan. Ini akan memberi pengetahuan dan kemahiran “baru” kepada pelajar walaupun membuat tajuk “lama”.

Ketiga : Oleh kerana kajian-kajian lepas yang biasa-biasa menggunaka model-model atau teori-teori yang hampir sama berulang kali, maka tiba masanya untuk pelajar menguji model-model ini menggunakan latent analysis yang lebih mendalam seperti Mplus dan memperkukuhkanya dengan mediator dan moderator pula dan uji dalam pelbagai konteks yang berbeza.

Keempat : Apabila pelajar yang membuat kajian biasa-biasa ini melalui prosesp pertama-kedua-ketiga diatas, maka bukan sahaja kompetensi membuat review kajian lepas mereka menjadi luar biasa, mereka juga menguasai analysis data yang lebih andvanced supaya hasil kajian menyumbang sesuatu yang baru kepada pengetahuan dalam bidang kajian yang biasa-biasa tersebut.

Kelima : Jadi siapa kata tajuk yang “biasa-biasa” dah tidak menyumbang apa-apa ? Jika pelajar digesa mencari tajuk dan gap yang “luar biasa” akhirnya banyak buang masa mendapatkan review yang secara cetek, berpuas hati hanya dengan analisis exploratori dengan alasan kajian ini belum ada yang buat lagi lalu berakhir dengan dapatan yang ta siapa pun nak baca.

Sumber : Drotspss.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL