no comments

3 Hubungan Penting Penentuan Kejayaan PhD

Nota Editor: Artikel ini telah dikongsikan oleh Dr. Mimi A. Jamal pensyarah dari Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan Universiti Teknologi MARA mengenai 3 hubungan penting penentuan kejayaan PhD.

Salah satu faktor yang menyebabkan seseorang melalui hari-hari yang gembira, teruja dan penuh kesyukuran ialah faktor relationship atau hubungan baik yang wujud antara mereka dan orang disekeliling. Jika kita menjalin hubungan baik dengan semua orang yang bersama kita, kemungkinan besar ialah mereka merasa senang dan gembira dengan kita. Kita juga akan mengalami perasaan yang sama. Sebaliknya jika hubungan kita keruh dan tidak baik, perasaannya tentulah berbeza.

solat

1) Jaga Hubungan Dengan Pencipta

Tidak dapat dielakkan, bila kita menyambung pengajian secara rasmi dan bergelar calon PhD, kita akan sibuk dengan berbagai tugasan. Kesibukan ini akan sentiasa bertambah dan berterusan dari hari kehari mengikut tahap pengajian yang dilalui. Dan banyak kali kesibukan ini menyebabkan kita lambat solat dan yang paling maksima ada waktu-waktunya kita langsung tidak sempat bersolat. Apabila perkara sebegini berlaku, kita sebenarnya sedang membina kegagalan untuk diri sendiri. Disebabkan kesibukan, ramai diantara kita yang terlepas pandang menjaga hubungan dengan tuhan. Akhirnya kita akan tenggelam dengan kesibukan sehinggalah 24 jam tidak lagi cukup untuk kita.

Persoalannya apakah yang patut dilakukan bagi menjalin hubungan baik dengan Pencipta? Jawapannya back to basic. Lakukan apa yang dituntut dan tinggalkan semua laranganNya. Bagi yang beragama Islam, antaranya ialah solat diawal waktu. Bila kita menjaga hubungan dengan tuhan pastinya segala urusan kita terjaga oleh Dia sebaik-baik penjaga. Tentunya semua urusan terurus oleh Dia yang Maha Mengurus. Tentulah segala urusan pengajian PhD dipermudahkan oleh Dia yang Maha Memudahkan. Pastilah segala kebuntuan menemui jalan penyelesaian dengan bantuan Dia yang Maha Menyelesaikan.

86508473

2) Jaga Hubungan Dengan Penyelia

Jika ditanya soalan tentang ketidakpuasan hati terhadap penyelia, sudah tentu senarainya tidak pendek. Menyenaraikan kekurangan penyelia tidak susah jika kita memilih untuk menyediakan senarai yang panjang. Mereka orang paling sibuk didunia. Mereka tidak memahami masalah kita. Mereka tidak membantu kita. Ilmu mereka cetek untuk menyelia kajian kita. Mereka peram kerja kita dan seterusnya.

Penyelia pengajian PhD kita ialah guru kita. Siapa pun mereka dan bagaimana sikap mereka terhadap kita, kita WAJIB menghormati mereka. Urusan kita ialah menjaga adab berguru. Jangan sekali-kali ada lintasan tidak baik tentang penyelia kita apatah lagi bercerita keburukan mereka. Ramai yang tanpa sedar menyalahkan penyelia. Bercerita kekurangan penyelia. Tujuannya hanya untuk berkongsi rasa, mengadu nasib dan meluahkan beban dengan harapan terasa lega dan kurang tekanan. Malangnya ianya satu dosa. Bertambah malang lagi bila ia berkait rapat dengan soal keberkatan. Mana mungkin pengajian kita dipermudahkan sekiranya usaha yang kita lakukan tidak berkat.

sstbMedical-Examiner-Slider-137836

3) Jaga Hubungan Dengan Pemeriksa

Barisan pemeriksa kajian kita adalah antara individu yang penting dalam menentukan soal berjaya atau gagalnya pengajian yang telah mengambil masa bertahun lamanya. Sedangkan tempoh hubungan yang terjalin antara calon PhD dan pemeriksa adalah sangat singkat dan terhad iaitu semasa pembentangan Viva. Pengukurnya adalah kebijaksanaan. Dalam tempoh yang singkat seseorang yang tidak berilmu dan tidak  bersedia boleh merosakkan hubungan penting ini.

Kita mungkin secara tidak sengaja mampu mengeruhkan suasana akibat dari sikap dan pelakuan yang kurang menyenangkan pemeriksa. Mereka mungkin tidak teruja dengan pendekatan yang diambil dalam pembentangan kita. Adakalanya pemeriksa tidak berkenan dengan pengucapan dan tutur kata seseorang. Tidak kurang juga barisan pemeriksa yang tidak berpuas hati dengan jawapan dan justifikasi yang diberikan. Justeru, bagaimana mengatasi semua kemungkinan ini? Pelajari kesemua tips yang akan kami kongsikan melalui Program Rahsia PhD Pantas dan ketahui kesemua formula penting untuk berjaya bergelar Dr.

KOMEN ANDA

Tiada Respon

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL