no comments

Ramalan Penyelidikan Dalam PhD

Nota Editor: Artikel ini telah dikongsikan di facebook oleh Dr.Othman Talib mengenai penyelidikan adalah diramalkan dalam PhD

 Jika seseorang itu bakal mengambil PhD sering kali mereka akan diberikan bayangan atau suatu pandangan yang amat menakutkat kerana ianya, bukan mudah untuk melakukannya dengan baik, ianya akan menguji dari segi fizial dan mental seorang pascasiswazah itu. Kalau hendak senang  dan mudah tidak minat dengan cabaran dan bersusah payah maka lebih baik anda tidak menyusahkan diri untuk mengambil PhD. Maknanya PhD itu sudah tentu susah dan pasti akan mengambil masa yang begitu lama untuk dihabiskan. Susah berkemungkinan sebab supervisor berkata begitu, kepada rakan-rakan senior kata  begitu juga, maka begitulah PhD !Selain juga anda akan ditakutkan oleh orang lain dan dengan ungkapan “welcome to the HELL” kepada sekumpulan calon-calon PhD yang baru mendaftar.  Kerana inilah yang anda perlu tanamkan dalam minda anda untuk meneruskan perjuangan dalam dunia PhD.

Di samping itu juga, anda tidak boleh menyatakan untuk mengambil PhD itu adalah sangat mudah, kerana banyak cabaran akan menanti dalam penyelidikan anda.  Bermaksud PhD bukannya mudah atau perlu ditakuti tetapi adalah satu proses yang boleh untuk dipelajari. Anda harus pelajari proses tersebut, supaya anda boleh mengawalnya dengan baik, bukannya anda dikawal sehingga menakutkn. Ada kalanya anda jangan terlalu mengharapkan supervisor, sebab ada juga supervisor yang suka membimbangkan dari membimbing. Jika anda fokus sesuatu kerja dalam menyiapkan kajian dan penyelidikan sudah kerja yang anda lakukan itu dapat diselesaikan dengan awal atas tarikh yang telah ditetapkan.

Anda perlu sentiasa ingat untuk membuat PhD bagaikan seperti anda meneroka hutan simpan belum di negeri Perak, selain juga anda boleh sahaja siapkan diri dengan kemahiran meneroka hutan AMAZON di Brazil yang lebih mencabar. Anda perlu ingat bengkel kemahiran PhD hanya mengambil masa biasanya 1 atau paling lama 3 hari, bukannya 3 bulan ! Tidak ada siapapun yang boleh menghalang termasuk yang membuat ‘part-timers’ – tepuk dada tanya diri sendiri ! Anda juga tidak boleh buat kajian dengan hanya mengikuti kelas Research Methodology atau menunggu di tegur oleh supervisor. Anda perlu baca tesis lepas dalam bidang anda selain artikel.  Jikalau boleh anda harus dapatkan kawan-kawan dalam bidang yang sama supaya mudah dalam kerja penyelidikan, dari pelbagai IPTA dalam dan luar negara. Pasti anda akan gugup dan gagap jika sebahagian kemahiran yang mereka miliki tiada pada anda.  Anda perlu tanyakan masalah kajian, teori, method dan analisis data yang mereka gunakan. Dan tidak semua kemahiran tersebut anda perlukan secara ‘direct‘ dalam kajian anda tetapi semuanya anda perlu pelajari dan fahami untuk mengharungi proses penyelidikan anda.

istock_000017217655medium

Selain itu juga, jika anda cenderung untuk membuat kajian kuantitatif, anda juga perlu belajari kualitatif dan ‘mixed method’ yang digunakan dalam bidang anda oleh rakan anda dan dalam kajian lepas. Jika supervisor anda cadangkan anda menggunakan MANOVA, berusahalah untuk memahami multiple regression, ANOVA, SEM / AMOS dalam bidang yang sama fahami dengan betul tentang perkara tersebut.

the_aim_of_postgraduate_research_clip_image002

Seterusnya, perkara ini sama juga jika anda menggunakan teori ABC, anda juga perlu membaca dan fahami dengan betul  sekurang-kurangnya beberapa teori lain yang releven dalam bidang anda. Ini kerana bahan-bahan bacaan dan rujukan anda akan pelbagai dan anda perlu fahami semuanya. Jikalau boleh ringkasnya dengan sebaik mungkin dan bincangkan dengan oleh orang yang lebih berpengalaman tentang perkara tersebut supaya penulisan anda lebih menarik. Anda hanya perlu ‘invest’ sedikit masa untuk mempelajarinya dan mungkin melibatkan sedikit kewangan untuk mengikuti ‘workshop’ yang memerlukan kemahiran atau ‘by group’, menganjurkannya di IPTA anda. Anda tidak hanya boleh duduk dengan relaks sahaja kerana waktu berjalan dengan pantas dan anda perlu sentiasa fokus pada penyelidikan.Akhir, kata anda dalam kehidupan ini anda harus berusha untuk berjaya dalam kehidupan seharian dan sentiasa melakukan perubahan dalam diri setiap masa dan mohon doa kepada Allah swt.

tc-carousel-d

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL