1 comments

22 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Sambung Master

Nota Editor: Artikel ini telah dikongsikan oleh  mengenai 22 perkara yang perlu anda tahu sebelum sambung master. Semoga segala perkongsian artikel ini agar dapat memberi manfaat kepada anda.

Artikel ini adalah bertujuan untuk berkongsi mengenai kepada sesiapa yang ingin meneruskan pengajian ke pringkat yang lebih tinggi. Sehubungan itu, dibawah ini terdapat 22 perkara yang perlu anda tahu sebelum anda sambung master.

1) Anda boleh sambung belajar dalam bidang yang lain selain bidang waktu Degree.

2) Anda perlu menghadiri penerangan oleh pihak Universiti dan anda perlu fahamkan buku tersebut dengan supaya tidak terlepas perkara-perkara yang penting. Setiap proses dalam pembikinan  kajian memerlukan masa yang lama. Mohon semak buku ini dan rancang sebaiknya. Ini adalah contoh bukunya:

3) Semua orang akan buat assignment sendiri.  Dan anda akan membuat presentation di hadapan kelas sendiri. Anda perlu belajar sendiri. Sebab anda dah mula masuk ke alam kajian bersendirian. Tidak dapat dinafikan, anda masih boleh belajar secara berkumpulan kerana dengan cara itu lebih banyak anda memperoleh segala maklumat yang telah dibincangkan bersama rakan-rakan anda tambah  lagi apabila waktu peperiksaan sudah hampir.

4) Ada terlebih banyak sangat waktu yang panjang. Bayangkan dalam satu semester hanya ada 4 subjek. Satu subjek 3 jam seminggu. Setiap minggu ada satu kelas sahaja. Kalau ambil full time memang banyak masa.

5) Adakalanya, banyak buang masa, ketika dahulu kita seorang yang kurang berdisiplin, ketahuilah peluang untuk anda berlengah juga tinggi. Apatah lagi, yang full time study dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

6) Boleh dikatakan assignment dan presentation setiap minggu pasti ada. Dari situ anda perlu berubah menjadi seorang yang lebih rajin dan bertanggungjawab.

7) Ada 3 pilihan mode pembelajaran yang boleh dipilih mengikut kesesuaian masa dan kebolehan masing-masing.

Yang pertama:
Mode Full Research: Kajian Sepenuhnya. Boleh sambung Ph.D  dan terus sebab ada kajian.

Yang Kedua:
Mode Coursework: Belajar semua subjek yang diwajibkan bagi sesuatu kos dan menulis artikel/mini research adalah untuk mendapatkan sijil sarjana. Perlu buat kajian terlebih dahulu, baru anda boleh sambung PhD.

Yang ketiga:
Mix mode : Belajar beberapa sahaja subjek ditambah dengan penulisan tesis untuk mendapatkan sijil sarjana. Anda boleh sambung PhD terus.

Full time study: 2 – 3 tahun
Part time study: 2 – 4 tahun

BACA: 6 Persiapan Menjadi Seorang Pascasiswazah Yang Berintegriti

8) Kita boleh tukar mode pembelajaran di sepanjang perjalanan menggapai segulung ijazah Sarjana. Tak semestinya kita tetap dengan pilihan pertama kita.

9) Ambil coursework sahaja, dan tidak perlu risaukan sangat pasal kemampuan anda. Akan tetapi, bagi anda yang  mengambil research. Lebih baik anda mulakan menulis tesis dengan awal agar penulisan anda tidak tertangguh dan tidak risau.

10) Cari tajuk kajian pada semester satu dan cari penyeliaAnda harus rajinkan diri berkenalan dan minta pendapat para pensyarah. Sebab segala informasi dan maklumat dapat dibincagkan dengan baik.

11) Seterusnya, anda akan mahu habiskan seawal yang mungkin. Finish what you’ve started. Anda akan fikir hendak mencari kerja tetapi selalunya belajar tidak tamat lagi, jadi anda terpaksa siapkan juga.

12) Pergi kursus menulis dan format tesis.

13) Ambil short sem untuk terus menulis research proposal atau sambung menulis.

14) Walaupun anda ambil full time,  anda harus mencuba mencari kerja supaya dapat bermotivasikan diri anda dan menjadi lebih proaktif dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

15) Rajinkan diri ke perpustakaan agar anda dapat segala input dan bahan rujukan yang lebih banyak.

16) Selain daripada bekerja untuk membayar duit yuran, anda boleh memohon pinjaman MARA atau PTPTN. Biasiswa kerajaan MyBrain pun ada. Penerangan untuk cara memohon banyak boleh cari di google.

17) Kalau ada duit lebih, bolehlah beli printer sendiri. Kalau dah tak nak guna lagi, boleh jual semula. Printer penting juga sebenarnya untuk siapkan tesis.

18) Keluarlah dari bilik dan sertai program universiti. Walaupun anda yang paling tua di situ, sebab banyak lagi ilmu yang boleh anda dapat selain daripada pengalaman. Bersenam, berenang dan sebagainya.

19) Disiplin fokus.

20) Jangan malu bertanya dan minta bantuan, usahakan berkawan dengan kawan yang lebih baik dan pandai.

21) Selalu baiki niat dan kembalikan semangat “Kenapa aku mahu sambung belajar?”. Ada yang mahu mencapai cita cita, ada yang mahukan untuk kepuasan diri, ada yang atas permintaan ibu bapa. Apa pun, kalau hilang diri, cepat-cepat cari.

22) Anda mungkin menangis kerana terasa susah sangat dengan fasa hidup yang baru ini. Anda mungkin rasa hilang (lost) beberapa kali. Dan adakalanya anda rasa mahu putus asa. Tetapi pengalaman ini akan menjadi suatu titik tolak baharu dalam kehidupan anda. Anda akan lihat kebaikan yang banyak hadir selagi mana anda senyum dan bersangka baik dengan ujian dari Tuhan. Jadi teruskan kejayaan selagai nyawa dikandung badan. Semoga segala pengorbanan anda dirahmati oleh Allah swt.

BACA: 5 Petua Permohonan Kerja Melalui E-mel Yang Sering Diambil Ringan. #2 Paling Kerap Berlaku

BACA: Petua Mahasiswa Cemerlang Dari Pakar Motivasi Terkenal, Dr. Fadzilah Kamsah

KOMEN ANDA

Satu Respon

  1. Norizah

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL