no comments

20 Petanda Awal Sifat Supervisor Yang Wajib Diketahui!

Nota Editor : Ciri-ciri seorang supervisor kepada seorang supervisee ini dikongsikan oleh Dr. Othman Talib mengenai 20 petanda awal mengenai sifat supervisor Master/PhD.

Adakah Supervisor anda … ??

  1. Nasihatkan anda supaya habiskan kerja khusus terlebih dahulu sebulum fikir tentang hal untuk membuat kajian.
  2. Sering menyebut “tiada jalan mudah” atau “tiada jalan pintas”
  3. Ayat kegemaran supervisor “This is PhD, You need to do it all in your own way”.
  4. Jika ada keluhan atau teguran dari supervisor “If i can did it, why don’t you?”
  5. Meminta anda mengemukakan TAJUK tanpa memastikan anda mengusai terlebih dahulu TOPIK kajian tersebut.
  6. Tidak suka bincang tapi suka menasihatkan anda sperti “Baca lagi,,,baca lagi !” atau “Tulis dulu,,,tulis dulu !”
  7. Meminta anda memikirkan tajuk “futuristic” dan “bombastic”.
  8. Meminta anda menyediakan proposal chapter by chapter dan menyemak semula juga by chapter.
  9. Hanya menyokong satu pendekatan sahaja kuantiti dan kualiti
  10. Ingin menjadi Main Author pada artkel yang anda tulis dengan hanya membuat editting pada artikel.
  11. Memberi komen ringkas seperti tanda “?” termasuk komen cadangan yang dulu beliau sendiri yang komen.
  12. Sukar untuk ditemui, tidak membalas e-mel, SMS, Whatsapp atu kesemuanya sekali.
  13. Lambat mengembalikan draft yang dihantar.
  14. Suka beri pendapat tetapi tidak suka mendengar pendapat.
  15. Menyuruh anda menyiapkan proposal kemudian biarkan sahaja komen datang masa defend proposal. Paling menarik beliau beri juga komen yang sama.
  16. Menjawab “saya dulu tak gunakan software apapun, dapat jer PhD”
  17. Sekali sekala menyebut juga “buat apa buat kajian yang tidak ada impak pada polisi itu dan ini..”
  18. Antara cadangan awal beliau “cari tajuk kajian yang original, breakthrough, earth remover, tak pernah dikaji lagi” tapi tajuk beliau cadangkan tak pernah pula beliau kaji ketika beliau buat Master atau PhD.
  19. Bercakap sebagai seorang ultra-expert sampai yang mendengar pula tak berapa nak faham.
  20. Menunjukkan riak wajah sedikit pucat bila anda nak gunakan Rasch Model atau smart PLS, Multivriate Analysis, SEM serta software Winstep dan Atlas.ti.

Adakah supervisor anda mempunyai salah satu atau lebih dari satu petanda-petanda diatas ??

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL