no comments

5 Budaya ‘Copy And Paste’ Yang Diamalkan Oleh Pascasiswazah

Nota Editor: Artikel ini telah dikongsikan oleh Dr.Othman Talib mengenai 5 budaya copy and paste yang diamalkan oleh pascasiswazah dan semoga ilmu ini dapat memberi manfaat kepada anda. 

Di dunia pascasiswah anda tidak boleh lari dari ‘copy and paste‘ kerana budaya ini sudah sekian lama digunakan pakai oleh orang yang terlebih dahulu yang mengambil PhD. Dan pada masa sekarang ini juga masih ramai lagi yang menggunakan ‘copy and paste‘ dalam melakukan kajian dan penyelidikan.

Di bawah ini terdapat 5 copy and paste yang diamalkan oleh pascasiswazah:

Pertama 1:

 Menjadi satu persoalan adakah generasi dahulu, tidak pernah melakukan ‘copy and paste’?  Dan adakah budaya ini hanya muncul ketika ini. Ketika mudahnya memperolehi bahan dari sumber digital? Anda harus percaya, budaya ‘copy and paste’ telah lama berlaku, sejak dari turun temurun diamalkan bagi oleh “segelintir pelajar” di Timur mahupun di Barat cuma caranya sahaja yang berbeza daripada yang biasa.

Dan anda juga perlu percaya ada segelntir pascasiswazah dahulunya pernah melakukannya apatah lagi bila terdapat ratusan artikel dalam senarai ‘references‘ yang anda percaya sebahagiannya tidak dimiliki oleh pascasiswazah tersebut, sekadar membaca dari sumber lain diikuti pula dengan ‘copy and paste‘ cara manual menulisnya kembali seperti dia yang membaca dari sumber tersebut. Cuma terdapat perbezaan ,pascasiswazah pada masa dahulu tidak boleh ‘copy and paste‘ secara ‘direct’  sumbernya kerana terdapat ‘type writer‘ yang digunakan tiada fungsi tersebut ditambah pula tiada ‘Turn-It-In‘ untuk mengesan amalan tersebut.

clipboard21

Kedua 2:

Sudah pasti tidak logik ada mana-mana individu yang tidak pernah menggunakan fungsi ‘copy and paste’ pada masa sekarang ini. Jadinya ‘copy and paste’ memang sudah menjadi satu budaya tambahan ‘copy and paste‘ adalah fungsi yang wajib dan penting dalam mana-mana perisian komputer.

Ketiga 3:

Seterusnya, dalam dunia pascasiswazah budaya ‘copy and paste’ memang sedia maklum terdapat perbezaan  ‘copy and paste’ termasuk pascasiswazah yang membuat jadua ‘rubric’ untuk ‘preparation literature’ ini perlu diikuti dengan ‘paraphrase’ dan ‘sintesis’ idea dari pelbagai sumber supaya difahami perkaitannya antara satu sama lain dan hubungannya dengan kajian yang dilakukan serta membuat komentar dan ‘extrapolation’ bagi menggambarkan pemahaman pascasiswazah tersebut.

copy-paste-csharp

Keempat 4:

Adakah wujud kelas atau pengajaran peringkat pascasiswazah yang mengajar bagaimana untuk lakukan ‘paraphrasing, rewording, summarizing, rephrasing’ dari pelbagai sumber dan diikuti dengan ‘synthesizing’ sedang hampir semua pascasiswazah mereka tidak tahu perkara semua ini dan bagaimana hendak  melakukannya dengan betul. Kenapa kemahiran ini tidak diajar? Adakah kemahiran ini sesuatu perkara yang biasa atau hanya kemahiran semata-mata anda harus bersusaha sendiri untuk melakukanny.

Kelima 5:

Akhir  sekali  bukan sahaja ‘copy and paste’, apa sahaja budaya dalam kajian atau penyelidikan pun juga boleh menjadi satu kesalahan jika disalahgunakan termasuklah meminta meletakkan nama dalam senarai pengarang walaupun tanpa sumbangan malah budaya inilah ‘ibu’ kepada segala ‘copy and paste’.

copypaste_logo

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL