no comments

5 Sebab Supervisor Patut Berterima Kasih Kepada Supervisee!

Nota Editor : 5 Sebab yang mesti Supervisor berterima kasih kepada supervisee. Senarai sebab ini dipetik daripada nukilan Dr Othman Talib di dalam penulisannya mengenai pengalaman beliau menjadi seorang supervisee.

Pernah tak anda mendengar Supervisor mengucapkan terima kasih kepada supervisee? Maybe ada, tetapi tidak ketara sebagaimana supervisee lakukan kepada Supervisor. Kenapa pula nak ucap terima kasih kepada supervisee??

Walaupun bunyinya agak pelik, tetapi supervisee telah menyumbang sekurang-kurang perkara berikut kepada Supervisor :

Pertama: 

Berjaya menyiapkan thesis dan ini memberi kredit kepada keupayaan supervisor. Jika anda gagal, supervisor juga akan kelihatan gagal.

Kedua:

Berjaya menerbitkan artikel dan meletakkan nama supervisor sebagai co-author atas sumbangan menyemak artikel tersebut malah ada yang bermurah hati menjadikan supervisor sebagai main author dan pastinya akan memenuhi KPI Supervisor.

Ketiga: 

Berjaya menambah koleksi article supervisor yang secara significant akan “membantu” menjadikan supervisor anda senior lecturer, AP dan seterusnya.

Keempat:

Berjaya melalui penat jerih dan usaha gigih anda meneroka pengetahuan baru yang kemudiaannya dibincang dan dikongsi bersama supervisor.

Kelima:

Mengumpul bahan kajian, buku, artikel dan lain-lain termasuk menguasai perisian baru yang juga dapat dimanfaat dan dikongsi bersama supervisor.

Universiti dan kolej berlumba-lumba menambah bilangan supervisee kerana ini adalah salah satu kateria yang perlu dipenuhi. Tiada supervisee maka tiadalah panggilan supervisor. Supervisor juga akan menjadi panik untuk mencapai lima perkara di atas jika mereka tiada supervisee. Oleh itu supervisor dan supervisee saling memerlukan. Jadi keduanya saling menyumbang maka janganlah ada yang saling tidak sefahaman atau menyombongkan diri diantara satu sama lain.

Baca: 8 Perkara Kenapa Calon PhD / Master Selalu PERASAN!

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL