no comments

Simptom Master/PhD Yang Gagal Vs Berjaya

Nota Editor: Artikel ini telah dikongsikan di facebook oleh Dr.Othman Talib mengenai simptom master/PhD yang gagal vs berjaya dan segala perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Master / PhD – Yang berjaya vs Yang gagal

Yang berjaya:

Anda harus bermula dengan tajuk kajian yang fokus dan hasil pembacaan awal artikel terkini dan pastikan ianya yang releven untuk mendapatkan isu -isu yang ‘researchable’ dengan unsur novel dan signifikan semua ini harus dilakukan pada diawal semester.

Yang gagal:

Bermula dengan tajuk kajian dari fikiran anda sendiri, dan pastikan samada tajuk tersebut mempunyai banyak rujukan dan ‘mainstream’ atau tidak, dan selepas itu anda perlu tunggu untuk semester yang  baru untuk  memulakan dan membuat  artikel.

laptop-on-website

Yang berjaya:

Bagi anda selalu berjumpa dengan pensyarah/ supervisor/ advisor / senior/  dan sesiapa  sahaja dengan idea yang jelas, selain juga anda harus buat ‘homework’, dan berbincang untuk ‘verify’ dan dapatkan kepastian perlu tahu asas perbincangan tentang tajuk yang sedang dikaji.

Yang gagal:

Bagi yang jarang berjumpa pensyarah/ supervisor/ advisor. Jika anda yang selalu berjumpa tidak dan pasti tentang perkara yang hendak dibincangkan dengan tajuk kajian. Selalu tidak tahu skop kajian dan isi perbincangan.

research_grants_ind1

Yang berjaya:

Bagi anda mengumpulkan artikel kajian selepas mendapat tajuk yang sesuai untuk menentukan teori yang terlibat adalah ‘established‘, merangka metodologi, mengaitkan dengan analisis data serta memastikan adanya sample frame. Ada idea tentang beberapa teknik analisis statistik walaupun anda belum fahami sepenuhnya.

Yang gagal:

Dan yang gagal masih tercari-cari tajuk walaupun sudah habis semester 1. Tetapi masih kabur apa yang hendak dilakukan. Tekanan dan bebanan mula terasa dan sudah tentu anda berfikir bagaiamanakah hendak memulakan penulisan tersebut.

Yang berjaya:

Yang berjaya pula membaca 3, 4 buku bagi memahami tajuk yang sama yang tidak difahami dari artikel. Anda harus pergi ke perpustakaan dan pinjam segala buku yang ada disitu untuk membuat sebarang rujukan.

Journal-Banner

Yang gagal:

Anda mula rasa tertekan dan masih mencari kajian yang akan dilakukan dan semaunya tidak kena dan tidak sesuai untuk memulakannya.

Yang berjaya:

Anda berasa semakin bersemangat kerana telah mula mempunyai arah penyelidikan yang lebih jelas. Serta kelas ‘metodologi’ dan kursus yang diambil mula meyakinkan pendekatan kajian yang akan diambil.

Yang gagal:

Anda masih belum memulakan kajian dan penyelidikan serta anda juga masih belum memulakan rentak penulisan di samping itu pasti anda akan lewat membuat proposal.

Yang berjaya:

Mula menulis proposal sejak kelas ‘research metodology’, refine and refine dan terus menulis. Dan anda akan sering berjumpa ‘advisor’ minta pendapat dan berbincang. Membaca dengan lebih mendalam. Walaupun tidak faham pada peringkat awal dan ‘confused’ dengn apa yang ingin dilakukan, pembacaan yang semakin mendalam akan memberikan asas penulisan proposal yang baik.

Yang gagal:

Semuanya menjadi halangan dan tidak jumpa jurnal dan tidak faham jurnal anda harus berubah dan perlu berusaha memulakan kajian, penyelidikan dan penulisan supaya segala kajian yang anda sedang lakukan tidak tertangguh.Selain itu, juga penyelidikan yang anda lakukan akan bertambah menarik dan mudah untuk supervisor memeriksanya. Di samping itu, anda harus mendapatkan rujukan daripada mana-mana buku dan bertanyakan serta berbincang dengan orang yang lebih berpengalaman dalam perkara ini.

Yang berjaya:

Bagi yang berjaya anda harus meneruskan kejayaan anda dan sentiasa fokus dalam kajian, penyelidikan yang sedang dilakukan supaya anda tidak kehilangan segala maklumat yang bincangkan dengan supervisor. Seperkara yang penting lagi sentiasa memohon pertolongan daripada Allah swt dan memohon doa agar segala kajian, penyelidikan yang dilakukan dipermudahkan.

research-paper-writing1

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL