no comments

5 Sebab Kenapa Tiada Yang Sempurna Di Dalam Kajian Sains Sosial!

Terdapat pelbagai prosidur dalam kajian sains sosial. Sering wujud perbalahan diantara supervisor dan supervisee terhadap pelbagai prosidur sehingga supervisee pening berpanjangan. Jangan risau sebab dalam sains sosial tiada satupun kajian yang PERFECT.

Pertama: Semua analisis data dalam sains sosial tidak sempurna. Contoh mudah adalah nilai bermaksud yang hanyalah satu nilai estimation sahaja. Malah setiap pengiraan statistik dalam sains sosial juga melibatkan error. Jika error tidak ada perfectnya !

Kedua: Teori yang digunakan juga tidak perfect sekadar menunjukkan korelasi antara IV, DV dan jika canggih sikitpun adanya mediator dan moderator. Teori ini juga bergantung kepada banyak faktor. Satu teori tidak semestinya sesuai untuk semua situasi. Kalau teori tidak konsisten. mana datangnya perfection !

Ketiga: Instrument yang digunakan juga sangat lemah dan banyak defect. Ambil sahaja questionnaire yang construct nya diambil dari teori yang juga tidak perfect. Ini tidak termasuk lagi pembinaan item yang sukar mencapai tahap objektif dan unidimentional malah tidak dapat membezakan kesusahan item dengan ability of respondent. Jika banyak defect,di mana yang perfect? Setakat nilai cronbach alpha  itu hanyalah internal consistency yang walaupun item tidak mengukur secara terperinci, boleh sahaja menunjukkan nilai yang tinggi !

Keempat: Kajian social science melibatkan responden / subject / partisipan yang terdiri dari manusia, dari kanak-kanak hinggalah warga emas. Bila kajian melibatkan manusia yang ada perasaan (bukan seperti tikus putih) yang diminta pula pendapat dan pandangan mereka untuk diukur, bias adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Tanya diri sendiri. Adakah senang untuk berlaku jujur bila menjawab qnaire yang menjela-jela. Ada pula yang tanya soalan yang ntah apa-apa? Bila timbul bias…. mana datangnya perfection ?

Kelima:

Penyelidik juga manusia, ada biasnya, kalau tak banyak,sikit sahaja betul tak?

Jika digabungkan 5 aspek diatas,Maka tidak perlulah sibuk-sibuk nak pastikan kajian social science PERFECT…sehingga supervisee pening, sebab takkan perfect sampai bila-bila !!

Oleh kerana setiap kaedah dalam social science ada kekurangan, supervisee dipertangungjawabkan untuk “merasionalkan dengan kefahaman yang jelas” setiap pemilihan yang dibuat.

Di sinilah bimbingan Supervisor diperlukan, bukan berbalah sedangkan pelajar tidak ada pengalaman dan sukar melihat secara menyeluruh kajian yang mungkin buat pertama kali mereka jalankan sejak keluar dari rahim ibu mereka. Jadi Supervisor berikanlah mereka constructive direction kerana based on fact  tiada kajian social science yang perfect !

Othman Talib – apa yang aku tulis ni tak tercatat dimana-mana buku, sekadar memberi satu reaksi yang terbuku

Sumber : Drotspss.com

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL