no comments

7 Cara Mencabar “Kepakaran” Supervisor Anda!

Ciri utama Supervisor adalah seseorang yang sepatutnya berpengetahuan yangg mendalam dalam sesuatu bidang kajian, namun perkembangan demi perkembangan yang dipaparkan dalam artikel-artikel semasa menjadikan peluang terbuka untuk sesiapa sahaja menguasai bidang tersebut khususnya bidang yang bukan menjadi fokus kepada Supervisor untuk memberikan pelbagai pandangan.

Pertama: Jadikan diri anda “expert” sama seperti beliau.

Anda takkan mungkin boleh mencabar, tidak bersetuju atau berupaya memberikan penjelasan yang lebih baik atau alternative kepada Supervisor jika anda sendiri tidak menguasai pengetahuan tersebut. Jadi, tiada jalan lain selain mendalami pengetahuan tersebut terlebih dahulu. Membaca bahan terbaharu, terkini sehingga menguasainya malah boleh melebihi apa yang dikuasai oleh Supervisor itu sendiri!

Bolehkah begitu ?? Mengapa tidak boleh !

Ada Supervisor membuat kajian dalam multimedia misalnya, hanya melihat multimedia sebagai alat berdasarkan multimedia learning theory tetapi tidak dari aspek instructional strategy yang membolehkan multimedia dgn segala teori nya lebih effective dan efficient. Jika anda menguasai aspek instructional strategy, anda punya kelebihan berbanding Supervisor anda yang hanya bergantung kepada multimedia learning theory.\

Kedua: Minta 3rd opinion – tidak semua Supervisor sama  !

Anda boleh berbincang dengan Supervisor atau pakar yang lain di IPTA yang lain malah pakar luar negara, malah sifu tersohor berbanding Supervisor anda yang boleh memberikan pandangan dan penjelasan yang lebih baik dari Supervisor anda. Dengan penjelasan tersebut bolehlah anda berbahas dan berbincang serta memberi pandangan berbeza dengan supervisor anda demi pemahaman yang lebih baik untuk kajian anda sendiri.

Ketiga: Ego vs Ilmu

Ada Supervisor yang memang “tak berapa” tahu satu-satu aspek kajian anda. Katalah anda validate qnaire dengan Rasch model sedangkan Supervisor anda adalah classical in approach. Oleh kerana ego, maka pendapatnya tidak boleh disanggah seolah-olah dia ada “ilmu” tentang Rasch Model dengan memberikan komen yang tidak tepat seperti Rasch Model tidak sesuai sedang dia tidak pernah tahupun apa itu Rasch Model !

Keempat: Supervisor serba tahu 

Ada Supervisor yang ego tidak mahu kalah. Ada Supervisor yang sentiasa perasan dia tahu semua. Apa sahaja persoalan yang ditanya akan dijawab tanpa memperdulikan betul atau salah. Jika ada Supervisor anda perasan dia seperti Wikipedia yang tahu semua.

Kelima: Semak bukti dakwaan Supervisor

Selalu juga Supervisor kata contohnya “kajian yang baik adalah kajian yang ada impak”…. “Apa guna buat kajian kalau dah banyak orang buat” atau “Mana boleh buat PhD kalau tak original” atau mengatakan “proposal anda tidak lengkap” dan sebagainya yang sewaktu dengannya

Keenam: Supervisor sama seperti Anda

Supervisor adalah manusia sama seperti anda. Ada kalanya terlupa, ada kalanya wujud misconception, bias, cenderung kepada satu-satu school of thought dan melakukan kesilapan. Jadi takkan anda tak boleh bagi pandangan dan pendapat alternative yang anda lebih faham dan tahu dari Supervisor anda? Jika Supervisor boleh membawa, membuat kajian dan menguasai sesuatu bidang, begitu juga dengan anda. Dalam era ICT ni, anda boleh mendapat bahan jauh lebih banyak dari Supervisor anda, apatah lagi fokus kajian anda kemungkinan tidak sepenuhnya dikuasai Supervisor. Jadi kenapa takut nak cabar Supervisor anda?

Ketujuh: Supervisor pun berbalah sesama sendiri !

Pernah dengar Supervisor pertama tak setuju dengan Supervisor kedua?? Bukan macam pernah dengar jer tapi ramai yang telah mengalaminya ! Apa maknanya ini? Ini maknanya, pendapat mereka pun saling bercanggah dengan masing-masing saling mempertahankan pendapat masing-masing walaupun bercanggah. Oleh itu memang wujud ruang untuk anda juga melihat dan mengetahui kelemahan pendapat dan pandangan Supervisor anda. Hal yang sama berlaku juga semasa viva apabila panel mempunyai pendapat bercanggah dengan mempersoalkan pendapat yang satu lagi.

Sumber : Dr. Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL